hai assalammualaikum

The Pink Stuff, The Miracle Cleaning Paste - Benda ni dah lama viral, tapi nad baru nak cuba. Nampak ramai retweet cleaning paste The Pink Stuff ni, katanya boleh hilangkan kekotoran dengan mudah tanpa perlu sental yang kuat. Jadi kita pun nak cubala, boleh ke hilangkan sikit kotoran belakang bontot periuk kita tu..hehee. Hah terus beli dekat shopee.

The Pink Stuff ni ada banyak jenis, ada jneis cleaning paste macam nad  beli ni, ada jenis spray, jenis cecair, ikutla korang nak yang mana untuk kegunaan apa. Macam and sebab nak guna untuk bontot kuali je, jadi beli yang cleaning paste ni.



The Pink Stuff, The Miracle Cleaning Paste

Pink Stuff Miracle Cleasning Paste sesuia untuk membersihkan kotoran pada bahagian dapur, sinki, periuk, jubin, seramik, kaca, perabot, eh semuala ye. Bila difikir balik, mudahla beli satu jenis je, semua tempat boleh pakai.



Saiz yang nad beli ni 500g dan tekstur macam sabun basuh pinggan dalam bekas tu. Jadi kalau setakat nak basuh bontot kuali memang tahan lama juga ni. Warnanya mestila warna pink..hehehee.


Jadi lepas dapat je, terus nad cuba dekat bontot kuali ikea ni. Dah lama bontot kuali ni warna hitam, memang susah nak hilangkan guna sabun biasa. Dah gosok kuat pun taknak hilang. Sangatla tak cantik bila tengok..huhu. 

Pastu cuba lap bontot kuali dengan The Pink Stuff Miracle Cleaning Paste ni.

Oh masa beli ni dapat sekali berus, jadi nad guna berus yang diberi. 

Masa guna cleaning paste The Pink ni tak perlu kena air, cuma ambik guna berus dan sapu terus ke bontot kuali. Sapu sampai rasa puas, kemudian baru bilas dengan air.


Ni selepas nad cuci dengan The Pink Stuff. Nak kata hilang sepenunhnya tu takdala, tapi hilang la juga. Nampak la sinar sikit di bontot kuali. Bab kata tak perlu sental kuat sangat, hahaha, nad sental kuat ye. Takda lembut. Kalau lembut rasa tak hilang juga kot. Sebab hitam ni dah lama, jadi mungkin dah melekat. Sebab tu masa nak cuci kene sental kuat-kuat, baru hilang sikit hitam dekat bontot kuali ni.

Cara penggunaan:
Pink Stuff Cleaning Paste ialah pembersih pes kasar yang lembut dan harus digunakan dengan berhati-hati. Sapukan menggunakan kain lembut atau span. Gosok perlahan-perlahan sebelum dibilas dengan air panas. Jangan gunakan pada permukaan panas atau hangat.

Tengok barang jugala, mungkin ada yang kena gosok perlahan. Jadi sebelum buat tu kena berhati-berhati.

Okla setakat ni nad guna, memang setiap kali guna untuk bersihkan bontot kuali memang takda hitam sangat.

Korang nak, boleh beli dekat shope. Klik link http://bit.ly/3HyTOrV
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. WoW! Saya teruja tengok packaging dia tu - menawan sungguh! Pinky pinky pink

    ReplyDelete
  2. tengok ramai orang guna cleaning paste ni. bagi IQ pakeging dia dan warna dia mengiurkan, rasa nak makan...haha!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2