hai assalammualaikum

Wawawax Lancarkan Produk Baharu, Wawawax Body Scrub - Baru-baru ni nad dijemput untuk memeriahkan majlis pelancaran produk baharu Wawawax di Glasshouse Glenmarie Shah Alam. Wawawax  jenama yang dipercayai untuk waxing sejak 2016, produk keluaran bumiputera dan Wawawax Cold Wax Hair Removal merupakan produk pertama mereka yang laris dan dikenali semua. Bagi melengkapkan penjagaan diri, maka terciptalah produk baharu mereka ini iaitu Body Scrub.

Nad pasti ramai tau kebaikan body scrub ni. Sesekali kita perlu scrub badan kita ni bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan ingrown hair yang disebabkan waxing atau bercukur. Selain itu body scrub ni memastikan kulit licin, lembut dan lembab serta membantu kulit menyerap pelembap dengan lebih baik. 



Wawawax Lancarkan Produk Baharu, Wawawax Body Scrub

Scrub atau lulur badan ni dah sebahagian dari rutin penjagaan badan. Walau sibuk macam mana pun tetap kena sental badan kita ni sekejap. Bertambah best bila guna Body Scrub Wawawax ni. Nad dah pakai, bau pun sedap je. Segar dan bermaya dengan kulit yang lebih licin dengan Wawawax Body Scrub #scrubtosmooth. Produk yang baru sahaja dilancarkan ini mempunyai dua jenis bauan iaitu Wawawax Body Scrub Sweet Peachy dan Wawawax Body Scrub Rosie Red.


Untuk suasana yang mencuit dan tidak dapat dilupakan, korang boleh pilih perasa buah-buahan, Sweet Peachy manakala untuk hari yang mewah dan santai, Rosie Red menjadi pilihan tepat untuk kulit.

Body Scrub ini menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk kulit dan menggunakan formula unik yang menggabungkan bahan-bahan semulajadi termasuk Garam Himalaya dan Ekstrak Bengkoang.



' Amat penting bagi kami untuk memberikan pengalaman terbaik untuk para pelanggan kami yang disayangi dalam menjaga diri dan kami mengambil peluang ini sebagai satu keistimewaan dan tanggungjawab besar daripada syarikat kecil Malaysia tempatan seperti kami. Jadi, kami sentiasa melakukan yang terbaik.

Wawawax Body Scrub yang dirumus dengan teliti ini merupakan pelengkap sesuai kepada Cold Wax Hair Removal kami dan boleh digunakan sebelum atau selepas waxing dan bercukur '. kongsi Naqiah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Wawawax Global Sdn Bhd.

Bahan yang ada dalam Body Scrub ni bukan bahan dari luar, tapi bahan yang dicari sendiri oleh mereka. Sebab kalau boleh, mereka nak menjaga kualiti barang dan memberi kebaikan kepada pengguna. Bagus kan.

Cadangan penggunaan Wawawax Body Scrub 
- Sebelum dan selepas mencukur/waxing kulit anda dengan Cold Wax Hair Removal kami atau apabila kelembapan diperlukan, sapukan sedikit Wawawax Body Scrub ke hujung jari anda dan sapukan pada kulit yang telah dibasahkan.
- Sapukan dalam gerakan bulat kecil dengan tekanan yang lembut.
- Bilas kulit anda dengan air suam dan keringkan kulit anda dengan menepuk perlahan-lahan dengan tuala.
- Elakkan sentuhan dengan luka dan kulit sensitif.

Top Achiever 2021 

Majlis pelancaran haritu juga turut dihadiri oleh stokis dan rakan media. Haritu juga, turut meriakan kejayaan para stokis Wawawax.


1) Tahniah kepada Saufinas Binti Ismail dengan rekod jualan RM1,495,521.00


2) Nur Husna Ahmad Hasib dengan jualan RM598,460.00


3) Nurul Aini Eko Praswidodo dengan ualan RM282,010.00


Review Wawawax Body Scrub Sweet Peachy dan Wawawax Rosie Red

Balik dari majlis, terus nad cuba dua-dua Wawawax Body Scrub ni. Masa dekat pelancaran tu, ada sapu sikit Wawawax Body Scrub Sweet Peachy, balik rumah, kita pakai dua-dua juga, nak tengok bestnya pakai dekat seluruh badan ni..hehehe.


Tengok packaging pun dah menarik kan, dengan warna yang ceria mengikut jenis bauan, buat orang tertarik nak mencubanya. Dua-dua sesuai untuk semua jenis kulit dan bersaiz 100gram. Botol jenis tutup buka, bila nak guna hanya picit sahaja.

Bahan utama yang digunakan dalam Body Scrub ialah Grapeseed Oil, Aloevera dan Glycerin, dimana ketiga-tiga bahan ni mampu melembabkan kulit selepas melakukan scrub.


Wawawax Body Scrub Sweet Peachy

Bila buka je penutup, dah bau peach yang sangat sedap dan mempersona. Kadang ada scrub tu bau yang kurang menyenangkan, tapi Wawawax Body Scrub Sweet Peachy ni buat kita rasa nak scrub badan je selalu, hahhaa.


Scrub bewarna kuning macam tu. 



Satu tiub penggunaan ni boleh bertahan lama, ikut cara penggunaan korang. Nad picit sekali je, dah cukup untuk scrub seluruh tangan. Lagipun scrub ni kita bukan guna selalu kan, ada tu dua kali seminggu sahaja.

Kita tau scrub ni tekturnya jenis kasar, yela, untuk tanggalkan sel kulit mati dan jadikan kulit kita lembut dan lembap sahaja. Selalunya ada scrub tu buat kulit kita kasar, tapi Wawawax Body Scrub ni, lepas nad pakai, kulit terus lembut dan tak kasar ditambah pulak dengan bau buah peach yang manis tu.


Wawawax Body Scrub Rosie Red

Wawawax Body Scrub Rosie Red ni pasti menjadi idaman semua..hhehe. Dengan warna merah jambu, dengan corak bunga yang cantik, pasti menarik perhatian. Siapa yang suka dengan bauan bunga, bolehla cuba Wawawax Body Scrub Rosie Red ni. Bau bunga yang menenangkan dan memberi keharuman pada kulit.


Jenis tutup botol yang ketat dan tidak mudah terbuka. Saiz Wawawax Body Scrub ni sangat kecil, mudah dibawa kemana-mana sahaja. 


Dah botol warna pink, teksturnya pun warna pink, menarik kan. 




Bila sapu Wawawax Body Scrub Roise Red bukan sahaja bau haruman yang menenangkan bunga rose tu malah kulit jadi lembut dan lebih licin, serta kulit jadi lembap selalu. Bila suami pegang je, rasa macam pegang tangan baby je..kihkihkih.

Nad suka kedua-dua Wawawax Body Scrub ni, bauan yang sedap, packaging comel, guna bahan berkualiti dan memberi kebersihan dan kecantikan pada kulit.


Korang kene cuba tau. Korang boleh dapatkan Wawawax Body Scrub daripada ejen Wawawax sekitar negara dan Shopee pada harga RM32 sahaja. Rasaila spa di rumah sekarang dengan Wawawax Body Scrub!!

MENGENAI WAWAWAX

Wawawax merupakan syarikat Malaysia milikan wanita yang menawarkan produk penjagaan diri dengan misi utama untuk meningkatkan pengalaman indah pelanggan melalui produk wax dan skrub.

Wawawax berusaha untuk membuatkan semua merasa dihargai, disayangi dengan menyediakan produk berkualiti yang boleh mengubah mana-mana rumah menjadi pengalaman spa yang sebenar! 

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Memang best la scrub dia. Kte dah try 2-2 tp kte cam suka rosie red lagi hehe

    ReplyDelete
  2. dah guna mmg best.. suka yg peach tu

    ReplyDelete
  3. These body scrubs will really be a blessing for those who want to pamper themselves especially their skin.

    ReplyDelete
  4. Akak, terbau bau lah bila akak tunjuk tangan lepas skrub tu. Bersih kulit. Rosie Red dan Sweet Peachy ni memang buat kita fall in love. ❤

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2