hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Sembilan, Ikan Keli Berlado Khairul Aming dan Sayur Kangkung Belacan - Hari minggu haritu berbuka puasa di kampung, memang banyakla bawak balik barang basah. Macam tu la bila balik kampung, mesti ada je dibawa baliknya.

Nasib baik kat rumah mak banyak ikan keli, bolehla ambil sikit.. Hehehe. Boleh buat resepi ikan keli Khairul Aming.. Kihkih. Jimat sikit takyah beli ikan keli. Rezeki la kalau balik kampung ada ikan best.


Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Sembilan, Ikan Keli Berlado Khairul Aming dan Sayur Kangkung Belacan

Macam nad sekeluarga memang makan ikan keli ni. Kadang suka goreng garing, suka buat sambal, suka juga buat lemak. Tapi, mr mafia lebih suka goreng dan buat sambal. Jadi, nad pun cubalah buat ikan keli berlado Khairul Aming. Macam nad masak sedikit sahaja, jadi bahan pun kurangkan la. 


Ikan Keli Berlado
- Ikan Keli
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas cili besar merah
- 7 biji cili padi
- setengah tomato
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- Ikan keli digoreng garing terlebih dahulu kemudian ketepikan.
- Blend kasar bawang merah, bawang putih, cili merah besar, cili padi dan tomato.
- Tumis bahan blend sehingga naik bau.
- Masukkan garam dan gula, letakkan dan kacau bagi masak sekejap.
- Masukkan ikan keli yang dah digoreng dan kacau dengan bahan tumisan. Kacau elok-elok jangan bagi ikan hancur.
- Ok dah siap.

Sayur Kangkung Belacan
- Kangkung ( dibasuh dan dising terlebih dahulu) 
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 7 biji cili padi
- Sedikit belacan
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- Blend bawang besar, bawang putih, cili padi, dan belacan.
- Tumis bahan blend sehingga naik bau dan masak. 
- Masukkan sayur kangkung dan kacau. 
- Masukkan garam dan gula dan masukkan air sedikit. 
- Kacau sehingga sayur kangkumg masak. 
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS