hai assalammualaikum

Pelbagai Kelengkapan Rumah Ada Di HOHM Pavillion Bukit Jalil - Bila dah namanya perempuan, memang suka tengok benda-benda comel untuk dekorasi, pinggan mangkuk, barang dapur, cadar, pokok, eh semuala. Dapat tau, ada satu kedai kelengkapan rumah, HOHM buka dekat Pavillion Bukit Jalil, jadi hari Sabtu pun kitaorang pergi. Sambil jalan-jalan la nak tengok apa yang ada dekat situ. 

Lagipun sekarang nad tengah proses untuk kemas bilik anak, boleh la tengok barang apa sesuai untuk bilik diaorang. Mana tau ada yang berkenan kan. Bestnya ada sale sebab pembukaan besar-besaran, jadi masa ni la kita serbu..hehee. HOHM ni berada di tingkat 4 Pavillion Bukit Jalil.



Pelbagai Kelengkapan Rumah Ada Di HOHM Pavillion Bukit Jalil


Dari luar je dah nampak signboard HOHM dan dekorasi Christmas tu, meriah sungguh, memang buat tertarik nak masuk. Dah masuk, macam biasa, tak tau nak pergi mana dulu, hahaha. Macam-macam ada dalam tu, dari dekorasi, katil, cadar, barang dapur, barang bilik air, perabut dan macam-macam lagi. Jomla tengok gambar nad, kita tengok ya..hehee.


Mana yang tengah cari katil tu, ni ada katil, lawa sangat. Nad pun tengok untuk katil bilik anak. Saiz pun sedang-sedang je, sesuai juga untuk dua oranga nak perempuan kita tu. Tidur satu katil je. Ada pulak free pillow dan aksesori diaorang bagi. Best kan!


Dah ada katil mestila cari cadar juga kan. Jangan risau, dekat sini ada cadar cantik-cantik. Macam-macam corak, dan saiz ada dari Single, Queen dan King. Corak bunga, corak kosong, corak petak-petak, corak putih sahaja pun ada. Yela kadang orang suka deko bilik ala hotel, semua putih.


Bantal nad rasa semua lembut, best gila.



Lepas tu nampak pulak bahagian "bathroom", bilik mandi. Mata terus ke bekas-bekas comel ya wak. Tergugat kita tengok semua, ada bentuk bintang, bentuk biasa, dan paling kita tak berkelip bila nampak bentuk warna hijau mint.

Tau tak, kita duk ulang alik nak beli ke tak, nak beli ke tak, sekali, masuk troli la..hahaha. Geram wak, takut balik nanti teringat, terus masukkan troli. Murah je, satu set RM39 je.

Tuala pun ada macam-macam, tuala budak-budak pun ada.




Sampai pula port mak-mak paling suka, mana lagi kalau bukan bahagian dapur..hehee. Nampak periuk tersusun elok je wak. Periuk Tefal, Zwiling, banyak lagi ada. Dahla ada sale, macam Zwiling sale 5% you all.


Semua yang korang perlukan dekat dapur, semua ada dekat sini.



Perkakas elektrik pun ada.



Tak cukup tu, nah pinggan mangkuk pun ada. Tak berkelip tengok pinggan mangkuk ni. Pegang perlahan-perlahan, takut pecah wak, hahaha. 

Macam biasa, mata nad tertumpu dekat pinggan hijau ni..kihkih. Lama juga pegang, lama-lama eh masuk troli la dua pinggan hijau ni..hahaha. Harga satu pinggan RM39, ada sale 20% + 20%. Tapi harga setiap pinggan berbeza ya.

Tapi promo ni dah habis, dan setiap minggu diaorang ada buat promo berlainan. 





Promo lain pisau Briscoes serendah RM98 dan percuma gunting & pisau utiliti apabila korang membeli lagi (t&c applies). Promosi bermula sekarang sehingga 25 Disember! 




Ada yang cari perabut, nak tukar perabut baru, almari baru. Dekat HOHM pun ada wak. Design semua menarik sangat dan nampak berkualiti.


Best pulak anak-anak duduk ya. Sabar, kita kumpul duit, ada rezeki, kita beli ya..hehe. Memang cadang nak tukar sofa dekat rumah tu.


Tengok pulak lampu ni. Memang semua lawa ye.


Pelbagai pilihan karpet pun ada.




Yang suka kemas ikut warna sama biar nampak tersusun, banyak bekas ada tau. Bila ada bekas lawa macam ni, barula barang tak Nampak berselerak kan.


Dekorasi comel banyak ada dekat sini.


Mana yang suka dengan bunga, pokok, pun ada jual dekat sini. Tak banyak macam nursery la, ada jugala beberapa jenis.





Hah, Christmas pun dah nak dekat kan, bagi yang meraikan, mencari dekorasi, kelengkapan rumah, pokok krismas, ada je dekat HOHM Pavillion Bukit Jalil ni. Serba lengkap semua barang yang nak dicari. Takyah susah-susah cari tempat lain. Lagipun banyak sale sekarang ni, baik ke sini je kan.

Apa yang nad tunjuk ni sikit je, ada macam-macam peralatan rumah dekat sini, boleh tahan besar, luas 58,000 kaki persegi ( Bayangkan 114 katil bersaiz king) dengan lebih daripada 10,000 produk yang ada. Bolehla datang HOHMMalysia Pavillion Bukit Jalil level 4 ni.


Bestnya sekarang ada Purchase with Purchase promo. Korang boleh dapatkan mug dengan  harga RM1.90 ( harga asal RM9.90 ) dengan setiap pembelian dalam satu resit. 



Selain itu boleh dapatkan Merry Bear hanya RM9.90 (worth RM59. 90) dengan setiap pembelian. 

Peraduan #NoPlaceLikeHOHM


Lagi menarik korang boleh dapatkan baucar dan DISKAUN sehingga 80% across the range.  

Berpeluang memenangi baucar HOHM bernilai RM1,000 dengan hanya beberapa klik!

 Untuk menyertai peraduan #NoPlaceLikeHOHM CONTEST
 - Pergi like and follow @HOHM on Facebook.
 - Share the post contest dan letak #NoPlaceLikeHOHM dan pastikan akaun anda public

10 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi baucar RM100 setiap seorang.  T&C terpakai.  Jom join join.

Contest bermula 24 Dec to 31 Dec 2021. 

Check out HOHM facebook page on HOHM Malaysia. 

Hah, jomla ke HOHM Pavillion Bukit Jalil.
HOHM
L4.30.01, L4.30.02 & L4.82.00
Aras 4,
Pavilion Bukit Jalil

Untuk info lanjut boleh layari
SHARE 21 comments

Add your comment

  1. Lawa betul pinggan tu semua. Yang bathroom pun sama. Bolehlah shopping untuk rumah baru nanti. Hehe

    ReplyDelete
  2. Wish I could visit this shop to buy some things for my home. :D

    ReplyDelete
  3. Besar gila la HOHM ni Nad oiii... Kalau kita mau dekat separuh hari termenung dlm ni... Syurga!

    ReplyDelete
  4. Banyaknye barang. Rambang mata tengok

    ReplyDelete
  5. geram tengok barang toilet, comel2

    ReplyDelete
  6. Ya ampun! Cecantik nya
    Mau lebih 4 jam belek² dalam ni tak jumpa jalan balik. HAhaa

    ReplyDelete
  7. lawo lawo la.. klu cik en berejam la dok dalam tu

    ReplyDelete
  8. Semalam lalu je kat luar sebab dah lewat malam. Nampak besar je mall nie dari luar. Nie tengok cantik plak barangan kat HOHM nie - kena pergi la weekend nie.

    ReplyDelete
  9. HOMH looks great! The owl decors look sooooooo cute and adorable. Thank you for sharing detailed information on HOMH. Love all the pictures you shared.

    ReplyDelete
  10. best kan HOHM! aritu khai pun dah pergi cuma dari segi pandangan khai harga dia agak pricy berbanding pesaing dia. tetapi promo dia tak dinafikan memang murah plus staff dia sangt friendly!

    ReplyDelete
  11. seronoknya. kita yang tgk gambar je ni pun best cuci mata apetah lagi kalau pergi shopping sendiri

    ReplyDelete
  12. Perghh ni all in 1 roof haaa mudah nak cari ... 1 tempat ada semua. Banyak jugak design cantik. Geram

    ReplyDelete
  13. Wahhh kte lom pernah lg jejakkan kaki ke pavilion bkt jalil. Baca attikel nad ni menarik la nak gi cari kelengkapan umah kat HOHM ni

    ReplyDelete
  14. Uishh best juga HOHM ni.. Macam2 kelengkapan boleh dpt kt sini kalau nk deco2 rumah.. Boleh rekemen kt ipar sbb rumah dia pun dkt je kt sini

    ReplyDelete
  15. best tempat ni.. macam2 ada berhantu betul ni hahahhahahahaha.. nanti boleh datang shopping kat sini

    ReplyDelete
  16. Nell pun teruja nak pergi visit HOHM ni la nanti! CNY pun dah dekat , boleh la g usha2 sikit barang2 baru lepas ni 👍tak pernah sampai lagi sini since opening dia!

    ReplyDelete
  17. Aduyai.. rambang mata! Terus rasa nak ajak Geng pi sini weekend nanti. Tak sabar dah ni.. HAhaa

    ReplyDelete
  18. Going to check out this place to buy some CNY decorations

    ReplyDelete
  19. Best lah semua peralatan and hiasan rumah di HOHM, i pun nak singgah the next round i go to Pavilion Bukit Jalil.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS