TAMAT PERSEKOLAHAN FARIZA DI SEKOLAH TADIKA

in , by Nadia Johari, 22:21:00
 hai assalammualaikum

Akhir Persekolahan Fariza - Ingat lagi pertama kali Fariza masuk sekolah tadika, berani dan tak takut. Suka sangat dia ke sekolah. Masuk 6 tahun, masih sekolah tadika yang sama. Makin berani berkawan, bergaul dan serba serbi boleh. Tiba-tiba halangan datang bila ada covid, tak datang sekolah dan hanya belajar di rumah. Sedih pun ye sebab tak banyak aktiviti dia dapat buat. Walaupun dalam keadaan covid, alhamdulillah, dapat juga dia tamatkan persekolahan tadika dia, yeah!!

Pejam celik pejam celik dah nak masuk darjah satu bulan March 2022. Selalu masuk sekolah bulan January, tapi disebabkan covid sekolah dilanjutkan, maka masuk persekolahan baru pun jadi lambat. Mommy daddy dah kena fikir untuk cari baju masuk sekolah rendah dan sekolah KAFA pulak lepas ni. Mommy never semula..hahhaa.




Hari Khamis, hari terakhir Fariza sekolah di Tabika. Cikgu Ema la cikgu tabika yang banyak bantu fariza dan anak murid yang lain. Cikgu Ema cakap, Fariza antara budak yang rajin dan boleh pergi jauh. Amin, amin, semoga Fariza baik-baik sahaja bila masuk darjah 1 nanti. Risau juga, walaupun dia pandai baca, tapi dia masih belum paham sepenuhnya. Masih ada kerisauan, tapi nad sebagai maknya mestilah percaya pada anak sendiri kan.


Haritu nad hadir taklimat pengurusan untuk darjah 1. Alhamdulillah Fariza dapat sekolah dekat dengan rumah. Cikgu terangkan la apa yang perlu dibuat masa tu. Waktu sekolah pukul berapa, peraturan yang perlu dibuat dan macam-macam lagi. 

Habis taklimat, beli baju sukan dengan lencana dia sahaja buat masa ni. Buku nanti tunggu cikgu whatsup, baru boleh beli. 

Nad ni dahla pertama kali anak masuk sekolah rendah, dul pun nad masuk sekolah ayah yang uruskan. Ni kita pun macam blur lagi.. Hahahha. Apa-apa tanya la geng mak yang anaknya sama tabika dengan fariza. 

Baju sekolah pulak, nanti boleh beli dekat Pakaiaj Hari-Hari. Lengkap semua dekat situ. 


Haishh besar dah, masuk darjah 1 dah Fariza. So mommy dah kena standby bangun awal pagi lagi, lebih awal dari sebelum ni.. Hahahaa. 

Sekali lagi, terima kasih Cikgu Ema dan Aunty Ros yang banyak beri tunjuk ajar anak2 dekat sekolah Tabika Pandan Jaya.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Congratulations to your little one on her graduation. :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS