hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan, Ayam Masak Kuning dan Ayam Masak Kicap Sambal - Terlambat pulak nak tulis hari ke lapan, hehehhe. Hari Ke lapan kita berpuasa jatuh pada hari Ahad. Bila dah hari minggu mestila berbuka puasa di kampung. Alhamdulillah, dapat juga berbuka puasa dengan mak ayah, adik beradik semua. Puasa pertama tak dapat sebab ada perkara tak dapat dielakkan.

Bila dah semua balik rumah mak ayah, meriahla makanan yang ada. Menu dibuat berasaskan ayam. Dua jenis lauk ayam, nak mudah kan. Masakla ayam masak kuning dan ayam masak kicap kari sambal. Lagipun, kakak beli daging gulai kawah, hah, elokla tu.


Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan, Ayam Masak Kuning dan Ayam Masak Kicap Sambal

Seronok bila dapat berbuka ramai-ramai ni. Makan ramai-ramai, memang riuh la. Eh, banyak cerita pulak, ok jom tengok resepi ayam masak kuning dan ayam masak kicap kari sambal.

Ayam Masak Kuning
- Ayam
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Ketumbar
- Jintan Manis
- Serai
- Kunyit hidup / serbuk kunyit
- Santan
- Kentang
- Air
- Garam
- Gula

Cara membuatnya

- Blend halus bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, serai, dan kunyit hidup.
- Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan gaul sekata. Nad masukkan ayam dahulu biar bagi meresap bahan tumis dengan ayam.
- Masukkan kentang pula
- Kemudian masukkan air separuh
- Bila dah mendidih, air dah kurang, masukkan santan, garam dan gula. Kacau sekata. Biarkan sehingga ayam siap. 
- Bila ayam dah siap, dah boleh dihidangkan.


Ayam Masak Kicap Kari Sambal
- Ayam
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit ketumbar
- Serai
- 1 Bunga Lawang
- 1 kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- Kicap
- Serbuk Kari
- Sambal
- Daun kari
- Air
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- Blend halus bawang merah, bawang putih, ketumbar, serai. 
- Masukkan sambal dan bahan blend bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga dan daun kari sehingga naik bau. Masak sehingga lecah minyak. 
- Masukkan serbuk kari dan kacau lagi sehingga masak. 
- Masukkan kicap dan kacau lagi
- Masukkan ayam dan kacau sekata
- Masukkan air sehingga ayam tenggelam. 
- Masukkan garam dan gula
- Tunggu sehingga ayam masak.
- Bila kuah dah tinggal sikit, ayam dah masak, dah boleh hidang. 

Kadang resepi ni kita boleh reka je macam mana kita nak kan.. Ehhehe. Masak dua ni sebab budak-budak suka lauk ni. Memang licin ya. Selamat mencuba
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Ah membaca menu sahaja dah dapat bayangkan betapa sedapnya menu ini!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS