hai assalammualaikum

Lala Kecil Tumis Saja, Korang Pernah Makan Tak? - Bertahun lamanya tak makan lala kecil ni. Dulu masakecik-kecik mak suka beli lala kecil ni. Bila ana-anak dah besar jarang pulak mak beli. Nad suka sangat lala kecil ni. Walaupun saiznya kecil-kecil, tapi bila makan tetap puas. Sekarang nak anmpak lala kecil ni memang susah ye. 

Ni nad dapat masa balik kampung haritu. Adik ada beli, tapi dia bagi mak. Mak pulak bagi nad.. Hahaha. Tu best balik kampung, ada jela di bawa balik. Lagi suka kalau dapat barang basah ni.. Hahaha. Lala kecil mak bagi ni pun banyak betul.




Masak lala kecil ni nad lebih suka masak tumis je. Senang, lepas tu sedap rasa manis lala tu. Yela, dahla kecil, masa tumis jela sedap. Kalau lala besar tu bolehla masak lala sambal ke, Lala kam heong ke, Lala masak butter ke, lala masak lemak ..kannn.. Ni lala kecil, tumis jela sedap. 

Senang je nak masak tumis ni

Bahan-bahan
1kg lala
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
2 batang serai - dititik
5 cili padi 
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukupnya (jika perlu)

Cara-Cara
- Basuh lala sehingga bersih. 
- Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dimayang beserta serai sehingga naik bau.
- Masukkan cili padi. Kacau seketika.
- Masukkan lala. Kaup balikkan sehingga kulit lala terbuka. Tambah air jika inginkan lala berkuah.
- Masukkan garam

Kat rumah ni suami dan anak nombor dua je suka. Anak nombor satu tak gemar makan lala.. Tak tau kenapa. Dah bagi dia cuba rasa pun tak nak makan juga..hahaha.

Anak nombor dua, semua dia makan. Tak memilih sangat. Dia makan lala kecil ni, tak berhenti mengunyah. Sedap sangat.

Dapat juga makan lala kecil ni. Ada lagi baki lala kecil dalam peti ais tu. Ya banyak mak nad bagi. Nanti boleh masak lagi.
SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS