hai assalammualaikum

Fariza Seronok Sambut Hari Raya Dan Hari Guru Dekat Sekolah - Masa tadika, Fariza tak banyak dapat buat aktiviti disebabkan PKP, covid, lepas 2 tahun, dia masuk darjah 1,alhamdulillah ada juga aktiviti seperti dulu dia dapat join. Seronok Fariza dapat sambut Hari Raya dan Hari Guru Dekat Sekolah.

Sambutan Hari Raya untuk dua sekolah lain-lain tarikh. Macam sekolah agama sambut dulu kemudian sekolah kebangsaan. Cikgu pun dah bagitau dekat dalam group dan ibu bapa perlu buat list nak bawak apa.



Ni la Fariza pakai waktu raya. Belah kiri raya Sekolah Agama dan belah kanan raya Sekolah Kebangsaan. 

Bab menu, memang duk ligat la fikir nak bawak apa. Memang tolak tepi mihun, mee goreng yang kena masak-masak tu.. Hahaha. Fikir nak bawak kuih raya je. Tapi taknak kuih dalam balang tu. 


Teringat kawan ada buat cake, lepas tu mintak dia buatkan apam polkadot. Kawan buat memang sedap. Harga pun murah je. Korang kalau nak beli kek, dessert boleh beli dengan The Cakesion. Ni instagram dia https://www.instagram.com/the.cakesion

So untuk dua-dua sekolah, Fariza bawa la apam polkadot ni. Senang kan. Dia nak bawak masuk kelas pun senang. 

Untuk sekolah agama, ustazah tak kirim gambar pun. Tak tau la ambik gambar ke tak. 

Tapi untuk sekolah kebangsaan, cikgu kelas dia ada ambik gambar. 






Meriah sangat sambutan hari raya dekat sekolah dengan pelbagai juadah yang ada. Seronok budak-budak, nad tengok. Juadah pun bukan biasa-biasa. Teringat dulu nad mamlu bawak biskut raya je, tu pun kadang tak habis, orang tak makan. Yela biskut raya orang dah biasa makan. Tiber sedih kenang masa diri sendiri sekolah dulu.. Hehehe. Jadi taknak la kena dekat anak, kita bawak la lain sikit. 

Memang nampak banyak, diaorang bukan makan semua. Cikgu pun pandai bahagi-bahagikan anak murid juadah yang lebih ni untuk dibawa balik. 


Memang banyakla Fariza bawa balik. Bukan dia sorang makan pun, dia bagi adik, daddy dan mommy makan sekali. 

Untuk sambutan guru pulak, dia yang pilih sendiri hadiah untuk cikgu dan ustazah. 



Nad memang suruh dia tulis sendiri dekat kad, yela, dia yang nak bagi kan, biar dia buat sendiri.Cikgu lebih hargai anak murid buat sendiri. Bagi dia pandai, apa yang nak kene buat, kena tulis. Tulis biar dari hati yang ikhlas. 

Cikgu pun seronok bila dapat. 

Alhamdulillah, bila dah fasa endemik ni, banyak la aktiviti sekolah dapat dibuat. Penting pemakaian mask dan kebersihan diri masih dijaga. 

Harap Fariza dapat banyak lagi join aktiviti yang ada. 
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS