hai assalammualaikum

Majlis Menandatangani memorandum Persefahaman Alphacomp Solution Sdn Bhd Dan Persatuan Penjaja Dan Peniaga Di Kawasan Lembah Klang : ASSB Kenalkan Sistem MySejiran, Fokus Bantu Peniaga B40 - Sekarang, orang lebih suka gunakan aplikasi untuk memudahkan urusan mereka, jimat tenaga dan jimat masa. Salah satu sistem yang baru, bakal dikeluarkan iaitu MySejiran, di mana platform baharu ni dapat bantu peniaga B40 meluaskan perniagaan mereka.



Alphacomp Solution Sdn Bhd Kenalkan Sistem MySejiran, Fokus Bantu Peniaga B40


Alphacomp Solution Sdn Bhd (ASSB ), sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang Teknologi Maklumat ( IT ) dan Sistem perisian dan perkakasan ( software and hardware ). Alphacomp Solution Sdn Bhd setanding dengan syarikat lain malah lebih lagi kerana idea kali ini, mereka membuat satu sistem lebih kepada membantu para peniaga dengan sistem yang berinovasi tinggi. 


Satu majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Alphacomp Solution Sdn Bhd dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Di Kawasan Lembah Klang telah diadakan pada 24 November dan pada haritu juga pihak ASSB turut memperkenalkan sistem yang dicipta iaitu MySejiran dan kelebihan sistem ini.

Antara persatuan terlibat ialah, 
- Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sg Besi Kuala Lumpur
- Persatuan Peniaga dan Penjaja kecil PPR Seri Alam Kuala Lumpur
- Persatuan Penduduk PPR Seri Alam Fasa 2
- Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan - Kawasan Cochrane
- Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Cawangan Wilayah Persekutuan

Strategi ASSB membantu para peniaga daripada golongan B40 untuk meningkatkan hasil jualan mereka secara lebih meluas dengan menggunakan sistem MySejiran.


Sistem MySejiran

MySejiran ialah satu sistem khas bagi menggabungkan semua industri bagi mendorong para usahawan/ peniaga meluaskan perniagaan mereka ke radius yang lebih besar. Sistem MySejiran ini disasarkan kepada semua golongan usahawan / peniaga yang berniaga tidak kira berniaga secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan.

Seramai 10,000 peniaga berdaftar dan menggunakan sistem MySejiran, dianggarkan lebih 2.5 juta para usahawan B40 seluruh Malaysia yang akan turut serta.

Sebagai menyahut seruan dan saranan kerajaan Sistem ini mampu utk mengekang penularan wabak covid19 kerana sistem ini adalah sistem yg berinovasi tinggi dgn menggunakan Menu secara digital QR code dan Q System (Sistem Giliran)


Kelebihan Sistem MySejiran 

1) Mematuhi S.O.P
- Q Sistem ( Sistem Menunggu / Sistem Giliran ) - Pelanggan tidak perlu berasak atau menunggu lebih lama di kedai / restoran / gerai / butik dan lain-lain

2) Menjimat Tenaga Kerja Dan Masa 
- Digital Menu dengan memperkenalkan " QR Code " - Pelanggan hanya perlu mengIMBAS QR Code untuk membuat pesanan secara dalam talian

3) Geran Kerajaan
- Pihak pengurusan akan membantu para peniaga untuk mendapatkan Geran daripada badan-badan kerajaan dengan menggunakan database perniagaan peniaga (merchant ) bagi memperluaskan perniagaan mereka.

4) Pilihan Makan Di Kedai
- Di dalam sistem ini pelanggan mereka boleh membuat pilihan samada untuk makan di kedai ( Dine In ), bawa pulang ( Take Away ) atau menggunakan perkhidmatan penghantaran ( Delivery )

5) Pelanggan Dapat E- Voucher
- Pengguna akan mendapat E-Voucher setiap kali menggunakan perkhidmatan MySejiran. Baucar akan diberikan secara berterusan denagn kaedah B2B ( Belian atas belian / Purchase with Purchase )

6)Tiada Sebarang Caj Tambahan
- Tiada Sebarang Caj Tambahan dikenakan kepada para peniaga. Kesemua caj yang dikenakan oleh peniaga akan terus masuk ke dalam akaun peniaga.

Apa Jua Perniagaan Boleh Sertai MySejiran

Sistem MySejiran ini bukan tertumpu kepada peniaga / penjual makanan dan minuman sahaja malahan apa jua perniagaan boleh dipromosikan dgn menggunakan sistem ini. 

Contohnya Bengkel Membaiki Kenderaan / Pusat Cucian Kereta / Butik Kecantikan / Penjual Kosmetik/ Pakaian / Perhotelan dan lain-lain lagi.

Hah, kepada semua peniaga, ni la peluang korang untuk kenalkan dan luaskan perniagaan. 

Syarat Memasuki Sistem MySejiran

Setiap perniagaan yang ingin memasuki sistem MySejiran perlulah berdaftar dengan SSM atau Majlis Perbandaran (PBT). Yuran tahunan serendah RM 600.00 dikenakan sebagai tujuan promosi, cas penyelengaraan dan lain-lain.

Sistem MySejiran belum siap sepenuhnya. Sistem penuh akan dirasmikan pada pelancaran yang akan diumumkan nanti. Mungkin korang nak tengok dulu sistem dia macam mana kan. Korang boleh layari www.mysejiran.com 

Dengan adanya suntikan dana daripada pihak Eutopus Equity Sdn Bhd sebanyak RM 5,000,000, pastinya sistem MySejiran akan diperluaskan lagi ke persada yang lebih tinggi dan dikenali di seluruh Malaysia. Banyak pihak lain juga yang bekerjasama seperti Howden Insurance, Amanah Ikhtiar Malaysia, beberapa institusi kewangan dan beberapa kementerian.

Dalam situasi sekarang, sistem inovasi yang berteknologi tinggi amat diperlukan dan sistem MySejiran pasti dapat membantu para peniaga untuk jana pendapatan dan memudahkan para pembeli untuk membeli makanan atau barang keperluan lain.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2