hai assalammualaikum

Tahniah Rambutan, Juara The Masked Singer Musim Ke 2 - Dari musim satu nad layan The Masked Singer Malaysia sampai la masuk musim 2 masih layan. Selalu kalau tengok The Masked Singer Malaysia ni, cuma nak tau siapa disebalik topeng ni, hehe. Kadang tak percaya yang bukan penyanyi pun boleh menyanyi. Memag teka teki habis nak tau siapa dia. Kadang dibagi clue pun susah nak tangkap..hehee.

Harini Final The Masked Singer Malaysia Musim ke 2. Memang tak sabar nak tengok siapa yang juara untuk musim ke 2 ni. 5 Final yang dapat masuk The Masked Singer Malaysia, ialah Rambutan. Seladang, Orkid, Raja Semut dan Burung Hantu. Suara masing-masing memang sedap.

Tahniah Rambutan, Juara The Masked Singer Musim Ke 2


Akhirnya pengumuman dah dibuat, tahniah kepada rambutan menjadi Juara The Masked Singer Malaysia musim ke 2. Yeahh!!. Rambutan ni memnag dah tau dari awal siapa, sebab suaranya memang sangat familiar dan mudah untuk tahu. Siapa lagi kalau bukan Shila Hamzah. Bila dia bawak lagu rock, lagila dia tekan suara tu, memang cam sangat suara Shila Hamzah.


Rambutan telah membawakan lagu 'Hurt' nyanyian penyanyi antarabangsa Christina Aguelera dan 'Bujang Senang' oleh Wings. Shila membawa pulang hadiah sebuah trofi seperti mana mengikut format negara-negara lain.


Naib Juara, Seladang. Ingatkan Burung hantu ke nombor dua sekali Seladang..ehehe. Seladang ni memang nad susah nak kenal, sebab jarang ambik tau pasal artis. Seladang ialah Amir Masdi. Baru haritu jumpa dia dekat event McDonald's..hahaa tapi sayang tak sempat ambik gambar. Tahniah Amir Masdi.


Tempat Ketiga dimenangi oleh Orkid. Orkid ni masa mula-mula suara memang biasa, dia tak tunjuk sangat. Memang suruh juri dan semua netizen teka. Sampaila minggu ke berapa dia dah keluarkan suara sedap dia..ehhee. Tahniah Liza Hanim, Orkid dapat tempat ketiga.


Keempat, burung hantu. Dari mula memang sedap suara dia, ingat burung hantu juara atau nombor dua, sekali dapat nombor 4. Takpala..hehee. Burung hantu ni Hannah Delisha. Pandai netizen yang teka, nad sendiri tak dapat teka, sebab selalu tengok dia berlakon je. Dahla cantik, comel je..hehe.


Tempat kelima, siapa lagi kalau bukan Raja Semut iaitu Ara Johari. Nad ingat mula Dania Danielle, sebab dia pakai masked tu nampak tinggi, rupanya salah. 



Tahniah semua peserta The Masked SInger Musim ke 2.
SHARE 4 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2