hai assalammualaikum

TOY EIGHT Perkenalkan Program Saringan Digital, Bantu Saringan Awal Tumbesaran Dan Perkembangan Anak - Semua kanak-kanak dilahirkan dengan potensi berbakat. Setiap kanak-kanak berbeza kriteria, ada yang cepat belajar dan ada yang lambat belajar. Tanggungjawab ibu bapa untuk membantu dalam tumbesaran dan perkembangan anak-anak serta  mengetahui status perkembangan mereka adalah sangat penting.

Ramai tersalah tafsir bahawa tumbesaran kanak-kanak membabitkan perubahan fizikal, tetapi hakikatnya terdapat banyak lagi perkara lain. Ia meliputi pertuturan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan aspek lain melibatkan kanak-kanak.


Dihadapan pintu masuk Toy Eight, The Gardens Mall Tingkat 3

Toy Eight Perkenalkan Program Saringan Digital, Bantu Saringan Awal Tumbesaran Dan Perkembangan Anak

Dengan mengetengahkan kepakaran yang dimiliki, TOY EIGHT, sebuah syarikat pemula niaga (startup) teknologi pendidikan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dari Jepun, melangkah ke hadapan untuk menyediakan penyelesaian bagi semua kanak-kanak termasuk mereka yang kelainan upaya pembelajaran meneroka kemahiran mereka serta mendapat bantuan dan sokongan yang relevan apabila memerlukannya.

Masaki Ishibashi, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT (tengah) dan Shun Matsuzaka, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Kreatif TOY EIGHT (kanan) menerangkan alat pemeriksaan perkembangan kanak-kanak kepada penonton


Program Saringan Digital / Developmental Screening Tool

Saringan perkembangan adalah untuk mengetahui status perkembangan anak anda. Program Saringan Digital Toy Eight atau 'Developmental Screening Tool' iaitu alat saringan berasaskan pemerhatian pertama yang boleh didapati menerusi peranti telefon pintar.

Cara-cara penilaian tumbesaran dan pertumbuhan kanak-kanak dilakukan

Disebabkan pilihan saringan perkembangan yang terhad di Malaysia, TOY EIGHT mengambil peluang untuk memperkenalkan program saringan digital pertama di negara ini, yang ditawarkan menerusi peranti telefon pintar. Program ini mendapat sokongan daripada universiti-universiti terkemuka negara, Universiti Malaya dan Sunway University bagi membangunkan alat saringan tersebut.

Berserta dengan soal selidik yang telah diisi oleh ibu bapa, ia direka bentuk untuk menilai perkembangan kanak-kanak dalam lima bidang utama – Motor Kasar, Motor Halus, Pertuturan dan Bahasa, Perkembangan Kognitif dan Tingkah Laku Sosial/Adaptif.

Alat pemeriksaan perkembangan yang diperkenalkan oleh TOY EIGHT untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Saringan perkembangan hanyalah satu kaedah untuk mengenal pasti sama ada anak anda berisiko mengalami perkembangan yang terbantut. Sama seperti mereka yang dewasa, kanak-kanak membesar mengikut rentak mereka sendiri, namun adalah penting untuk memantau kemajuan mereka kerana ia mungkin menunjukkan masalah berpotensi membabitkan tumbesaran dan perkembangan.

Salah satu contoh ialah segelintir kanak-kanak tidak dapat mengenali huruf pada usia lima tahun, sekali gus menunjukkan satu cabaran dalam kemahiran bahasa. Dalam sesetengah kes, kanak-kanak tidak boleh menuruni tangga tanpa sokongan. Ia juga memberi penekanan bahawa tahap ketidakmatangan dalam kemahiran sosial dan emosi adalah ketara.

Perkembangan kanak-kanak berubah apabila mereka melalui beberapa peringkat perkembangan dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam memahami perkembangan ini. 

Pencapaian perkembangan mereka termasuk perkembangan asas seperti langkah pertama atau perkataan pertama mereka. Justeru, TOY EIGHT ingin memastikan setiap kanak-kanak mendapat manfaat daripada saringan ini serta membantu ibu bapa memahami perkembangan anak mereka.

Meningkatkan Perkembangan Kanak-Kanak Melalui Saringan

Di kebanyakan negara maju, saringan sering dilakukan secara terus oleh pakar. Melalui penggunaan peranti telefon pintar tunggal yang menggabungkan permainan, TOY EIGHT telah memudahkan prosedur saringan yang boleh dipelajari ibu bapa bagi mengetahui tentang peringkat perkembangan anak-anak mereka dalam persekitaran yang biasa bagi mereka. Ia direka untuk menyediakan pemeriksaan tahunan bagi kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun.

Saringan awal tumbesaran dan perkembangan anak boleh dibuat di Toy Eight

Saringan boleh didapati di Taman Permainan TOY EIGHT di The Gardens Mall. Bagusnya di TOY EIGHT jika ada masalah dengan anak yang merisaukan, ibu bapa boleh Coffee Chat bersama pakar atau specialist.. 

Bilik permainan untuk anak-anak menunjukkan kekreatifan dan bakat

Taman permainan pertama yang dikhaskan untuk perkembangan kanak-kanak, ia menampilkan pakar perkembangan tempatan dari Malaysia dan Jepun yang menyediakan pilihan perkhidmatan Coffee Chat untuk perundingan tanpa dirancang pada harga RM50 bagi setiap jam. 

Neji Block dimana perlu membuat bentuk menggunakan bahan disediakan


Bentuk kereta dan binatang

Paper airplane challenge

Permainan Tublock challenge

Permainan muzik menggunakan bahan disediakan


Main muzik dengan melihat pada kertas yang disediakan dan menyentuh alat untuk menghasilkan muzik

Selain itu, TOY EIGHT juga menyediakan pilihan Play Together Observation yang merangkumi pemerhatian tidak formal terhadap kanak-kanak yang bermain di taman permainan terbabit. 

Di samping itu, ia juga mewujudkan program kepada Taska dan Tadika yang membolehkan saringan dilaksanakan di sekolah jika mereka telah mendaftar dengan TOY EIGHT.

Masaki Ishibashi, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT (tengah) dan Shun Matsuzaka, Pengasas & Ketua Pegawai Kreatif TOY EIGHT (kanan) berkongsi tentang kepentingan pemeriksaan perkembangan kanak-kanak

“Kami percaya, memahami dan menerima tahap perkembangan semasa kanak-kanak adalah langkah pertama dalam ilmu keibubapaan dan pendidikan. Mengenalpasti di peringkat awal ciri-ciri dan tahap perkembangan kanak-kanak adalah penting untuk ibu bapa dan guru membuat keputusan tentang cara membesarkan mereka. Hanya selepas itu seseorang boleh memutuskan cara untuk mengoptimumkan aspek pembelajaran. Dari sudut pandangan ini, kami bimbang dengan fakta yang dilaporkan bahawa kebanyakan negara Asia tidak memiliki sistem nasional untuk menyaring perkembangan kanak-kanak,” kata Masaki Ishibashi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT.

(Kiri) Masaki Ishibashi, Pengasas& Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT; Dr Woo Pei Jun, Ketua Jabatan Psikologi, Universiti Sunway; Dr Ponmalar N Alagappar, Timbalan Pengarah Pusat Latihan Internship & Pengayaan Akademik Universiti Malaya; Encik Mah Chun Wai, Pengarah & Ketua Pasukan, Perhubungan Pelabur InvestKL dan Shun Matsuzaka, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Kreatif TOY EIGHT pada pelancaran program saringan digital TOY EIGHT.

Program Saringan Digital ini dapat membantu ibu bapa muda mengenali sifat anak mereka secara semula jadi dan mengembangkan potensi diri dengan memahami karakter unik anak mereka, di samping mengenal pasti kebimbangan dan kelewatan supaya mereka boleh mendapatkan bantuan awal daripada profesional. 

Alat saringan tempatan ini memberi tumpuan kepada keupayaan perkembangan awal kanak-kanak seperti motor halus, kognitif, bahasa reseptif, dan ekspresif.

Bagi memastikan ketepatan saringan, pasukan projek yang terdiri daripada Universiti Malaya, Sunway University, dan pakar Jepun telah menghabiskan masa berbulan-bulan dalam memuktamadkan serta menyetempatkan item ujian, menjamin kriteria penilaian berkualiti tinggi, dan mewujudkan norma untuk meminimumkan kesilapan manusia. 

Laporan saringan TOY EIGHT diterjemahkan dengan cekap dan mudah difahami. Jika terdapat mana-mana bahagian yang perlu ditangani, laporan itu akan memberikan pengetahuan asas dan ibu bapa boleh menggunakannya sebagai langkah pertama untuk mendapatkan bantuan atau menjalani ujian tambahan.

“Menerusi kerjasama ini, kami menyasarkan untuk menangani isu sosio-pendidikan di Asia Tenggara dengan menjadikan penilaian perkembangan ini berpatutan dan boleh diakses sambil meningkatkan pemahaman terhadap tahap perkembangan kanak-kanak dengan pantas dalam komuniti dan kawasan berbeza,” kata Masaki.

Buat bentu menggunakan bahan kayu

Origami

Di Toy Eight permainan yang ada bukan sahaja dari segi fizikal malah menggunakan digital.

How to make animation
Permainan ni anak-anak boleh berkreatif membuat animasi mereka sendiri. Best tau

Digital Childrens Book Fair

Ni best, kita buat gaya mengikut apa yang ada di tab.Anak-anak boleh jadi hero dan author. Hijau tu adalah green screen.

Ni rupa kawasan ni

Ni caranya..hehee. Mesti anak-anak seronok. Buat bentuk gaya, lepas tu tulis dialog dah siap. Nanti boleh download untuk simpan dan akan dipaparkan di screen.


Ni pun best, main musik dan ada gambar keluar di lantai

Melalui penggunaan peranti telefon pintar tunggal yang menggabungkan permainan, TOY EIGHT telah memudahkannya prosedur saringan yang boleh dipelajari oleh ibu bapa bagi mengetahui tentang peringkat perkembangan anak-anak mereka dalam persekitaran yang biasa bagi mereka. Ia direka untuk menyediakan pemeriksaan tahunan untuk kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun.

Kemunculan Toy Eight

Mesti tertanya-tanya kenapa lapan? 

Toy Eight

Angka lapan melambangkan tanda infiniti yang dipusingkan, yang membawa keupayaan dan potensi kanak-kanak yang tidak terbatas. Diasaskan oleh Masaki Ishibashi dan Shun Matsuzaka, TOY EIGHT menyasarkan untuk menangani isu sosio-pendidikan di Asia Tenggara dengan menjadikan penilaian pembangunan mampu milik dan boleh diakses sambil meningkatkan pemahaman tahap perkembangan kanak-kanak dengan pantas dalam komuniti dan kawasan yang berbeza.

L-R) Masaki Ishibashi, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT dan Shun Matsuzaka, Pengasas & Ketua Pegawai Kreatif TOY EIGHT

“Kami telah dipengaruhi oleh teori kecerdasan pelbagai oleh Profesor Howard Gardner. Ia menyatakan bahawa semua kanak-kanak dilahirkan dengan sekurang-kurangnya lapan bakat. Bagi kami sebagai orang Jepun, nombor lapan juga bertuah,” jelas Shun Matsuzaka, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Kreatif TOY EIGHT.

Sifat paling berharga dalam kehidupan adalah pendidikan, namun persoalan kritikal di sini ialah mengapa anak-anak diwajibkan belajar tanpa memahami kebolehan mereka. 

Oleh itu, idea di sebalik TOY EIGHT adalah untuk menjangkaui kehebatan seorang guru menerusi teknologi AI bagi meneroka keupayaan setiap kanak-kanak. Dalam masyarakat di mana pengiktirafan adalah terhad, TOY EIGHT percaya bahawa mereka boleh membina dunia di mana semua boleh menzahirkan bakat mereka.

Space di Toy Eight, luas dan selesa

Kapal terbang mainan

Ramai pendidik di tadika menyatakan bahawa kesan positif ke atas laporan saringan ini terhadap komunikasi ibu bapa sekali gus membuktikan tahap keberkesanan TOY EIGHT.

Bagi ibu bapa, laporan saringan membabitkan kelewatan perkembangan adalah amat sensitif. Bagaimanapun, pendidik di tadika menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anak berbanding ibu bapa, dan mereka sering melihat perubahan kecil dalam perkembangan kanak-kanak.

Apabila perubahan termasuk unsur-unsur yang tidak baik, segelintir ibu bapa merasa sukar untuk menerimanya, dan dalam situasi tertentu, guru turut menerima aduan meskipun kegagalan tidak selalunya berpunca daripada kekurangan perkembangan. Laporan saringan telah membantu mereka menyampaikan perkara ini dengan berkesan dan sewajarnya, di samping membantu mereka mendapatkan sokongan ibu bapa.

Memacu pasukannya ke tahap lebih tinggi, TOY EIGHT juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Greater Kuala Lumpur (GKL) Live Lab yang telah diperkenalkan oleh InvestKL, agensi berkaitan pelaburan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Inisiatif ini dibangunkan sebagai konsep bandar dengan menggunakan GKL sebagai tempat ujian bagi menjalankan aktiviti berintensitif pengetahuan dan inovatif, sambil mewujudkan kerjasama antara peserta industri serta institusi akademik.

“Adalah penting untuk mengiktiraf dan menghargai semua anak muda. Kami telah memulakan saringan di peringkat pra sekolah. Kami akan bekerjasama dengan kerajaan, hospital, sekolah, dan pelbagai pihak berkepentingan untuk meningkatkan pemahaman ibu bapa dan mencapai keputusan yang diinginkan. Tiada sesiapa akan tercicir,” kata Shun.

Bagi nad, tempat ni memang menarik dengan permainan yang pelbagai, dapat menunjukkan bakat anak untuk menjadi lebih kreatif.

Taman Permainan TOY EIGHT dipenuhi dengan mainan tangan asli yang diinspirasikan daripada pelbagai produk, teknik dan budaya Jepun. Ideanya adalah untuk merangsang minat anak secara semula jadi untuk ingin melibatkan diri, bermain dan belajar dengan lebih berdikari.

Reka bentuk keseluruhan taman permainan di TOY EIGHT adalah berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai. Ia adalah teori yang menerangkan cara berbeza anak anda boleh belajar dan memperoleh maklumat.


Harga Playground dan Pakej di TOY EIGHT

Harga di Toy Eight


Ini adalah harga dan pakej di Toy Eight.

Di sini ada juga kawasan Parents Lounge di mana ibu bapa boleh berehat, bersosial, kerja dan dapatkan bantuan daripada pakar untuk anak mereka.

TOY EIGHT menyediakan ruang untuk membuat events dan party

Selain itu, Toy Eight juga menyediakan ruang untuk birthday party, workshop dan seminar, event korporat atau private function.

Untuk maklumat lanjut, sila layari 
Website: www.toyeight.com
Contact : 019 736 4588
Email: playground@toyeight.com
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2