hai assalammualaikum

Metrojaya Kini Dibuka Di Lalaport Buki Bintang - Metrojaya, tempat membeli belah untuk seisi keluarga kini dibuka di Lalaport Bukit Bintang. Nad sendiri tak lepaskan peluang semasa pembukaan Metrojaya haritu, boleh dikatakan nad selesa semasa membeli belah di sini dengan ruang yang luas, kemas dan pelbagai barang ada di situ.

Dengan lebih empat dekad dalam industri peruncitan, Metrojaya memperkenalkan kedai next-gen terbaharu mereka dengan memberi keselesaan membeli belah buat pengunjung. Apa yang menariknya, dalam Metrojaya ni disediakan kedai kopi. Pengunjung boleh berehat sebentar dengan minum secawan kopi ketika membeli belah.



Metrojaya Kini Dibuka Di Lalaport Buki Bintang

Metrojaya menyediakan barangan untuk seisi keluarga daripada fesyen sehinggalah kelengkapan rumah. Korang nak cari baju, beg, kasut, skincare, mainan untuk anak-anak, dan lain-lain semua ada di sini. Metrojaya menyediakan pelbagai produk-produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang, dan beberapa jenama yang hanya terdapat di LaLaport Metrojaya.



Tengok la baju perempuan semua lawa-lawa tau. Banyak diskaun ada ni. Nad yang rambang mata tengok.




Bukan tu sahaja, pakaian lelaki dan kanak-kanak pun ada. 


Beg semua lawa-lawa.



Pinggan ni menarik perhatian nad betul. Lawa sangat corak dia kan. Warna menyerlah. 

Banyak lagi pinggan mangkuk lain yang ada.








Macam-macam boleh shopping dekat sini.

Metrojaya Lalaport, terletak di lokasi strategik pusat bandaraya Kuala Lumpur, pasti memberi nafas yang baharu dengan trend global terkini untuk membantu pelanggan membina kehidupan yang moden dengan produk gaya hidup berjenama yang terdapat khas di Metrojaya seperti East India Company, Somerset Bay, Cape Cod dan Living Quarters selain daripada koleksi eksklusif Metrojaya yang lain.


Encik Andrew Khoo Boo Yeow, Pengerusi Metrojaya Department Store berkongsi bahawa mereka komited untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan menghasilkan produk memenuhi pilihan dan gaya hidup yang tersendiri. Mementingkan mutu dan kualiti, Metrojaya mengumpulkan koleksi terkini yang boleh didapati di dunia - memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk memilih apa sahaja mengikut citarasa mereka.

“Kami sentiasa mengemaskini pilihan kami demi menyediakan produk terkini untuk pelanggan dan memenuhi keperluan gaya hidup mereka,” kata Encik Andrew.

Korang pernah nampak dalam kedai ada kedai kopi. Tak pernah ada kan. Hah, tapi di Metrojaya menyediakan vendor kopi untuk korang berehat sebentar semasa membeli belah. selalu yang penat shopping ni orang lelaki kan, hahahha. Jadi bila ada kedai kopi Outpost ni, suami atau teman lelaki boleh rehat dekat kedai Outpost dan minum kopi sambil menuggu kaum wanita membeli belah..hehee.

“Kami memberi perhatian yang teliti kepada setiap perincian dan bukan sekadar kepada produk yang tersedia malah juga suasana yang dicipta untuk para pelanggan. Kami juga telah memasukkan beberapa ciri-ciri unik di kedai kami yang tidak pernah dibuat lagi di Metrojaya ini,” kata Encik Andrew.

“Vendor kopi yang disediakan bukan sahaja untuk membolehkan pelanggan kami bersantai dengan minuman kegemaran mereka, malah kami juga akan menyediakan bengkel yang menyeronokan untuk mereka yang berminat untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Ciri terbaharu ini akan tersedia di Metrojaya tidak lama lagi. Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengambil bahagian dalam keseronokan ini sambil meluangkan masa mereka bersama kami.”





Selain kedai kopi, apa yang nad suka ialah ruang kecantikan ni. Dekat sini macam-macam jenama kecantikan ada, dan menarikperhatian ada spa room dekat sini.

Kalau korang ke Lalaport, jangan lupa membeli belah di Metrojaya. Nak ke sini pun mudah. Kalau korang menggunakan pengangkutan awam melalui LRT Hang Tuah dan stesen Monorel KL, dan hanya mengambil masa lima minit untuk berjalan kaki ke Metrojaya Lalaport dari stesen Merdeka laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. 

Kalau nai kenderaan, jangan risau, ada disediakan parking dekat sini. Hanya waze atau google maps sahaja ke Lalaport. Memang sangat mudah.

Untuk maklumat lanjut tentang Metrojaya, sila layari www.metrojaya.com.my

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Kalo pi kl bley la singgah sini nampak menarik

    ReplyDelete
  2. Lama tak pergi metrojaya. Lupa dah bila last pergi.

    ReplyDelete
  3. besar jugak lalaport ni eh ,nanti nak singgah la ari tu lalu dah tunjuk kat laki heheh

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2