SINOPSIS KAU CIPTA KASIH DRAMA TV3

in , , by Nadia Johari, 07:51:00
 hai assalammualaikum

Sinopsis Kau Cipta Kasih Drama TV3 - Aku tak ingat aku tengok episod berapa, masa tengok Norlia Ghani tengah marah dekat Sherie Merlis pasal anak. Terus aku sangkut tengok cerita ni, sampai harini. Best sangat, aku kalau cerita best aku share dalam blog..hehee. Tak sempat tengok episod pertama, nanti cari dekat mana-mana, mesti ada yang share punya kan.

Walaupun tak tengok dari episod pertama, tapi dapat tau la yang kisah keluarga ni macam mana. Semua pelakon memang best, ada yang baru yang jarang aku tengok berlakon, tapi ok je takda kayu semua. Sebab tu layan sampai sekarang, sampai tak sabar apa cerita selanjutnya.




Sinopsis Kau Cipta Kasih


Mengisahkan Samad (Sahronizam) dan Sabariah (Sherie Merlis) yang dikawinkan atas paksaan keluarga mereka. Perkahwinan paksa ini telah memudaratkan hubungan Sabariah dengan Samad. Selalu sangat bergaduh sehingga Sabariah membenci anak-anaknya kerana dia tidak mencintai Samad yang sering mengasarinya.




Idris (Nafiz Muaz) anak kedua dilahirkan dengan kecacatan di kaki. Dia dibenci dan tidak diakui sebagai anak oleh Samad dan Sabariah. Dia dibesarkan oleh Opah Piah (Norlia Ghani) dan Atuk Mat setelah dibuang oleh ibu bapa sendiri.

Walaupun kaki tempang, Idris diajar berdikari dan bekerja sejak kecil. Dia seorang yang rajin bekerja, taat pada agama dan hormat kepada orang tua. Opah Piah telah menghadiahkan tanah ladang dan tapak rumah pusaka kepadanya.



Ramlah (Fify Azmi) anak ketiga seorang yang sangat bijak dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan Idris. Dia amat menyayangi Khadijah, kakak sulung kepada empat beradik ini yang menjaganya sejak kecil. Ramlah tidak pernah berputus harapan untuk merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya.

Hasnah (Amanda Amry), anak bongsu kepada pasangan Sabariah dan Samad sangat naif dan percaya bahawa Samad menyayanginya. Hasnah juga manja dengan Khadijah dan menganggapnya sebagai ibu.

Ketika di Tingkatan 5, Hasnah bercinta dengan rakan sekampungnya dan berkeras mahu berkahwin dengannya selepas SPM walaupun mendapat tentangan daripada Samad. Sabariah pula bersetuju dengan perkahwinan Hasnah kerana sudah tidak mahu menanggung anaknya itu.



Khadijah (Uyaina Arshad), anak sulung kepada Samad dan Sabariah sanggup berkorban dengan menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika usia masih muda. Khadijah sering menjadi mangsa kemarahan ibunya. Satu perkara yang tak disangka, Khadijah dirogol bapak sendiri. Gila betul bapaknya tau, geram sangat, kesian Khadijah. 

Bapaknya ni kaki judi, tak bekerja, asyik menyusahkan isteri dan anak-anak sahaja. Sanggup jual lembu Idris, nak jual rumah opah tapi nasib tak dapat sebab rumah tu atas nama Mak Cu mereka. Nasib opah bijak. Mak Cu ni adik kepada Sherie Merlis dalam cerita ni. Tak ingat siapa nama pelakon Mak Cu tu. MakCu ni la yang banyak tolong Idris. Rupanya Mak Cu diaornag pun pernah nak kena rogol dengan Samad.

Akibat peristiwa itu, Khadijah telah dihalau keluar oleh ibunya walaupun Khadijah telah memberitahu apa yang sebenarnya telah berlaku. 



Khadijah melarikan diri dan terjumpa dengan Afiq (Nazim Othman), anak kepada seorang usahawan yang berjaya.Macam mana diaorang berjumapa? Masa tu Afiq dirompak, dan khadijah nampak segera bantu Afiq. Khadijah ditendang dan pengsan, Afiq berjaya selamatkan diri dan selamatkan Khadijah dengan bawa pulang ke rumah. Nasib Mak Ayah Afiq terima Khadijah. Khadijah pengsan sebab keguguran, kandungan hasil dari bapaknya. Mak Afiq la yang menjaga Khadijah. Lepas tu Khadijah jadi pembantu rumah di rumah Afiq.

Sejak itu, perjalanan hidup Khadijah mula berubah. Keluarga Afiq baik sangat. Berutung Khadijah masuk dalam keluarga tu. Memnag terus tak sabar nak tau cerita seterusnya.

Adakah Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah dapat menemui kebahagiaan selepas dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup mereka? Harap sanagt bahagia dan semua keluarga bersatu..hehee. Nantikan...

Pelakon Kau Cipta Kasih 

Uyaina Arshad sebagai Khadijah
Nazim Othman sebagai Afiq
Fify Azmi sebagai Ramlah
Nafiz Muaz sebagai Idris
Amanda Amry sebagai Hasnah
Ikhram Juhari sebagai Haris
Shahronizam noor sebagai Samad
Sherie Merlis sebagai Sabariah
Nynaa Harizal sebagai Nelly
Izuan Razali sebagai Rashid
Norlia Ghani sebagai Opah Piah
Raja Syahiran sebagai Faisal
Marissa Yasmin sebagai Datin Ruby
Mustapha Kamal sebagai bapa Afiq

Cerita ni setiap hari Selasa sehingga Khamis jam 10 malam sehingga 11 malam di TV3. memang tepat jam 10 malam memang standby depan tv..hehee. 
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2