hai assalammualaikum

Ramadan 17 : Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi Dan Terung Cili Api - Selagi sotong tak habis, masak jela apa yang dimasaknya uiii. Apa yang ada dalam kepala, nak buat apa dengan sotong ni terus buat. Penting resepi kita buat ni mudah dan bahan pun mencukupi.

Sotong oh sotong, memang kegemaran keluarga kecil nad. Kali ni buatla sotong masal lemak cili padi.

Ramadan 17 : Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi dan Terung Cili Api.


Selain sotong masak lemak cili padi, mestila ada sayur. Sayur yang tinggal dalam peti ais, sayur terung je. Macam terung ni, nad suka buat sambal dengan cili padi, jadi untuk menu berbuka puasa ke 17,nad buat terung cili padi. 

Resepi nad buat ni memang mudah dan tak remeh pun. 


Sotong Masak Lemak Cili Padi
- Sotong yang telah dibersihkan.
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 biji kunyit hidup
- 10 biji cili padi
- Santan
- Sedikit air
- Serai
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili padi sehingga halus.
- Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan masak tanpa guna minyak.
- Masukkan santan dan sedikit air.
- Masukkan serai dan kacau
- Dah mendidih, kuah dah sedikit, boleh masukkan sotong dan kacau.
- Masukkan garam dan gula.
- Bila sotong dah masak bolehla angkat.


Terung Cili Padi
- Terung dibelah dua
- 7 biji cili padi
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- kiub ikan bilis
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- Terung digoreng dahulu sehingga lembut kemudian masukkan dalam pinggan.
- Kisar kasar bawang merah, bawang putih dna cili padi. 
- Gunakan kuali sama, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar.
- Masukkan kiub ikan bilis dan kacau.
- Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
- Masukkan garam dan gula dan kacau sehingga masak.
- Bila dah nasak, boleh tuangkan di atas terung.
- Siap
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS