hai assalammualaikum

Samsung Galaxy Tab A7, Tablet Pilihan Untuk PDPR Anak Dan Kerja Mommy - Sejak mula PDPR, Fariza pakai handphone nad sahaja. Laptop ada tapi sound dah rosak, jadi kalau dia cakap, mungkin cikgu tak dengar. Bila tengok dia PDPR dengan telefon kecik ni, kesian sangat. Kadang tak nampak sangat apa cikgu tunjuk, kena besarkan. Masa tu berdoa je selalu, supaya murah rezeki, boleh dapatkan sesuatu untuk anak PDPR.

Alhamdulillah, doa dimakulkan, dapat la cari gadget untuk PDPR anak. Mula fikir nak beli laptop, tapi budget nad cuma bawah RM1000. Ada juga google laptop bawah RM1000, ada je jumpa dan tengok review, tapi entah, mr mafia cakap, laptop ni janganla yang murah-murah. Lepas tu tengok la tab. Banyak jenis bawah RM1000. Dah pilih, akhirnya Samsung Galaxy Tab A7 jadi pilihan.



Samsung Galaxy Tab A7

Tab ni bukan sahaja untuk anak PDPR, tapi boleh juga buat untuk nad punya kerja, macam attend kelas business, update blog ke, bawak balik kampung, tak perlu bawak laptop kan. Oh lagi satu, tengok cerita..hehehe. 

Sebelum ni pun, nad kalau nak attend kelas, terpaksa guna handphone. Bila ada tab ni senang sikit. Tengok IQIYI, Astro Go pun sebelum ni guna handphone, memang kecik, jadi guna tab ni sedap sikit tengok cerita kan.

Apa yang and dapat masa beli Samsung Galaxy Tab A7, dapat tab, cas, buku panduan dan casing. Itu sahaja.



Video nad unboxing Samsung Galaxy Tab A7



Kenapa Nad Pilih Samsung Galaxy Tab A7

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A7
Layar: IPS LCD 10,4 inci 1200 x 2000 piksel
Chipset: Qualcomm Snapdragon 662
GPU: Adreno 610
RAM: 3 GB
Memori Internal: 32 GB
Memori Eksternal: microSDXC (dedicated slot) up to 1 TB
Kamera Belakang: 8 MP
Kamera Depan: 5 MP
Baterai: Non-removable Li-Po 7.040 mAh

Samsung Tab A7 ni memang nad nak guna untuk pdpr Fariza, dan untuk nad buat kerja, bukan untuk Facebook, Instagram atau media sosial lain ataupun untuk ambil gambar. Jadi, memang ok la pakai samsung tab ni.

Saiz pun besar, 10 inci, memang puas tengok.

Samsung ni menggunakan wireless, jadi wajib ada internet wifi semua. Kalau dekat luar tu kenal hotspot dengan handphone kita, melainkan tempat kita pergi tu ada wifi dan bukan jenis telefon macam tu. Memang tak perlu la nak cari tab telefon ni semua, sebab tab sebesar macam ni tak sesuai kalau dibuat telefon..hehee.



Samsung Galaxy Tab A7 hadir menawarkan baterai berkapasitas 7.040 mAh. Untuk nad yang hanya menggunakan untuk PDPR, attend kelas dan tengok cerita, cukup sangatla. Tahan lama.

Samsung Galaxy Tab A7 hadir dengan ketebalan yang hanya 7 mm saja. Hal ini membuat desain laptop ini memang lebih slim sehingga mudah di bawa kemana-mana.

Masa nak beli tu, ada dua warna sahaja, hitam dengan silver ni. Jadi, nad ambil silver white macam tu. 

Sebab lain nad pilih Samsung Galaxy Tab A7 mestila suara dia. Pergh, masa orang kedai tu pasang, sedap betul sound dia. Mana taknya, ada 4 speaker, dua speaker kanan, dua speaker kiri.Memang terbaik sound dia. 

Samsung Galaxy Tab A7 hadir dengan kamera depan 5 MP yang posisinya pas, yakni di posisi sisi yang memanjang. Macam nad memang tak pakai lagi kamera Samsung Galaxy Tab A7, sebab tujuan utama pun bukan untuk bergambar. 

Kamera belakang

Kamera depan

Ni contoh gambar nad boleh tunjuk menggunakan Samsung Galaxy Tab A7 ni. Nad tunjuk punya pasal..hehee. 

Kamera depan 5 MP di Samsung Galaxy Tab A7 ini dapat dimanfaatkan sebagai proses face recognition atau sensor pengenalan wajah.



Nak cerita lebih-lebih nad tak tau sangat, nad tau mana yang nad cerita jela. Bagi nad Samsung Galaxy Tab A7 ni bagusla buat PDPR anak, buat kerja kita. Berbaloi la beli tab ni.


Beginila surirumah bila bekerja..hehe. Dulu berangan nak kerja office, dapat kerja setahun je, leps tu jadi surirumah. Tapi surirumah yang buat income ye..gitu. Jadi, kita deko la macam office kan. Baru semangat..hehee.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Seronok Fariza dapat tablet baru. Masa ODL awal tahun dulu pun usha juga tablet Samsung ni sbb situasi sama, laptop rosak speaker & phone skrin kecik. Tapi kos tablet & maintenance tu tak mampu tanggung dgn duit PTPTN maka tabah dgn phone je la haha

    ReplyDelete
  2. mudah guna tab ni nak2 saiz 10" ni...legaaa

    ReplyDelete
  3. Great to have a tablet to make learning more accessible for our little ones. :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2