Showing posts with label zakat
 hai assalammualaikum

'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu', Bayar Dan Menang : Kempen Bulan Taksir Zakat Oleh LZS - Setiap tahun pasti nad akan kongsikan apa aktiviti dan kempen yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor. Orang cakap 'sharing is caring '..gitu. Ini adalah salah satu cara untuk kita ambil tau pasal zakat supaya kita tak lupa untuk membayar zakat dan bagaimana cara untuk membayar zakat. Kali ni nad nak kongsikan dengan korang tentang satu kempen 'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu' anjuran Lembaga Zakat Selangor sempena Bulan Taksir Zakat.

Mesti tertanya-tanya, apa tu Taksir Zakat?
Taksir Zakat ni pembayar zakat dapat mengira sendiri zakat yang hendak dibayar dengan lebih mudah dan tepat.

Zakat apa yang kita perlu Taksir?
Zakat ni ada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. 

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kita tau kaedah pembayaran ditentukan mengikut harga beras yang dimakan.

Zakat harta pulak zakat Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Pelaburan, Zakat KWSP dan Zakat Emas. Zakat harta ni la yang kita perlu buat Taksir Zakat. 
 hai assalammualaikum

Bayar Zakat Melalui Penolakan Akaun Simpanan Secara Automatik Melalui Bank Bank Muamalat - Ingat lagi, masa tanya dekat suami 
"abang., abang dah bayar zakat belum". 
Dengan cepatnya dia jawab " Dah ". 
Bayar dengan apa ? aku mencelah.
Dia jawab " online je ".

Mudah kan sekarang, semua ikut peredaran zaman, dari manual, ke teknologi lebih canggih. Hanya bayar secara online sahaja dah selesai. Dekat mana-mana pun boleh bayar zakat, memang sangat menjimatkan masa dan tenaga.
hai assalammualaikum
 
Mudah Sekarang, Bayar Zakat Melalui Penolakan Daripada Wang Simpanan Secara Automatik Bank Muamalat - Cakap pasal zakat, mesti ramai yang tau zakat itu apa kan? Google je mesti jumpa maksud zakat tu. Wajib kita sebagai umat Islam yang dah cukup syarat zakat untuk membayar zakat. Zakat yang kita bayar ni bukan sekadar bayar tapi kita bantu mereka yang memerlukan. Sekarang, ada banyak saluran untuk membayar zakat yang pihak Lembaga Zakat Selangor sediakan, sangat mudah, menjimatkan masa dan paling penting tak perlu lagi ke kaunter.
hai assalammualaikum
 
Zakat Pengeluaran Wang KWSP, Ini Syaratnya Dan Cara Kiraan - Korang tau tak, bila kita keluarkan duit KWSP, jika cukup syarat, kita wajib bayar Zakat KWSP. Mungkin ada yang tak tau atau tak ambil tau, ni nad kongsikan berkenaan Zakat KWSP, syarat dan cara kiraan. 
 
Zakat terbahagi kepada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah adalah zakat yang kita bayar setiap tahun dalam bulan Ramadan manakala dalam Zakat Harta, dibahagi kepada Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas & Perak, Zakat Pelaburan & Saham, Zakat Takaful dan akhir sekali Zakat KWSP. 
hai assalammualaikum

Bayar Zakat Secara Online, Mudah, Pantas Dan Selamat - Alhamdulillah sudah 17 hari kita menjalani ibadah puasa, dan kita sudah biasa menjalani kehidupan norma baharu disebabkan covid 19 ni. Apabila datangnya bulan Ramadan tidak ketinggalan semua umat Islam wajib menunaikan ibadah zakat fitrah mereka sebagai tuntutan agama dan menyempurnakan rukun Islam. 

Selalunya, suami akan ke masjid bertemu dengan amil yang dilantik untuk membayar zakat. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, semua yang kita lakukan kena ikut SOP, jaga jarak, pakai mask, pakai hand sanitizer, dan tak boleh bersalaman. Jadi macam mana nak membayar zakat? Jangan risau, LZS telah menyediakan kemudahan dan inisiatif dalam bayaran zakat secara atas talian (online). Cara ni lebih mudah dan selamat.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS