hai assalammualaikum

Pavilion Thailand Di MIHAS 2022 : Lebih Daripada 40 Jenama Produk Halal Thailand Dipamerkan - MIHAS 2022 kembali!! Malaysian International Halal Showcase (MIHAS) 2022 telah diadakan di MITEC Kuala Lumpur bermula 7 September sehingga 10 September. Nad suka datang ke Mihas sebab boleh tengok banyak produk halal yang dipamerkan dekat situ. Lebih dari 1000 pempamer dari dalam dan luar negara yang menyertai MIHAS 2022. Salah satu yang turut serta ialah Negara Thailand.yang diwakili DITP Malaysia ( Department of International Trade Promotion ).

Produk Halal Thailand juga merupakan penyumbang kepada Industri Halal Global. MIHAS 2022 salah satu platform pasaran untuk mereka berkembang maju dalam perdagangan Halal Thai dan menyumbang secara signifikan kepada Industri Halal global. 


Pavilion Thailand Di MIHAS 2022 : Lebih Daripada 40 Jenama Produk Halal Thailand Dipamerkan

Ramai suka ke Thailand, suka dengan budaya dan makanan dekat sana. Mana yang dah biasa ke jelajah ke Thailand mungkin dah pernah nampak produk yang dipamerkan di sini. Macam nad, belum jejak lagi ke Thailand, jadi Nad tak lepaskan peluang untuk datang melihat sendiri produk mereka di Pavilion Thailand MIHAS 2022 ni di level 1 Hall 4.

Masa sampai tu teruja tengok banyak produk halal Thai yang dipamerkan di sini, dari makanan, minuman, fesyen, produk kecantikan, kesihatan, seni dan kraf dan barangan hiasan. Ada lebih 40 jenama produk halal Thailand yang dipamerkan di sini. 










Dapat lihat ada beberapa produk Halal Thai yang jarang Nad nampak, antaranya air JELE,minuman Vitamin A,B,C, air Andalus, Thongpoon, KETO, sambal Ikan Bilis dan udang kering.



Ni pulak serbuk ikan dari Rin Interfood dengan bahan organic salted fish, garlic, dried chili dan vegetable oil. Serbuk ni boleh makan dengan nasi begitu sahaja atau atau boleh tambah dalam mee berkuah, bubur, sayur dan sebagainya. Ada dua jenis, satu dalam botol satu lagi dalam plastik kecil. 


Owner produk ni namanya Pairin Atsavathawechok. Korang kalau datang sini boleh jumpa dengannya.







Tertarik dengan handbeg ni, hehee, lawa dan comel je. Ni semua handmade dibuat oleh orang Thailand. 



Tudung bawal ni pun lawa, corak nampak simple tapi halus pembuatannya. 






Produk kecantikan dan kesihatan dari Thailand yang penting Halal.


Produk aiskrim pelbagai perisa yang sedap-sedap belaka.

Sebenarnya banyak lagi produk Thailand yang nad tak letak dekat sini. Korang kena datang tengok sendiri.



Datang ke Pavilion Thailand bukan sahaja tengok produk halal mereka, malah ada acara memasak oleh Chef Tosapol, dan Chef Vasanna, Chef selebriti Thailand dari Bangkok. Tapi waktu nad datang Chef Tosapol yang masak dan resepi yang dimasak ialah Northern Thai Curry Noodle With Chicken merupakan masakan tradisi mereka. Semua produk yang digunakan dalam masakan merupakan produk halal Thai. 


Chef akan hidangkan makanan kepada pengunjung yang datang untuk mencuba makanan tu. Sempat nad menikmati masakan chef, rasanya sedap, kuah pekat dan pedas. Bila makan tu rasa macam dekat Thailand..hehe. Ramai pengunjung yang datang situ rasa masakan chef dan mereka pun cakap rasa macam dekat Thailand. Korang kena datang Pavilion Thailand dan cuba sendiri makanan ni.


Matlamat utama Thailand menyertai MIHAS 2022 bukan sahaja memperkenalkan produk Halal Mereka malah untuk meningkatkan imej produk Halal Thai bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di pasaran global serta meningkatkan permintaan untuk mengimport produk berpotensi ini dari Thailand dalam masa terdekat. 

Masa nad datang ke sini pun diaorang mencari distributor untuk produk mereka dipasarkan di Malaysia. Jadi, sesiapa peniaga yang nak menjual dan menjadi pengedar barang Thailand, boleh datang ke sini untuk mengambil peluang yang ada.


Nad seronok meneroka, menemui produk baharu dan dapat rasa makanan authentic Thai. Memang best datang ke Pavilion Thailand ni. Korang boleh tengok dekat-dekat produk halal Thailand ni di level 1 Hall 4. Masih sempat lagi kalau korang nak pergi ke MIHAS 2022, bermula 7 Sepetember sehingga 10 September dibuka pukul 10 pagi sehingga 7 malam. Esok adalah hari terakhir. Jadi pergi ramai-ramai bawak kawan-kawan semua.

#DITPMalaysia #ThinkHalalThinkMIHAS #MATRADE #MIHAS2022 #ThaiFoods #FoodsandBeverages #OverseaTrades #ThailandMalaysiaBusiness #ImportExport #ThaiExhibitors #thinkhalalthinkthailand

SHARE 9 comments

Add your comment

  1. wah meriah, syurga untuk peminat barangan dan makanan Thailand

    ReplyDelete
  2. Kalau dekat dah pi ni. Mmg minat thai food

    ReplyDelete
  3. Kalau bab makanan thai ,mmg terbaik la dekat di hati kita kan

    ReplyDelete
  4. Wah best yer kalau dapat pergi ni..

    ReplyDelete
  5. Seronoknya, dapat makan sample free haha

    ReplyDelete
  6. Ai suka perfi event-event Thailand macam and ni. Tapi event ni tak sempat.

    ReplyDelete
  7. Tak dan pi aritu, banyak ye produk2 menarik..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS