hai assalammualaikum

La Vie De Rêve, Cafe Inspirasi Paris Di Avenue K, Kuala Lumpur Dengan Suasana Yang Romantik Dan Menarik - Haritu nad pergi ke satu cafe yang sangat cantik dengan suasana yang romantik dan menarik di Kuala Lumpur. Saat nad sampai ke cafe ni, nad terpegun dengan dekorasinya yang penuh dengan bunga-bunga seolah-olah ia membawa nad rasai suasana di Paris. Cafe ni baru sahaja dibuka di Avenue K, Kuala Lumpur dan namanya yang unik, La Vie De Rêve menarik minat nad untuk datang ke cafe ini dan melihat menu apa yang disediakan. 

Sebut je La Vie De Rêve, keluar terus perkataan 'Bonjour'..hahaha. Dah itu je perkataan Perancis yang biasa dengar kan..hehee. La Vie De Rêve terletak di Ground floor Avenue K, Kuala Lumpur. Lokasinya sangat mudah, bila korang masuk je pintu masuk utama Avenue K, kemudian pusing sebelah kanan dah boleh nampak kedainya. 



La Vie De Rêve, Cafe Inspirasi Paris Di Avenue K, Kuala Lumpur Dengan Suasana Yang Romantik Dan Menarik Menawarkan Pelbagai Pastri Dan Pencuci Mulut






Satu-satunya cafe yang mempunyai dekorasi penuh dengan bunga warna pastel,  peach dan pink, memang lain dari yang lain. Sangat cantik untuk bergambar, memang sangat intsa-worthy cafe ni. Sesuai sangat bawak pasangan ke sini, tapi nak bawak anak pun boleh. Nad datang pun dengan Fariza, dia pun suka tengok tempat ni.





La Vie De Rêve menawarkan pelbagai pastri dan pencuci mulut, pilihan yang menarik yang memenuhi keperluan semua orang dengan resipi terbaik, persembahan dan berkualiti dengan menggunakan bahan-bahan yang paling segar dan terbaik. Mana yang suka manisan, coklat, korang kena datang ke La Vie De Rêve. 

Nama menu pun unik tau, tapi nasib la dalam setiap menu ada bagitau bahan-bahannya..hehee. 

Korang kena cuba Petit Four mereka. Petit Four ni bermaksud mini dessert dalam bahasa French termasuk kek-kek mini yang di hidang sebagai pencuci mulut di  hidangan bersama secawan kopi atau teh. 



Tengokla Petit Four yang nad order ni, comel kan. Masa sampai ke meja, terus cakap ' comelnya, sayang nak makan'..hahaha. Fariza nampak je pencuci mulut bentuk heart tu, terus dia cakap nak yang tu. 

Warna putih tu namanya Noix de Coco. Bentuk pun macam kelapa, dan yes, rasanya pun ada  sedikit kelapa. Apa yang ada dalam pencuci mulut ni, hah ada mousse kelapa dengan mangga wangi campuran jeli markisa dalam kek vanila dan asas biskut badam yang rangup ( coconut mousse with fragrant mango mixed passion fruit jelly in vanilla cake and crunchy almond cookie base). Memang ngam rasa dia. 

Bentuk hati pulak namanya Bisous Bisous. Ia ada pistachio dengan jeli raspberi manis dan berasid dalam kek vanila dan asas biskut badam yang rangup (  pistachio with sweet and acidic raspberry jelly in vanilla cake and crunchy almond cookie base.). Sedap rasa dia. 

Kalau korang suka makan manis, cuba coklat dan macaron kat sini. Eksklusif coklat sini tau. Bawak pasangan sini mesti diaorang suka. Perempuan kan suka coklat.. Hehehe. 


Ni coklat dan macaron yang Nad makan. 

Coklat Biru - The Arch : dark chocolate 74% - crispy mango
Red lourve ( warna pink ) : white chocolate 32% - strawberry
Coklat Valentino ( warna pink dan  cibisan strawberry ) : strawberry white chocolate
Macaron : earl grey flavour


Ada macam-macam jenis Macaron, ada Rasberry, Earl Grey,Lime, Yuzu, Brown Chocolate, Pistachio, Passion Fruit dan Vanilla. Nad pilih Earl Grey Flavour.


Dekat sini pun ada menu All Day Brekky. Nak sarapan dekat sini pun boleh. Menu yang nad cuba Smoky Saumon. Menu ni ada salad, roti toasted French Baguette dan semestinya salmon. ( Apple wood chips smoked Salmon served with creamy smoked salmon pate with finely chopped fill paired with balsamic glaze and deeply roasted sesame dressing leafy green salad and well toasted French baguette ).

Ni pulak pastri atau Viennoiserie. Nad cuba rasa apple turnover. Sedap sangat. Pastri rangup inti mestila rasa apple.. Hehe. 

Dekat sini minuman yang ada semestinya kopi, jus dan tea. 

Kalau korang nak santai-santai minum, makan sambil berborak atau dating atau nak beromantik dengan pasangan dan orang tersayang, La Vie De Rêve adalah tempatnya. La Vie De Rêve  menawarkan luxury and leisurely afternoon affairs  signature afternoon tea set dengan set minum petang istimewa mereka. Tempat cantik, sangat insta-worthy, makanan dan minuman semuanya eksklusif. 

Rasai suasana ala-ala Paris di
La Vie De Rêve
G06-A, Avenue K Shopping Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur.Waktu operasi: 9 pagi - 10 malam (Isnin-Ahad)

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Lawa2 tgk dessert dia..sayang nak makan hehe

    ReplyDelete
  2. comel2 la dessert kat sini.. tgk pun sedap.. boleh singgah nie kalau jln2 kat tgh2 KL

    ReplyDelete
  3. Dessert dia kemain cantik. Cafe dia pun cantik betul

    ReplyDelete
  4. Instagramable sangat tempat dia.. Boleh try nanti...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS