hai assalammualaikum

Teruja Anak-Anak Tengok Hidupan Laut Di Aquaria KLCC - Nad sendiri lupa, bila kali terakhir nad pergi ke Aquaria KLCC ni. Rasanya masa mula-mula kawin dulu kot, agaknya la. Bila dah ada anak pertama, memang ajak juga mr mafia pergi ke sini, tapi mr mafia cakap, nanti, waktu kecil tak best bawak, sebab dia datang pun bukan dia tau apa, jadi tunggula diaorang besar sikit. 

Sampai la ada anak kedua, dah masuk 4 tahun, anak sulung dah 7 tahun, baru dapat pergi Aquaria KLCC ni, sebab dua-dua dah pandai berinteraksi kan. Mommynya yang laju beli tiket dekat shopee..hehe. Senang beli tiket siap-siap, sampai sana terus masuk je, takyah beratur panjang. Lagi satu dekat shopee murah sikit daripada harga asal.
 

Nad beli tiket online untuk weekdays
Dewasa RM 36.90
Kanak-kanak: RM26.90 

Untuk weekend berbeza harga. Korang nak beli tiket Aquaria KLCC ni, boleh klik link https://shp.ee/7ds86w5

Lepas dah bayar semua, terus massage seller tu dan berikan nama, waktu dan tarikh. Terus seller tu akan email tiket yang kita beli dan bagi form slot booking Aquaria KLCC. Isi la slot booking tu sebab akan ditunjukkan dekat staff Aquaria nnti. Download siap-siap tiket yang diberi dekat email atau nak print pun boleh. Sebab ada QR code yang akan di scan masa nak masuk nanti.



Harga Aquaria KLCC Walk in
Weekdays
Dewasa ; RM 52
Kanak-kanak : RM42
Warga tua : RM42

Weekend
Dewasa : RM55
Kanak-kanak: RM45
Warga tua : RM45

*Masuk percuma untuk bayi berumur 2 tahun ke bawah.
*Kadar kanak-kanak adalah terpakai untuk umur 3-12 tahun sahaja.
*Kadar dewasa dikenakan untuk mereka yang berumur 13-59 tahun.
*Kadar Warga Emas dikenakan untuk umur 60 tahun ke atas.
*aquariaKLCC berhak untuk menukar harga tanpa notis awal.

Teruja Anak-Anak Tengok Hidupan Laut Di Aquaria KLCC 

Masa datang tu memang ramai, tapi sebab dah beli tiket secara online, jadi kita terus masuk jela. Tunjuk tiket yang dah download tu, pastu staff scan QR code dekat situ. Ada nad nampak, orang siap print la bagi senang..hehee. Mana-mana yang mudah kan. Penting lepas beli dekat seller shopee, terus simpan siap-siap tiket tu. Kalau beli awal , sebab macam nad memnag beli awal seminggu sebelum nak pergi.




Lepas masuk je, anak-anak terus teruja tengok hidupan laut tu. Mula-mula hidupan laut yang kecik-kecik, macam ikan kecl, tapak sulaiman. Masa dekat tapak sulaiman, Fariza boleh cakap ' mommy ni macam dalam cerita spongebob '..hahaha. Tau je dia ye.





Pelan-pelan jalan dalam tu, bagi diaorang tengok puas-puas ikan tu semua. Satu lagi sebab taknak berkumpul dengan orang lain, nak jarak-jarak macam tu.


Sampaila dekat ikan besar-besar semua. Nad mestila nak bergambar kan, hahaha. Anak-anak nak cepat je, bagila mommy tangkap gambar dulu. Mommy pun dah lama tak datang sini. Wajib ambik gambar dekat ikan dalam silinder ni..haaha, walaupun cahaya tak bagi kerjasama, gigih jugala..hehee.



Cantik sangat tengok.

Pastu paksa anak-anak ambik gambar, haishh kenangan ni..hehhee. Last-last diaorang yang over posing tau.





Banyak ikan yang nad baru tau, ada yang tak pernah nampak. anak-anak pun bila nampak ikan besar kemain tak kelip mata. Nak tau satu-satu nama ikan, mujur ada nama dekat situ, takda la mommy jenuh nak fikir..hahaa.

Lepas tu station seterusnya, masa nak ke terowong lutsinar beratur untuk bergambar yang diambil pekerja aquaria disitu sebagai kenangan. Memang kena beratur, tapi sekejap. Buatla pose yang disuruh, sekejap je. Simpanla kad gambar yang dibagi, bila dah keluar dari terowong, sama ada ko nak beli gamabr tu atau tidak terpulang.




Perjalanan seterusnya ke terowong lutsinar yang dipenuhi dengan pelbagai ikan termasuk ikan jerung, pari-pari besar, dan macam-macam lagi. Pergh teruja sangat tapi masa tu ramai orang, memang jalan pun terkedek-kedek. Tapi nad suruh suami jalan pelan-pelan, biar yang lain jalan dulu.

Dapatla bergambar dan tengok hidupan laut dalam tu. 



Nampak divers bagi makan dekat ikan-ikan tu. Teruja betul naak-anak..ehhe. Divers pun peramah dengan anak-anak.


Nad tengok dekat website Aquaria, ada aktiviti Cage rage. Cage rage ni korang akan masuk dalam sangkar, dan sangkar tu akan masuk ke dalam air tu. Korang boleh tengok hidupan laut dalam air dari dalam sangkar dengan memakai kelengkapan pakaian dan tong gas untuk bernafas tu. Yela, sebab masuk dalam air. Kalau rasa nak berani cubala, pengalaman ni. MAsa ni la nak rasa dekat dengan ikan jerung dekat situ..hehhe. 

Masa Cage rage ni pukul 11.00 pagi hari, Isnin, Rabu & Sabtu.

Ada lagi macam-macam aktiviti ada.

Lepas keluar terowong terus ke kaunter gambar yang diambil tadi. Mana tau ada yang berkenan yang cantik sebagai kenangan. Belila satu sebagai kenangan dah pergi ke Aquaria ni. Sekurang-kurangnyanya anak takkan lupa..ehhee.


Ni pulak station obor-obor dan hidupan yang kecil-kecil. 

Bestnya tempat ni bila tak ramai orang, dan takdala kelam kabut korang nak tengok ikan, nak kena jalan cepat..huhu. Dalam banyak-banyak station, yang dekat silinder dan dalam terowong tu yang best. Bagi anak-anak semua tempat best sebab diaornag dapat tengok macam-macam hidupan laut. Sesuai untuk kenal hidupan laut.

Bolehla bawak anak-anak ke sini bila ada masa terluang.
Aquaria KLCC
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi : Isnin- Ahad : 10 pagi - 7 malam ( last admission 6:00 pm)
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. seronok dorang ya tgk ikan2 kat aquaria. bawak budak2 mmg best kalau tempat2 mcm ni kan

    ReplyDelete
  2. Anak-anak besar Nad ni memang seronok di bawa tempat gini.. mereka teruja kannn.. tapi dewasa pun kalau pergi, jakun gak hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Saya pernah pergi sini sekali bawa anak-anak, diorang teruja. Kalau ada anak kecil, memang bagus bawa ke sini supaya diaorang mengenali hidupan laut

    ReplyDelete
  4. tak payah cakap budak laa...kita ni masuk zoo ke theme park ke pun sampai ke laaa ni excited hahahaha

    ReplyDelete
  5. I miss going to KLCC especially Aquaria KLCC.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2