hai assalammualaikum

Sambutan Kemerdekaan 2022 : Fariza Masuk Pertandingan Baju Beragam Sempena Merdeka Di Sekolah - Walaupun dah lambat nak cerita pasal Merdeka, tapi tetap nak cerita juga sebagai kenangan. Tanggal 31 Ogos kita Sambut Kemerdekaan yang ke 65 pada tahun 2022. Setelah dua tahun kita tak sambut, tahun ni alhamdulillah, kita semua dapat sambut, termasukla anak-anak di sekolah. Fariza masa sekolah tadika tak sambut merdeka, tapi masuk darjah satu, dapat dia sambut bulan kemerdekaan di sekolah bersama kawan-kawan siap sekali masuk pertandingan baju beragam Merdeka di sekolah.

Kebiasaannya sekolah akan buat pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan. Pertandingan yang dijalankan, photography merdeka, sajak, hias basikal merdeka, buku skrap dan macam-macam lagi. Nad pun ambil peluang masukkan Fariza dalam pertandingan baju beragam. 



Sambutan Kemerdekaan 2022 : Fariza Masuk Pertandingan Baju Beragam Sempena Merdeka Di Sekolah


Sejak sekolah lagi, nad ajar anak-anak supaya jangan malu bertanya, jangan diam, jangan takut bila sekolah, kawan dengan semua orang. Bila ada pertandingan macam ni, nad akan bagi galakkan untuk dia masuk, supaya dia berani untuk tampil di hadapan orang. Tu matlamat nad bagi dia masuk pakaian baju beragam merdeka ni. Taknak la jadi macam nad yang malu-malu, kurang bercakap dengan orang masa dekat sekolah dulu. Sampai sekarang takda kawan nak dekat..huhuhu.

Sambutan Kemerdekaan dekat sekolah Fariza dibuat pada 30 Ogos, sehari sebelum tarikh Merdeka 31 Ogos. Dua minggu sebelum tu baru nad terhegeh-hegeh cari baju merdeka untuk Fariza. Nad cari dekat Shopee. Memang banyak dijual, tapi semua saiz Fariza dah habis. Mula cuak dah macam mana nak cari baju Merdeka untuk dia. Pertandingan dah nak dekat.

Bila Shopee dah takda, ingat nak cari kat Jalan TAR ke, atau dekat Kenanga tu, tapi berusaha juga cari dekat Shopee.

Pukul 5 pagi waktu nak buat sarapan sekolah Fariza, nad cuba buka Shopee dan cari lagi baju. Memang bertuah sungguh ada satu kedai ni jual baju costume merdeka, dengan saiz sesuai untuk Fariza. Tak fikir panjang, terus nad order. Lepas tu tengok tarikh penghantaran, alhamdulillah, tarikh sebelum Fariza masuk pertandingan. 

Tapi risau juga, terus nad dm seller tu. 
Nad : Assalammualaikum, nak tanya baju ni preorder ke.?
Seller : ya baju preorder.
Nad : Agak-agak lama tak hantar.
Seller : Nad pakai bila tu ye, kalau puan urgent saya dahulukan puan
Nad : Aah, nak pakaikan anak baju merdeka ni untuk pertandingan dia dekat sekolah 30hb
Seller : Oh sempat lagi tu, boleh puan.

Seller tu memang baik sangat. Korang boleh tengok kedai shopeenya ni Adamazzahra Collection. 

Baju ni nad order seminggu sebelum tarikh pertandingan.

Lepastu dalam beberapa hari nad dm lagi seller ni. Yela risau juga. Tapi alhamdulillah, penghantaran memang ikut tarikh dekat shopee tu. 

Sampai juga baju Merdeka Fariza untuk pertandingan baju beragam.

Ye mahal, tapi biarlah jadi kenangan untuk Fariza dan pengalaman dia masuk pertandingan ni semua.

Masanya dah tiba, pagi tu memang kelam kabut nad siapkan dia. Dia la paling suka sebab dapat makeup, dapat cantik-cantik waktu tu. Selama ni tak dibenarkan pakai makeup mommynya. 

Dahla lambat, sampai pun dah nak 7.30 pagi. Kelam kabut mommy. Takut anak lambat masuk sekolah. 



Waktu ni parents boleh join sekali untuk siapkan anak-anak. Hah nad dah pakai Fariza baju, kasut semua. Tinggal pakai selendang tudung merdeka dan sanggul. Semuanya nad beli dekat shopee. Rezeki sangat semua sampai cepat.



Ramai pagi tu parents ada. Memang meriah masing-masing dengan baju merdeka masing-masing siapkan anak-anak semua.


Lepas dah selesai, masing-masing beratur dan cikgu bagi nombor.


Maka bermulalah sambutan kemerdekaan di Sekolah. Rindu sambut semua ni dekat sekolah. 

Cikgu pesan, untuk parents boleh tunggu sampai 8.30 pagi. Tapi nad terpaksa tunggu sampai habis, sebab nanti Fariza akan tukar baju. Nad nak tolong dia tukarkan baju, yela, dia dengan sanggul semua, nanti tak reti buka dah hancur. Ada juga beberapa parents yang tunggu sebab baju anak diaorang pakai yang cantik-cantik tu.



Suami pulak ditegur dengan Guru Besar, sebab bawak kamera DSLR. Terus kena ambil gamabr event waktu sebagai photographer..hahaha. Tak pasal-pasal, nak ambil gambar anak je, sekali kena ambil semua waktu Sambut Merdeka dekat sekolah. Korang boleh usha Kerex Photography tu di facebook dan instagram.




Ni pertandingan basikal berhias merdeka.





Lepas tu pertandingan baju beragam pulak. Hah kita pulak yang debar tengok anak kita. Banyak gambar tapi kita buh sikit jela. 

Sebenarnya sebelum tu dah praktis dah jalan macam mana, siap tunjukkan dia video dekat youtube. dekat rumah kemain dah nak berpusing segala. Siap pagi tu adiknya pesan, ' kakak jalan macam ni tau (tunjuk ala model )'. Ya, adik pun risau...hahaha.




Sampai atas pentas, not bad juga dia catwalk..hahaa. Walaupun macam santai, penting tangan di pinggang. Macam nak berlari pun ada hah..hahaha. Takpe kakak, awak dah buat terbaik. Penting awak berani nak ke hadapan dan catwalk depan orang ramai. Mommy daddy adik bangga..hehee.



Ni la dalam kelas dia yang masuk pertandingan beragam. Kenangan sangat.


Seronok semua dapat sambut merdeka dekat sekolah.


Alhamdulillah, tahun ni pun meriah kita sambut merdeka dekat Dataran Merdeka siap pelbagai persembahan dijalankan.

Tahun ni dapatla tengok semua pakaian beruniform beraksi.


Semoga Malaysia sentiasa aman damai selalu. Selamat Hari Merdeka danSelamat Hari Malaysia semua.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. cantiknya kakakkkk...maira tahun ni tak de sebab cikgu penat kena berbaris jugak hahahha tggu sekolah rendah la hehehhe...meriah ,seronok tgk anak2 seronok kan

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS