hai assalammualaikum

Jovian Lancarkan Wonder Suit, Korset Sesuai Untuk Lelaki Dan Perempuan - Jovian, jenama yang dikenali dengan pelbagai jenis produk ready-to-wear (RTW) sejak 2012 lagi, kini melancarkan produk baharunya yang memfokuskan pada pakaian dalam iaitu korset dikenali sebagai Wonder Suit. Korset Wonder Suit yang dihasilkan bukan sahaja untuk kecantikan bentuk badan malah untuk kesihatan tubuh badan dan menjaga postur badan.

Sebagai perintis dalam industri fesyen RTW di Malaysia, Datuk Jovian sering mendengar rintihan daripada Jovianista bagaimana mereka menghadapi masalah dengan figura mereka dan ingin kekalkan bentuk badan mereka sentiasa langsing, maka tercetus idea membuat korset Wonder Suit.


Dengan membuat R&D selama 6 bulan dan penyelidikan melalui beberapa proses untuk membuat produk ini, dan menjadikan dirinya testimoni, serta beberapa artis untuk mencubanya akhirnya Wonder Suit dilancarkan dan semua orang boleh memakainya, tidak kira perempuan mahupun lelaki.


Jovian Lancarkan Wonder Suit, Korset Sesuai Untuk Lelaki Dan Perempuan


Wonder Suit, korset yang direka untuk meningkatkan bentuk badan anda yang bukan sahaja mengempiskan perut dan mencipta siluet, tetapi juga menawarkan keselesaan dan sokongan untuk pemakaian sepanjang hari!



Diperbuat daripada bahan berkualiti premium yang menyejukkan, ia mempunyai 3 baris cangkuk boleh laras untuk muat ultra yang selamat dan 6 panel tulang fleksibel dalam ikat pinggang yang membantu untuk mencapai postur yang lebih baik dengan lebih mudah yang membolehkan anda mempunyai kebebasan maksimum untuk bergerak.

Korset Wonder Suit ini juga disertakan dengan tali pinggang yang boleh ditanggalkan, di mana ia membantu mencengkam bahagian pinggang bagi mendapatkan bentuk yang menarik dan pinggang seperti "Saloma' dan dengan keluaran pertama, tersedia dalam warna "Beige" sesuai untu lelaki dan wanita menggunakannya.



Pada hari pelancaran, terdapat demostrasi model memakai Wonder Suit dan bagaimana terbuktinya Wonder Suit mampu mengecilkan pinggan mereka sehingga 2 ke 4 inci bergantung kepada saiz pemakainya.


Pengalaman Datuk Jovian sendiri memakai korset lain sebelum ini disebabkan slip disc yang di alami dan atas saranan doktor supaya memakai korset. Namun korset yang dipakai tidak selesa, fabrik rasa panas dan gatal, maka sebab itu Datuk mengeluarkan Wonder Suit, produk yang berkualiti, dan paling penting selesa sebab Datuk sendiri tau bagaimana pentingnya korset tu pada seseorang.

Wonder Suit didatangkan dengan saiz S sehingga 3XL dan boleh dipakai selama 8 jam sehari. 


Cara penjagaannya pun sangat mudah, hanya cuci dengan menggunakan tangan dengan meletakkan detergent biasa dan softener sedikit. Paling penting jangan basuh menggunakan mesin basuh takut Wonder Suit semakin mengecil. Bagusnya Wonder Suit ni cepat kering. Jadi kalau dah pakai siang hari, malam boleh basuh, esoknya tengok dah kering. Tak perlu hantar dry cleaning semua tu.


Wonder Suit bekerjasama dengan lima bintang terkenal Malaysia untuk menjadi wajah kepada Wonder Suit dan mereka ialah Ifa Raziah, Ning Baizura, Rozita Che Wan, Sherry Al Hadad dan Dolla.

Mereka semua telah memakai Wonder Suit lebih awal, dan masing-masing suka dengan Wonder Suit yang membuatkan pinggang mereka hilang bebera inci.

Seperti Rozita Che Wan, suka dengan fabrik Wonder Suit ni yang tak gatal dan tak panas serta menjaga postur badan. Pinggang Cik Ta sekarang 25 inci setelah memakai Wonder Suit. 

Ning Baizura pula berjaya mengecilkan pinggang daripada 31 inci ke 25 inci setelah 4 bulan memakainya.

Begitu juga dengan Ifa Raziah menagtakan pingganya bertambah kecil daripada 27 inci kepada 25 inci.

Malah lebih mengujakan apabila melihat. pengacara dan pelakon popular Sherry Al Hadad pun mampu menggunakan Wonder Suit saiz XL walaupun berbadan besar.

Jangan fikir korset ni untuk mereka yang berbadan besar sahaja, badan kecil macam nad ni pun boleh pakai korset Wonder Suit. Wonder Suit ni bukan samata untuk mengecilkan pinggang malah menjaga postur badan mereka. Tabby mengatakan fabrik nya yang lembut tidak menyukarkan untuk  bergerak apatah lagi perlu menari ketika membuat persembahan.

Hah, nad tau mesti yang ramai idamkan pinggang yang ramping, bentuk badan yang ideal. Apa lagi pakai Wonder Suit ni la.
 

Korang boleh dapatkan Wonder Suit by Jovian dengan harga RM149 di Platform Instagram Selebrity  (Di Bio) serta Ejen dan stokis selebriti.

Selain itu Wonder Suit boleh didapati di semua JStores, Jovian Pop Up Booth, dan Shopee menjelang 1 September 2022.

Jovian Store Address:

JStore Shah Alam (Selangor, Malaysia)
39, Level G, Jalan Plumbum P 7/P, Seksyen 7,40000 Shah Alam, Selangor 
T: +603 5524 3686

JStore Bangsar (Kuala Lumpur, Malaysia)
112, Jalan Maarof, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur 
T: +603 2093 0112

JStore Bangi (Selangor, Malaysia)
No 50A, Jalan Medan Pusat 2C, Pusat Bandar Bangi, Seksyen 9, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor
T: +603 8928 9667

Jovian Official Online Store : www.jovian.com.my/shop
Instagram : @jovianrtw
Facebook : Jovian Mandagie
YouTube : Jovian Mandagie
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2