hai assalammualaikum

Buat Pembayaran Online, Dapat Emas Percuma Dengan Aplikasi SemuaPay - Bayar secara online dah jadi pilihan semua orang sebab memudahkan urusan. Tak perlu beratur, tunggu nombor giliran semua. Lagi best bila buat pembayaran, dapat pulak cashback, lagi orang suka.

Korang tau tak apa tu cashback? Cashback atau BalikTunai (dalam bahasa melayu) adalah keadaan di mana kita menerima kembali duit tunai apabila melakukan sesuatu transaksi secara online dalam satu aplikasi. Nad suka bila dapat cashback, kiranya pembayaran tu jadi lagi murah sebab kita dapat duit semula. Dengan cashback tu la kita boleh tebus Emas secara percuma. Menarik bukan! 


Contohnya bayaran bil. Selalu kalau kita buat pembayaran bil, takda dapat apa-apa kan. Tapi, dengan satu aplikasi ni, apabila korang buat bayaran bil secara online, tak kisahla bil air, bil eletrik, bil telefon atau beli topup akan dapat cashback. Best kan!!


Buat Pembayaran Online, Dapat Emas Percuma Dengan Aplikasi SemuaPay


Aplikasi yang nad maksudkan ialah aplikasi SemuaPay. Dengan aplikasi SemuaPay, korang akan dapat cashback apabila membuat pembayaran secara online. Bayangkan, korang bayar bil tiap bulan, berapa banyak cashback yang terkumpul nanti. Paling best Cashback boleh ditukarkan ke nilaian Emas. Menarik kan!! 

Tapi aplikasi SemuaPay ni bukan sahaja untuk bayaran bil utiliti sahaja, tapi boleh juga jana pendapatan. Ada banyak lagi kelebihan dan ganjaran yang korang akan dapat. Jom nad terangkan lebih lanjut lagi berkenaan SemuaPay

APA ITU SEMUAPAY?

SemuaPay adalah satu aplikasi telefon pintar yang dimiliki oleh SemuaPay Sdn. Bhd. yang diwakili oleh 100% bumiputera Malaysia. SemuaPay telah membantu lebih 20 ribu pengguna di Malaysia dalam perkhidmatan servis bayaran secara atas talian. Pengguna diberi kemudahan untuk mula berniaga tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi, bayaran yang dikenakan untuk pengguna menggunakan aplikasi ini adalah serendah RM10 seumur hidup. 

Aplikasi ini menawarkan pelbagai servis perkhidmatan secara atas talian. Antara servis yang ditawarkan adalah pengguna boleh menggunakan aplikasi untuk bayaran bil telefon, TNB, Astro dll. Terdapat lebih 100 produk tersedia untuk penggunaan sendiri atau jualan. Pengguna akan diberi CASHBACK pada setiap bayaran menggunakan aplikasi mengikut kadar yang telah ditetapkan mengikut pakej daftar, rujuk pautan untuk info lanjut semuapay.com/page/rebaterate.

Aplikasi SemuaPay boleh didownload di semua telefon pintar, di Google Play, App Store dan AppGallery. Nad dah download aplikasi SemuaPay ni, dan apa nad tengok aplikasi SemuaPay ni berbeza dengan aplikasi yang lain.



Cara nak daftar pun senang sahaja. 
1) Klik link SemuaPay
2) Kemudian isi nama, nombor telefon dan emel.
3) Pilih Pakej Keahlian. Macam nad, nad daftar sebagai Pengguna dahulu dan hanya bayar RM10 untuk seumur hidup. Pakej lain seperti Pengguna, Komuniti, Usahawan dan VIP
4) Selesai isi semua, boleh tekan Daftar.
5) Seterusnya cek email untuk dapatkan pasword
6) Dah dapat pasword, boleh login di aplikasi SemuaPay.

Lepas dah login, korang boleh tukar kata laluan lain yang lebih selamat.


Ni la rupa HOME SemuaPay. Ada macam-macam jenis servis perkhidmatan yang disediakan iaitu Wallet, Kongsi (Share)Emas (Gold), e-Kedai (e-Shop), Liga FEPL, VIRAL, Prepaid, Bayaran Bil, Pin, Pospaid, Permainan, Data Internet, Antarabangsa, Web Portal, BINGO Live, Inbox dan Profil. Semua mempunyai fungsi masing-masing. 

SemuaPay ni macam e-wallet , boleh topup dan gunakan untuk buat pembayaran secara online.

Sebelum tu, korang kena buat pengesahan identiti dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan yang ada dalam ni. Hanya memuatnaik gambar kad pengenalan bersama gambar selfie (with IC). Lepas dah verified baru boleh guna semua servis yang ada di SemuaPay.

Oopps, jangan lupa tambah wallet dalam ni. Kalau tak macam mana nak buat pembayaran kan..hehe. Boleh masukkan duit menggunakan FPX. Mudah sahaja. 

Banyak kelebihan menggunakan aplikasi SemuaPay. 

Antara fungsi yang ada dalam aplikasi ini ialah

1) Pembayaran bil utiliti, pembelian Topup prepaid dan pospaid
Segala pembayaran bil ( bil air, bil eletrik, bil internet) dan topup korang boleh menggunakan aplikasi SemuaPay ni. Dengan hujung jari sahaja, semua siap dalam satu platform. Tak perlu pergi kedai, tak perlu pergi pejabat pos untuk bayar semua ni. Jimat masa kan.



2) Tambah nilai online game
Dalam aplikasi ni juga ada servis tambah nilai untuk online game korang. Bukan satu jenis game je, ada banyak jenis iaitu Freefire, Gamesberry, Garenashell, Genshin Impact, Razergold, Mobile Legend dan banyak lagi.

Macam nad bagitau tadi, setiap transaksi bayaran yang dah dibuat, korang akan dapat CASHBACK hasil dari bayaran ikut kadar yang telah ditetapkan. Memang tak rugi tau, lagi komitmen bulanan ni. Bayar-bayar, dapat cashback, dah boleh kumpul duit.



3) Membuka e-shop ( kedai online sendiri)
Pengguna juga diberi peluang untuk memulakan perniagaan atas talian dengan memiliki laman e-commerce sendiri dengan langganan e-Kedai di aplikasi SemuaPay. Pengguna tidak perlu risau tentang stok atau produk jualan kerana aplikasi telah sediakan produk untuk jualan seperti bil, prabayar, permainan, pin & emas. Anda hanya perlu kongsi pautan e-Kedai untuk jana pendapatan. 



Langkah-langkah buka e-kedai adalah seperti gambar rajah di atas.


4) Membeli menjual dan menyimpan emas
Aplikasi ini juga menawarkan servis simpan, pindah, jual & beli emas patuh syariah. Terdapat 2 kaedah belian emas di SemuaPay.  

a. Gold Saving Account (GSA)

Pengguna boleh miliki emas di aplikasi dengan belian serendah 0.02 gram 
Pengurusan jual beli emas boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan harga emas semasa di aplikasi mengikut pakej daftar.

b. SPGold Wafer 1 gram (Au999.9) 24k

Tebus dari Gold Saving Account (GSA) setelah cukup simpanan sebanyak 1 gram. Pemilik e-Kedai boleh menjual emas di kedai masing-masing dengan minimum jualan 0.05 gram.

Ni lagi best, korang boleh mula simpan emas secara PERUMA. Caranya, korang hanya buat bayaran bil telefon sahaja, dah boleh mula simpan emas secara percuma menggunakan CASHBACK yang yang korang dapat. Bayangkan jika setiap kali kita buat bayaran bil di aplikasi SemuaPay, berapa gram emas yang korang boleh miliki sekarang ?

Contohnya:

Bayar Umobile = RM100 (Cashback RM6.00 = 0.02 Gram Emas) 

5) Dapat duit dengan membuat tugasan viral seperti share, like komen
Dalam aplikasi ni pun boleh buat dut geli-geli tau. Cuma share, like , komen dh boleh dapat duit. 

Caranya tekan HOME, dan nampak Viral. Kemudian, ikut arahan di dalam tugasan. Selepas buat task, jangan lupa letak URL seperti yang diminta sebagai bukti task dah dibuat. Kalau buat hari - hari dah berapa banyak duit yang terkumpul. Cara buat duit online yang mudah hanya perlu kerajinan untuk buat task.  

6) Transaksi
Semua urusan transaksi yang korang dah buat, korang boleh tengok dibahagian ni. Semua rekod debit, kredit, Rekod Tambah Wallet, Rekod Pindahan Wallet dan sebagainya juga tertera disini. Selain itu, korang juga dapat lihat status pembayaran bil dan topup anda.

7) Akaun
Dekat bahagian ni, macam biasala, tengok profil korang. Boleh kemaskini gambar, dapat lihat profil korang. Selain itu,  disini juga terdapat pelbagai butang lain untuk urusan Wallet, Pengurusan dan Aplikasi.

8) Affiliate
Apabila korang kongsi link aplikasi SemuaPay sendiri dekat kawan-kawan, keluarga, lepastu mereka daftar akaun SemuaPay menggunakan link korang, secara automatik, korang akan dapat ganjaran. 



Daftar SemuaPay, Nikmati Ganjaran Yang Diberikan

Macam mana, banyak kan kelebihan aplikasi SemuaPay ni. Boleh dapat Cashback, boleh jana pendapatan, dan paling menarik boleh simpan dan jual emas. Memang tak rugi daftar SemuaPay ni.

Lagi menarik SemuaPay melancarkan program SPReward.


Menyedari potensi besar pasaran e-dagang, SemuaPay telah melancarkan program SPReward bagi melahirkan sekurang-kurangnya 1000 usahawan digital dalam kalangan pengguna pada tahun 2022. Program SPReward adalah merupakan inisiatif pihak syarikat SemuaPay Sdn. Bhd. dalam melahirkan usahawan digital di kalangan pengguna berdaftar dengan pemasaran e-kedai SemuaPay.

Semua pengguna layak untuk sertai program ini dengan syarat mempunyai langganan e-Kedai yang aktif pada setiap bulan.

Jom la daftar dekat SemuaPay. Nak daftar boleh klik link SemuaPay ni.



Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Wow... boley tebus emas dah dgn apps Semua Pay nie. Menarik! Thank you for sharing, Nad.

    ReplyDelete
  2. Wow macam best je..betul kita kalau dapat cashback..dapat point memang suka giler..hahaha

    ReplyDelete
  3. Kita suka sebab memang bayar banyak bil untuk parents and family members - boleh dapat banyak return!

    ReplyDelete
  4. Bagus juga sebab nowdays i memang buat payment via online or app, can try this

    ReplyDelete
  5. menarik ni dapat tebus emas.. nanti akk nak tgk details ttg apps ni - ayu rafikah

    ReplyDelete
  6. Memang best kalau ada cashback ni, boleh jimat juga bila shopping. Lepas ni boleh try app ni pula bila buat epayment. Thank sharing 😊

    ReplyDelete
  7. wahh betul ke dapat emas percuma kalau guna semua pay ni. Menarik ni. Nanti boleh cuba guna apps ni

    ReplyDelete
  8. woww menarik apps ni.... macam-macam manfaat boleh dapat dalam apps ni... sambil2 tu blh buat income ni

    ReplyDelete
  9. Oh my they are giving away gold, that's really generous and attractive of them

    ReplyDelete
  10. Guna jugak apps ni. Bayar bil semia dengan semuapay je. Ada juga simpanan

    ReplyDelete
  11. Wah... untung jgk byr online di Aplikasi Semua Pay nti dpt cash back and emas percuma plk

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS