hai assalammualaikum

Tower Walk 100, Tarikan Terbaharu Menara Kuala Lumpur - Korang pernah rasa, berjalan dekat tempat tinggi 100 kaki, masa tengah jalan, korang nampak bawah, lepastu dapat nikmati pemandangan yang indah dari atas?. Korang nak rasa tak?  Korang dapat bayangkan tak apa nad cakap ni?..hahahaa. 

Ok, meh nad nak cakap, Menara Kuala Lumpur memperkenalkan tarikan terbaharu mereka untuk pengunjung merasai pengalaman berjalan dan menikmati suasana dari tempat tinggi, Tower Walk 100.


Tower Walk 100, Tarikan Terbaharu Menara Kuala Lumpur

Best sangat ye, nad yang gayat ni pun dah cuba tau. Korang pun kene cuba. Tarikan terbaharu ni terletak di tingkat T02 ( tiang menara ). Pengunjung dapat berjlaan360 darjah mengelilingi pelantar sambil menikmati panorama menarik bandaraya Kuala Lumpur dari ketinggian 100 kaki. Tower Walk 100 merupakan tarikan terbaharu dan pertama di Kuala Lumpur.

Jangan risau, naik sini, semua keselamatan terjamin. Pengunjung dilengkap " Harness Safety System " untuk tujuan keselamatan ketika berjalan di pelantar.

Harga Tower Walk 100 Menara Kuala Lumpur
Warganegara
Dewasa : RM35
Kanak-kanak : RM25

Bukan Warganegara
Dewasa : RM70
Kanak-kanak : RM40



Syarat
- Berat badan anatara 34 kg - 140 kg dan ketinggian minum 120cm 
- Kemukakan bukti vaksinasi lengkap  ( dua dos dan 14 hari ) semasa pembelian tiket dibuat. Pelawat luar negara pun perlu tunjuk vaksinansi yang sama.
- Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah perlu ditemani penjaga. Menara KL mempunyai hak membatalkan tiket yang dibeli sekiranya pengunjung tersebut tidak ditemani penjaga dewasa.
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik, mempunyai koordinasi mata-tangan yang baik dan boleh berjalan tanpa bantuan.
- Mempunyai masalah kesihatan, mengandung, mempunyai keretakan tulang, menjalani pembedahan dalam temp0h 6 bulan, sakit dada, sesak nafas, berada dalam alkohol , tidak dibenarkan naik.

Naik Tower Walk 100, tak boleh bawa barangan peribadi termasuk kamera dan telefon  mudah alih. Barangan peribadai boleh diletak di locker yang disediakan.

Semestinya naik sini perlu memakai kasut yang rata ye guys. Jangan kasut tumit, ngisau ye, ngisau  tak berjalan..hahaa.

Jadual operasi adalah tertakluk kepada perubahan tanap sebarang notis dan penutupan atau pembatalan TW100 bergantung kepada keadaan cuaca, penyelenggaraan, atau kemungkinan protokol keselamatan. Ya kalau waktu hujan, angin kuat, tak boleh naik, kang ada yang terbang kang.





Syok weii, jalan-jalan keliling macam ni. Ada dua laluan, satu pelantar lubang-lubang, satu lagi cermin. Bila lalu cermin tu, akan ada bunyi keretakan ya..hahahaa. Cubala..



Boleh duduk mengadap depan, dan belakang..ehhee.Nanti yang jaga situ akan bagitau semua. Jangan risau.

Cepat-cepat dapatkan tiket, pergi dengan keluarga, dengan kawan-kawan. Boleh walk in untuk beli tiket.




 Pengalaman nad jalan-jalan keliling Menara Kl di Tower Walk 100.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. errrrr seram plak sejak2 dah tua ni naik tempat tinggi rasa sakit dada huhuu tapi aktivti ni best....

    ReplyDelete
  2. Certainly this is a great experience no less. Very thrilling. :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS