hai assalammualaikum

Rantai Leher Ukir Nama Dari Venyss Untuk Anak - Kali kedua nad beli rantai leher untuk anak dekat Venyss ni. Nad suka beli sini sebab banyak design yang ada, siap boleh buat ukir nama lagi. Sebelum ni buat rantai leher untuk anak pertama, kali ni buat untuk Farhanah pulak. Takda la salah sorang cemburu bila dia takda rantai leher kan.


Ada orang cakap, kenapa taknak belikan rantai emas? Kan cantik anak perempuan pakai emas. 

Bermula dari kakak, sampai ke adik, mesti orang cakap macam tu.

Tipula kan taknak belikan emas. Ada je tapi bukan masa usia diaorang sekarang. Diaorang ni bukan reti jaga. Lagi usia diaorang ni, bila dekat luar, suka bermain, berlari, nanti tak perasan jatuh ke, hilang ke. Sedang kan nad sendiri pakai emas pun kadang tak sedar tercabut. Paling risau kalau kena ragut ke, takut la. Beli mahal-mahal lepas tu hilang, menangis tak berlagu la. Sebab tu nad tak belikan diaorang lagi rantai emas. 

Tempah Rantai Leher Ukir Nama Dari Venyss Untuk Anak


Buat masa sekarang nad pilih untuk belikan diaorang barang perhiasan yang bukan emas tapi seakan emas. Rasa selamat sikit, harga pun tak mahal. Banyak je orang jual barang kemas perak 925 bersadur emas 916 ni, tapi nad pilih Venyss untuk buatkan rantai leher Farhanah. 


Cantik kan rantai leher yang nad belikan untuk Farhanah ni. Nampak macam real emas 916 tapi sebenarnya bukan. Siap boleh buat ukiran nama lagi. Bayangkan kalau beli emas 916 siap nama mau mahal beribu oiii. 


Bertambah ayu, manis la anak dara sorang ni lepas pakai rantai leher Venyss. Walaupun hanya silver yang disadur emas tapi tetap nampak mewah dan lawa. Orang bukannya tau kan.. Hehehe. Nampak kilauan emas tu dari jauh. 

Punya gembira dia bila pakai rantai leher ni. Rasa selamat bila dia pakai barang kemas Venyss ni. 


Korang boleh tempah dan customize bila beli barang kemas dekat Venyss. Ada macam-macam jenis tulisan korang boleh pilih untuk ukir nama dekat barang kemas korang beli tu. 








Venyss bukan jual rantai leher sahaja, malah ada macam-macam jenis barang kemas seperti cincin, rantai, loket, anting-anting dan gelang dalam pelbagai jenis reka bentuk. Korang kalau tengok mesti rambang mata, nak buat pilihan pun susah.. Hehehe. Semuanya lawa-lawa. 

Barang kemas yang ada dekat Venyss sesuai untuk semua usia. 

Selalunya ada orang akan allergik bila pakai barang kemas, tapi silver Venyss tidak buat kulit kita allergik.


Untuk anak dah ada, nanti nad nak tempah untuk diri sendiri pulak la. Cantik kan mak dan anak berpasangan pakai.

Nad suka beli dekat Venyss sebab barang kemas dia tahan lama, tahan karat, sifatnya sama macam emas. Rantai leher yang nad belikan untuk anak pertama masih elok lagi sampai sekarang. Nad belikan untuk Fariza tahun 2017 tak silap, sekarang dah 2022, masih cantik lagi. 

Cara jaga tak susah pun, jangan basah kan atau kenalkan air je barang kemas tu. Insyallah elok la dia.

Paling best, silver Venyss ni ada nilainya. Kita boleh trade in dan jual semula. Nampak kan, sangat menguntungkan dan menjimatkan. 



Dengan Venyss kita boleh servis barang kemas kita beli di Venyss berkali-kali. Bukan setakat itu sahaja malah ada pakej cucian percuma. 

Bila dah lama kita guna, misalnya saiz dah lama tak muat, kita boleh adjust dan resize. Jadi takda masalah dan barang kemas Venyss boleh disimpan dan dipakai lama.

Barang kemas ni memang menjadi idaman wanita. Nad sebagai perempuan memang bahagia sangat bila dapat barang kemas macam ni, walaupun bukan emas asli, hanya perak bersadur emas, tetap satu kebahagiaan. Bila dapat mesti tersenyum, lagi-lagi ada ukiran nama kita. 

Memang sesuai sangat kalau dibuat sebagai hadiah, selain bagi dekat anak, boleh bagi dekat kawan, mak, isteri, tunang. Contoh majlis persaraan ke, hah bagi barang kemas ni. Lain dari yang lain kan.

Lagi mak-mak ni, suka la pakaikan anak perempuan dengan barang kemas. Teruja bila ada anak perempuan ni, mula la cari barang perhiasan yang boleh diletak dekat badan anak. Nak selamat beli la barang kemas Venyss ni.




Selain untuk para wanita dan kanak-kank perempuan, Venyss juga ada menerima tempahan dan menjual cincin lelaki untuk nikah, tunang, anniversry, hadiah utk ayah dan lain-lain. 

Macam nad cakap tadi, ni kali kedua nad beli rantai leher dekat Venyss. Kalau korang nak tau Venyss merupakan syarikat bumiputra yg mula beroperasi ejak 2013. Very trusted, sebab tu nad tak was-was beli dekat sini. 

Kepakaran Venyss adalah membantu memberi kebahagiaan di hati ramai wanita dgn menghasilkan pelbagai aksesori/brg kemas persis emas 916 khasnya yang ada ukiran nama untuk mencipta sentimental value dalam kehidupan serta boleh beri keyakinan diri dengan material berasaskan perak asli 925 dan kebanyakan disadur dgn emas asli 916 untuk kelihatan seperti emas 916.

Boleh Beli Walk In atau Secara Online

Kalau korang nak beli barang kemas Venyss boleh je beli walk in atau secara online. Yela mungkin ada yang nak tengok-tengok secara dekat, Venyss ada showroom untuk walk in. Kedai Venyss berada di Kelantan.


Jana Pendapatan Dengan Venyss

Untuk korang yang suka dengan barang kemas, suka menjual dan nak cari pendapatan, Venyss ada buka untuk sesiapa yang nak menjadi agent. Daftar secara percuma dan mendapat komisyen yang lumayan. 

Kalau korang nak jadi agent atau nak beli barang kemas perak sadur emas siap dengan ukir nama, korang boleh contact www.wasap.my/60126494330/dariNadiajoharinakdetailaksesoriVenyss 

Beli tau, serius korang akan puas hati, harga sangat berpatutan dan semua reka bentuk lawa-lawa.

Untuk info lanjut, boleh layari
SHARE 10 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2