hai assalammualaikum

'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu', Bayar Dan Menang : Kempen Bulan Taksir Zakat Oleh LZS - Setiap tahun pasti nad akan kongsikan apa aktiviti dan kempen yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor. Orang cakap 'sharing is caring '..gitu. Ini adalah salah satu cara untuk kita ambil tau pasal zakat supaya kita tak lupa untuk membayar zakat dan bagaimana cara untuk membayar zakat. Kali ni nad nak kongsikan dengan korang tentang satu kempen 'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu' anjuran Lembaga Zakat Selangor sempena Bulan Taksir Zakat.

Mesti tertanya-tanya, apa tu Taksir Zakat?
Taksir Zakat ni pembayar zakat dapat mengira sendiri zakat yang hendak dibayar dengan lebih mudah dan tepat.

Zakat apa yang kita perlu Taksir?
Zakat ni ada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. 

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kita tau kaedah pembayaran ditentukan mengikut harga beras yang dimakan.

Zakat harta pulak zakat Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Pelaburan, Zakat KWSP dan Zakat Emas. Zakat harta ni la yang kita perlu buat Taksir Zakat. 



'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu', Bayar Dan Menang : Kempen Bulan Taksir Zakat Oleh LZS


Setiap orang yang ada pendapatan dan harta, mesti wajib berzakat setelah cukup perkiraan. Kalau diikutkan masih ramai lagi tak tau macam mana nak kira jumlah zakat harta yang perlu dibayar. Jadi, Lembaga Zakat Selangor membuat kempen 'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu' bagi membantu pembayar zakat membuat kiraan terlebih dahulu berapa jumlah zakat harta yang perlu dibayar dengan tepat. 



Sambil bayar, boleh menang beberapa hadiah menarik (motosikal Yamaha lagenda 115Z FI, Nintendo Switch OLED, Garmin Smart Watch, Galaxy Tab A8) dan boleh menebus baucher KFC bernilai RM5 di cawangan terpilih (sementara stok masih ada).

Kempen Bulan Taksir Zakat bermula pada 15 Jun sehingga 31 Julai. Bulan Taksir Zakat ini memberi peluang kepada pengeluar zakat dan pelanggan untuk memahami kiraan zakat. 

Objektif kempen Bulan Taksir Zakat
- Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
- Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
- Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
- Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.

Cara Kiraan Taksir Zakat

Ada banyak cara untuk korang buat taksir zakat ni. Pertama korang boleh kira sendiri dengan merujuk di website www.zakat.selangor.com.my . Korang boleh cari jenis zakat harta yang korang nak kira kemudian boleh bayar secara online.



Kedua, kalau tak pasti juga kiraan taksir zakat tu betul ke tidak, korang boleh datang dekat mana-mana cawangan LZS yang berdekatan. Kalau boleh buat temujanji dahulu di https://www.zakatselangor.com.my/khidmat-taksir-zakat/



Bayar Taksir Zakat Dan Menang Hadiah Menarik
Selain itu, nak lagi mudah, korang boleh muatnaik aplikasi Zakat Selangor dan mengira taksir zakat menggunakan kalkulator zakat. Kalau korang menggunakan aplikasi Zakat Selangor, korang boleh tebus baucar dan menang hadiah menarik. 



Kelayakan menyertai cabutan pemenang kempen Jom Taksir Zakat:
- Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
- Membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
**Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
**Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.

Kelayakan penebusan baucar selepas Taksiran Zakat:
- Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
- Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan.

Nak tau lebih lanjutberkenaan Kempen Bulan Taksir Zakat ni boleh layari: https://jom.zakatselangor.com.my/



Semak Rekod
Penting ada rekod penyata zakat yang telah kita tunaikan sebagai rekod untuk pelbagai urusan. Oleh sebab itu, Lembaga Zakat Selangor sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan penyimpanan dan semakan rekod buat pengeluar zakat. Selain membayar zakat, korang juga boleh menyemak permohonan, bayaran dan rekod-rekod lain melalui EZO : ezo.zakatselangor.com.my Mudah dan senang kan. Memang sekarang zaman internet, semua dihujung jari.

Agihan Zakat Oleh Lembaga Zakat Selangor

Alhamdulillah, setiap bayaran zakat yang korang bayar tu, LZS agihkan kepada mereka yang memerlukan. Korang boleh tengok di facebook LZS, mereka sentiasa update dan berkongsi kemana duit zakat tu disalurkan. 





Baru-baru ni pun LZS ada buat Operasi Agihan Asnaf Daerah Hulu Langat masyarakat Orang Asal di Kampung Orang Asli Kechau, Semenyih.

Antara golongan yang layak menerima zakat ialah Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Gharimin, Riqab, Fisabilillah  dan Ibnu sabil

Kita ni bila banyak harta, berzakatlah, berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Insyallah, tak kurang harta kita tu, makin bertambah adalah. Pada masa yang sama menggembirakan dan meringankan beban mereka yang memerlukan. Jangan culas bayar zakat.

Jom Taksir Zakat, Bayar Jumlah Tepat, Hidup Lebih Berkat

Info lanjut boleh layari
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2