hai assalammualaikum

Beli Cermin Mata Baru Jenis Elastik, Tahan Lasak Dan Murah Di Eye Pro Vision Sg Wang - Kali terakhir nad cek mata tahun lepas rasanya. Memang lama dah tak cek mata ni, jadi cadang nak pergi buat pemeriksaan mata dekat kedai cermin mata selalu nad pergi, kedai cermin mata murah di Eye Pro Vision dekat Sg Wang. Alang-alang sekali nad nak beli cermin mata baru, sebab cermin mata lama mana entah hilangnya. 

Sebelum pergi, nad ada whatsup William, owner Eye Pro Vision ni. Nad cakap nak buat pemeriksaan mata, lepas tu nak beli cermin mata. William bagitau ada banyak design bingkai cermin mata baru sampai. Bagus la, sebab nak beli cermin mata design lain pulak. Biasalah , cermin mata kena ada lebih, kalau dah hilang ada penyelamat.. hehehe.


Beli Cermin Mata Baru Jenis Elastik,Tahan Lasak Dan Murah Di Eye Pro Vision Sg Wang

Dekat Sg Wang ni banyak kedai cermin mata,  tapi nad lebih suka pergi Eye Pro Vision. Dah biasa dekat sini, lagipun staff friendly, lepas tu William layan baik punya. Hehehe. Lagi satu sebab harganya jauh lebih murah. Kedai Eye Pro Vision ni dekat Sg Wang, tingkat Ground floor ( G111 ). 

Biasalah kalau dah masuk kedai cermin mata ni, macam-macam jenis cermin mata ada. Nak bingkai kaca, bingkai hitam, bingkai gold dan jenis plastik semua ada. Dekat sini ada lebih 2000 jenis model bingkai cermin mata ada. Nad tengok banyak juga bingkai baru masuk ni.



Rambang mata tengok bingkai cermin mata ni semua, sangat trendy dan fesyen betul. Selalunya buat pilih lama ni sebab nak tengok sesuai dengan muka kita ke tak..hehee. Macam biasalah kena test satu-satu, mana yang sesuai dengan muka kita. Dah la semuanya cantik, tapi tu la kene pilih satu je.


Kali ni nad pilih cermin mata bingkai plastik jenis elastik dan tahan lasak. Bingkai jenis ni kalau dibengkokkan pun tak mudah patah.Sebelum ni dah ada yang bingkai gold, bingkai hitam, ni nak bingkai warna pulak, ala-ala Korean gitu.

Lepas dah pilih cermin mata, boleh buat pemeriksaan mata. Penting buat pemeriksaan mata, masa ni taula silau tinggi ke tak, rabun, semua tu. Barulah cermin mata kita tu dibuat ikut kanta yang bersesuaian dengan masalah mata kita. 



Sebab dah lama tak cek mata, haritu cek, William cakap silau nad makin tinggi. Huaaa!!! sedih, tapi nak buat macam mana kerja dah mengadap laptop, handphone. Salah sendiri kejap pakai cermin mata, kejap tak pakai. 

Ni dah beli cermin mata baru, kene selalu rajin pakai la..huhu. William cakap, silau kalau dah tinggi, dia tak boleh turun dah. Haishh kenala jaga mata ni.



Salah satu sebab nad datang sini ialah harga promosi ni la RM65 untuk bingkai dan cermin mata multicoated power sehingga 400. Murah kan, memang jimat banyak kalau power korang bawah 400 buat dekat sini.

Macam nad tambah Lens Alpha Blue 420, hanya tambah RM60 sahaja. Untuk yang selalu mengadap laptop, handphone, silau, memandu waktu malam, elok sangat pakai lens ni. Lens Alpha Blue 420 ni mampu halang daripada sinaran biru dan block dari terkena mata. Kira cermin ni tak tembus pun sinaran biru tu. Bagus kan.

Kelebihan Lens Alpha Blue 420 yang korang kena tau;
- anti silau malam ( macam lampu kereta, tengah drive kadang lampu kereta orang lain terang sangat)
- anti silau untuk pekerja atau pelajar yang mengadap kerja depan laptop, komputer, dan smartphone. Hah!!, ni nad la, kerja 24 jam dengan semua ni.
- 100% block sinar uv dan ultra ungu ( UV420 ).
- Tahan lasak, diketuk banyak kali pun tak pecah, tak calar.
- Mudah dibersihkan daripada ekkotoran, seperti pen marker, tapak tangan.

Lagi satu, suka datang ke Eye Pro Vision sebab kita boleh dapat cermin mata kita haritu juga. Cermin mata kita akan siap dalam setengah jam ke satu jam macam tu. Kalau ramai orang mesti lama sikit. Tapi nad datang waktu orang bekerja, jadi tak terlalu lama tunggu cermin mata nad siap.

So yeah, dah siap cermin mata nad. Semestinya kena bergambar dengan William, lama tak jumpa dia, muka macam oppa Jae Suk je kan..hehee.


Terima kasih William layan pelanggan awak ni..hehee dan memberi nasihat pasal mata ni. Dapat je cermin mata baru terus nad pakai.


Amacam cantik ke tidak, comel ke tidak. Baik cakap cantik, kalau takk..hahaha..



So korang kalau nak cari cermin mata baru, nak buat cermin mata baru yang trendy, bingkai lawa dan berfesyen dengan harga murah dan cepat siap, boleh datang ke Eye Pro Vision ni. Senang hati kalau buat dekat sini, apa-apa nak tau pasal cermin mata staff dekat sini akan bantu, termasuk William ni. 

Nak bawak satu kampung ke sini pun boleh..hehee.

Eye Pro Vision
G111, Ground Floor
Sungei Wang Plaza
Waktu Operasi : 11 pagi - 6 petang

Contact : 016-3771304

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. banyaknya pilihan bingkai cermin mata... rambang mata memilih nampaknya

    ReplyDelete
  2. Macam-macam pilihan ada untuk cermin mata baru. Kalau ke sana boleh singgah nanti, TQ sharing kedai ni sis.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS