hai assalammualaikum

Raikan Merdeka Dengan Dua Konsert Bersifat Nasionalisme Anjuran HYPE GLOBAL VENTURES - Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat seluruh Malaysia di mana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan. Bagi memeriahkan majlis, HYPE GLOBAL VENTURES tidak melepaskan peluang untuk ikut meraikannya dengan menganjurkan konsert Raikan Merdeka Dengan  Dua Konsert Nasionalisme di Sabah dan The Mines Sri Kembangan, Selangor.

Jika sebelum ini HYPE GLOBAL VENTURES sangat terkenal sebagai penganjur yang giat terbabit dalam acara dan pengurusan jualan secara uptown, tahun ini menjadi langkah mula bagi mereka mengembangkan empayar menerusi projek bersifat hiburan seperti konsert.


Raikan Merdeka Dengan Dua Konsert Bersifat Nasionalisme Anjuran HYPE GLOBAL VENTURES


Konsert yang diberi nama 'Malam Merdeka Bah Kita 2022' ini akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau diadakan pada 30 Ogos 2022. Konsert ini menggabungkan artis dari Malaysia dan Indonesia yang sedang meningkat naik bagi menyemarakkan malam kemerdekaan negara sebagai lambang serumpun. Manakala di Uptown The Mines diberi nama 'Malam Santai Musikal The Mines' pada 2 September 2022.

Antara penyanyi yang akan menghiburkan pengunjung ialah Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk. 


“Semua barisan penyanyi yang kami bawakan pada Malam Merdeka Bah Kita 2022 mempunyai pengikut dan digemari kelompok peminat pada masa kini. 

“Malah ada dalam kalangan artis Indonesia yang kita bawa mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di YouTube. 

“Sengaja kami gabungkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagai lambang serumpun pada malam bersejarah itu nanti,” ujar Pengarah Pengurusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof.

Malam Merdeka Bah Kita 2022 di Tawau

Tarikh : Karnival di Tawau ini berlangsung selama tiga hari iaitu dari 28 sehingga 30 Ogos 2022 sebagai malam kemuncak menyambut kemerdekaan. 
Lokasi : Kompleks Sukan Tawau, Sabah
Masa : 6 Petang - 12 tengah malam
Penyanyi : Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk



Harga tiket : RM45, RM80, dan RM120

Selain konsert yang menjadi kemuncak kepada karnival di Tawau, terdapat banyak aktiviti disediakan pengunjung termasuk pertandingan karaoke, battle of the band dan jualan karnival dari makanan hingga pelbagai barangan dan pakaian. 

Pengunjung bertuah pula mungkin akan membawa pulang hadiah utama atau lucky draw yang merupakan sebuah motorsikal 250cc selepas detik 12 malam, 30 Ogos itu

“Kami sangat mengalu alukan kedatangan pengunjung bukan sahaja dari Tawau atau Sabah, tetapi juga Indonesia memandangkan lokasi karnival dan konsert iaitu Kompleks Sukan Tawau mempunyai kapasiti yang luas selain berdekatan dengan Kalimantan,” tambah Johari. 


Malam Santai Musikal The Mines

Tarikh : Persembahan kedua Malam Santai Musical yang dijadualkan berlangsung di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan pada 2 September 2022. 
Lokasi : Uptown The Mines, Seri Kembangan
Masa : 9 malam - 11 malam
Penyanyi: Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka serta Valdy Nyonk

Harga tiket : RM65 dan RM165

“Pemilihan melakukan persembahan di lokasi Uptown The Mines pula kerana di sinilah tapak pemula HYPE. Kita mempunyai lebih 400 kedai di sini dan secara tak langsung dengan penganjuran persembahan iniia akan menambah nilai promosi kepada tempat ini,” kata Johari. 

Hah, mesti meriah konsert ni. 

Untuk sebarang keterangan lanjut boleh hubungi talian +6012-674 8347 (Farizal) dan +6019 560 7948 (Tado) untuk acara persembahan di Mines.

Tiket juga boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my/
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2