hai assalammualaikum

Dizo Watch 2 Realme, Smartwatch Yang Ku Idamkan - Last nad pakai jam masa sekolah menengah, lepas tu tak pakai jam sebab nak cari yang berkenan di hati tu tak jumpa. Bila dah kawain ni, tengok ramai kawan pakai jam smartwatch yang siap boleh tengok healthy kita, yang siap ada mode sukan. Tertarik pulak tengok jam macam tu, tapi jadi pening sebab banyak pilihan..hehee. Akhirnya nad pilih Dizo Watch 2 Realme, ikut budget yang sesuai dengan duit poket nad dan fungsi menarik.

Ni pun nad dapatlan di shopee Dizo Official Shop. Masa nad beli, diaorang ada buat diskaun, harga dari RM 259, dapat diskaun dalam RM139, sekarang nad tengok harga RM169. Boleh klik https://shp.ee/nhpjyv5



Dizo Watch 2 Realme, Smartwatch Yang Ku Idamkan


Bagus ada smartwatch yang tunjuk healthy kita, so kita boleh pantau selalu kesihatan kita. Takdala kita ambil sambil lewa kan. Jam bukan semata tengok waktu je, tapi lebih dari tu. Dizo Watch 2 realme ni jenama pertama dalam realme TechLife Ecosystem.



Ada banyak pilihan warna, Black, Lvory white, Golden Pink dan Silver Grey, nad pilih Golden Pink. Lawa kan, memang kena dengan perempuan tau..hehee. So in love betul dengan warna dia. 

Pertama kali pakai jam smartwatch ni memang lain sikit ye..ehhee. Lepas ni semangat joging semua la..hahaha.


Nak onz jam ni pun senang, ikut je panduan buku yang diberi. Scan QR code yang ada dekat jam, lepas tu buat jela apa yang disuruh. Jam ni di monitor dengan app Dizo. Selesai setting semua, dah boleh gun jam ni. Video ada nad tunjuk caranya.


Screen jenis alloy dan memang tahan lasak.

Dizo Watch 2 ni screennya besar, senang masa nak menyentuh, nak slide-slide, takda gangguan. Smooth je masa nak slide semua tu. Nak tengok pun selesa je, sebab screen dia besar. saiz 4.3cm (1.69) saiz dia. Macam nad pakai pertama kali memang selesa je masa nak tukar-tukar.

Macam-macam fungsi ada dekat Dizo Watch 2 realme ni:




- Cek Blood oxygen 🩸
- Heart Rate Monitor ♥️


- Water Resistance : Tahan lasak dan kena air pun takda masalah


- 15 Sports Modes 🏃‍♀️ : Yes, ada 15 aktiviti suka yang ada dekat jam ni. Jadi bila korang buat aktiviti tu boleh rekod dekat jam ni/
- Female Health 👱‍♀️ : Ni bagus, sebab siap ada female health macam Forecast menstrual cycle, menstruation dan ovulation.


- 100 style watch modes background : Jam ni ada macam-macam style tau, boleh tukar ikut mood..hehee. Boleh bubuh gamabr sendiri.
- Notification : Bila korang setting on semua notification akan keluar, kalau tak onz takdela keluar.


- Reminder for call, massage and anything : Hah ni mana tau korang tak sedar kat phone, bila setting onz dekat app untuk call, massage, dekat Jam Dizo Watch 2 nanti akan keluar.
- Find my Device ( find my watch) : hah yang ni kalau tak jumpa mana jam atau telefon korang boleh find guna salah satu ni.


Banyak lagi kelebihan yang ada dekat telefon ni tau. Nak senaraikan satu-satu memnag panjang..hehee.

Battery jam ni boleh tahan 10 hari. Lama kan, takda la cas selalu. Nad pakai dari pagi sampai malam, sampai bawak tidur tau. Memang tahan lama.


Jam ni ada control muzik juga. Kalau korang pasang lagu dekat youtube, nak tukar lagu ke, perlahankan lagu,, boleh control dekat jam Dizo Watch 2 ni.


Puas hati la dengan jam ni, semuanya ada.

Korang aklau cari smartwatch boleh usha Dizo Watch ni, adamacam-macam jenis smartwatch Dizo ada. Boleh klik  https://shp.ee/nhpjyv5
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Best produk realme sekali diskaun memang bagi kaw-kaw.

    ReplyDelete
  2. Memang senang laa pakai smart watch gini, time drive ke tgk kat jam jerr.. cuma kena rajin cas hehehehe.. suka color dia, cantikkk

    ReplyDelete
  3. best nad.. akak guna realme band je yang murah sikit.. jadiklah

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS