hai assalammualaikum

Telefilem Nafsu Mental Di Astro Citra - Setiap hari Sabtu nad memang tak lepaskan cerita telefilem di Astro Citra. Setiap hari sabtu cerita telefilem di Astro Citra memang best-best, dan nad akan tunggu jam 9 malam. Sebelum bersiaran, astro akan tunjukkan sikit tayangan perdana dia, macam trailer la. Setiap kali tengok tayangan perdana, buat lagi tak sabar nak tengok cerita tu. Sabtu ni, telefilem yang bertajuk Nafsu Mental akan disiarkan. 

Tengok tajuk, macam cerita berkenaan orang yang gila nafsu. Maksudnya suka dengan perempuan tu atau rogol ke apa kan. Bila tengok tayangan perdana dia, perempuan tu kene culik tak tau hidup ke tak, dengan seorang lelaki. Jadi tak dapat agak sangat cerita dia. So memang tunggu hari Sabtu nak tengok.


Telefilem : Nafsu Mental
Waktu siaran : Sabtu, 15 Januari 2022 jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra (CH108)
Penulis Skrip : Tommy Loh, Puovin Sandera
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Fast Motion Sdn Bhd

Telefilem Nafsu Mental dibintangi pelakon lakonan Syafiq Kyle, Riz Amin, Fatin Afeefa, Riz Amin, Fazlina Ahmad Daud, Meor Mohd dan ramai lagi.


Telefilem Nafsu Mental Di Astro Citra


Mengisahkan tentang tabiat buruk yang mendorong seseorang yang pada pandangan mata kasar manusia sebagai 'orang baik' boleh bertindak di luar batas kemanusiaan. 

Baca atas ni mesti paham kan, dari pandangan kita nampak baik, tapi di sebalik baik tu ada satu sifat nafsu yang di luar jangkaan menyebabkan dia melakukan sesuatu yang tidak dijangka.

Ya masa nad tengok cerita ni sampai habis, mula macam agak dia yang buat, lepas tu eh bukanla entah dia..hahaha. Jadi konfius ye, tapi akhirnya kebenaran dah tau. Ok meh nad cerita dari awal..hehee..

Nizam ( Syafiq kyle ) dan Din ( Meor Mohd )

Kisahnya ada, dua orang lelaki ni Nizam dan Din kawan baik. Dua orang sahabat ni dah berkahwin. Nizam ni baik sangat, memang tengok lakonan seorang suami yang sangat baik, tolong isteri buat kerja. 

Nizam dan Isteri

Selalu dicemburui oleh isteri Din dan selalu mengadu dengan suaminya iaitu Din, Nizam ni baik orangnya. Din ni seorang yang suka bermain game, malas dan tak berapa rajin nak tolong isteri. 

Isteri terjumpa dvd lucah

Suatu hari, isteri Nizam, jumpa dvd lucah dekat bawah katil. Mula syak wasangka dan tak sangka apa yang dinampak. Namun Nizam menafikan bahawa dvd tu kawannya punya, dia hanya menyimpannya sahaja. Rupanya dvd tu milik Din, memang Nizam tolong simpankan. Tapi, nad rasa takdanya tolong simpan, mestilah tengok juga kan.

seorang ibu dan anak yang sangat bahagia , ibu ( Fazlian Ahmad Daud), dan Maria ( Fatin Afeefa )


Tiba dekat klimaks, dimana ada seorang lelaki mengintip Maria. Maria ni anak yang baik pada ibu bapa. Dia perasan, ada orang mengintip dia selalu di luar rumah. Tapi takda syak wasangka apa-apa.

Suatu hari, maria dan ibunya, pergi ke mall untuk membeli barang masakan. Di parking maria tiba-tiba nak ambil tiket, tapi maknya kata tak payah. Tapi maria berkeras juga nak pergi. Masa tu maria seorang je pergi ke kereta tanpa ditemani maknya. Maknya masuk ke dalam mall. 

Sedar anaknya hilang, terus nak cek CCTV


Lepas beberapa minit tengok maria tak masuk mall, ibunya keluar pergi melihat apa yang berlaku. Bila di tempat parking, ibunya melihat tiada kereta dan anaknya. terkejut, risau semua ada. Terus bagitau guard situ untuk melihat CCTV.

Masa cek di CCTV, nampak kereta yang dipandu mereka keluar dari kawasan parking. Ternampak kelibat seorang lelaki di dalam kereta di bahagian pemandu. Ibunya terfikir anaknya diculik dan terus dibuat report polis. Pada masa sama, pertolongan dari kawanya untuk mencari anaknya maria.

Malam tu pulak Nizam dan Din tiada di rumah. Masa ni maria diculik oleh seorang penculik yang ditutup mukanya. Suaranya pulak macam laki lain tak macam Nizam atau Din. Sebab cerita ni ada seorang laki lagi yang ingat sekali terbabit. Memang buat kita konfius.

Bapa Hazrin ( Riz Azmin)

Ni la laki tu, bapa Hazrin. Suara perogol tu macam pulak suara bapa Hazrin, tapi rupanya tak. Nak tau siapa bapa Hazrin ni, hah baca sampai habis.

Maria semasa diculik

Ketakutan seorang perempuan apabila disentuh lelaki

Masa maria diculik, akhirnya dia dirogol. Lepas dirogol, maria cuba lari tapi ditangkap oleh perogol tu semula dan dibunuh lalu dibakar dibuang ke tempat pembentungan.

Selepas kereta dijumpai

Berdebar seorang ibu ayah melihat di maan anaknya

Sedih bila ketahui anaknya mati

Masa ni sedih bila kereta maria dijumpai dan diberitahu jumpa di pembentungan.

Hah, bapa Hazrin la saksi mayat maria. Dia la yang menjumpai mayat maria di pembentungan. Sebab tu ada banyak kes rogol yang disimpan di dalam fail. Dia takut anaknya Hazrin jadi seperti perogol tu. Tu dia marah sangat anaknya bila tengok benda tak elok dalam telefon. Actually masa ni dia ceritakan kes maria yang dah lama, dia teringat-ingat. Memang konfius mulanya sebab masing-masing dicerita dalam satu masa.

Berbalik siapa perogol itu. Sebab malam kejadian Nizam dan Din tiada di rumah. Jadi kita pun fikir antara dua ni la yang perogol juga.

Hah, masa isteri Din nak mengemas rumah, dia ternampak dvd lucah tu dekat rumahnya. Punya marah dan terus bakar dvd tu. Din pun marah buat orang fikir dia la perogol tu. 

Nizam cuba melarikan diri apabila ditangkap

Nizam akhirnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati

Tiba-tiba, polis datang, masing-masing terkejut. Polis tu bagitau nama Nizam berkenaan kes rogol maria. Terus Nizam lari daripada tangkapan polis. Ya, akhirnya terjawab, Nizam la perogol dan pembunuh itu. ISteri nizam terkejut dan teringat balik ada baju yang dibasuh mempunyai darah. Tapi Nizam kata itu darah ayam. 

Saat ditunjukkan muka Nizam semasa menculik maria

Semasa maria dibunuh

Tapi dah terjawab, Nizamla yang merogol dan membunuh maria. Hukuman mati telah dijatuhkan terhadap Nizam.

Begitula ceritanya. Orang yang baik ni jangan disangka baik sangat. Mungkin ada perkara yang tidak dijangka akan dibuat. Lagi-lagi kalau layan dvd lucah ni. 

Perempuan pun kena hati-hati, jangan bersendirian di luar, lagi-lagi waktu malam. Dekat parking pun bahaya. sentiasa berjaga-jaga.

Keychain self defense

Perlu bawa peralatan demi melindungi diri. Self defense keychain. Semua ada. Boleh klik https://shp.ee/73zhut9 untuk buat pembelian. 
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Khusyuk kita baca. Mesti best cerita ni kan.

    Btw jalan cerita macam kisah benar. Kisah Canny Ong yang diculik di carpark dan akhirnya dirogol dan dibunuh. Pembunuh dah dihukum lepas 13 tahun .

    Memang bahaya jalan sorang sorang di parking lot. Serammmm

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2