hai assammualaikum

KOPETRO Hadiahkan Pakej Percutian Bernilai Lebih RM15,000 Sempena Kempen 'Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel' - Tahniah kepada pemenang yang telah memenangi kempen 'Cuti Sakan Bersama Kopetro Travel'. Tapi ada mendebarkan lagi, kerana pemenang tak tau lagi hadiah pakej percutian ke mana mereka akan dapat. Pemenang perlu mencabut sendiri hadiah pakej percutian pelancongan yang ditawarkan. Berdebar ye para pemenang, eh nad yang hadir ni pun berdebar.. Hehee.. Selalu kita dah tau kita dapat hadiah apa, ni kene cabut dulu.. Tapi hadiah semua menarik, Kopetro Hadiahkan Pakej Percutian Bernilai Lebih RM15,000 kepada pemenang.

Koperasi Kaki tangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menerusi anak syarikatnya KOPETRO Travel & Tours Sdn Bhd mengadakan majlis penyampaian hadiah di Floral Terrace, Hampshire Place. Majlis berlangsung dengan meriah dihadiri barisan Pengurusan KOPETRO serta jemputan- jemput an khas, rakan-rakan niaga, wakil media dan para pemenang.



KOPETRO Hadiahkan Pakej Percutian Bernilai Lebih RM15,000 Sempena Kempen 'Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel'

Kempen 'Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel' telah dijalankan pada 1 Julai sehingga 30 September, dan seramai 15 orang pembeli bertuah telah dipilih sebagai pemenang.

Debaran semakin memuncak apabila pemenang perlu mencabut sendiri hadiah berupa pakej percutian bernilai lebih RM15,000 yang ditawarkan. 

Antara hadiah pakej percutian yang ditawarkan ialah percutian ke Langkawi selama 3 hari 2 malam, tiket ke Taman tema Sky World Genting, pakej pelancongan ke Krabi selama 3 hari 2 malam, pakej percutian ke Bali selama 3 hari 2 malam dan pelbagai lagi hadiah pakej percutian yang menarik.

Untung siapa dapat pakej percutian ke Bali, Langkawi, tapi semua pakej percutian best-best.


Masa ni pemenang mencabut hadiah yang bakal mereka menangi. 













Gembira para pemenang bila melihat hadiah yang diaorang dapat. 



Tahniah kepada semua pemenang.

Memetik ucapan Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, 'Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel' adalah inisiatif yang diambil bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di dalam dan luar negara seterusnya memacu pendapatan negara dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi menerusi industri pelancongan.

"Peralihan ke fasa endemik memberikan harap an baharu terhadap sektor perniagaan lebih-lebih lagi industri pelancongan yang teruk terkesan sewaktu pandemik Covid-19 melanda dunia" ujar Ahmad Shakir.


Kempen 'Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel' mensasarkan ibu bapa, pasangan dan juga pelancongan berkumpulan sebagai kumpulan sasaran utama dengan tawaran lebih 100 pakej yang terdiri daripada beberapa pakej lawatan dan percutian dalam negara serta pakej pelancongan antarabangsa termasuk lah Pas Taman tema Sunway Lagoon, Genting Skyworld, Lost World Of Tambun, Bangi Wonderland dan Legoland Malaysia yang mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.

Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik Koperasi Kaki tangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) yang menawarkan servis pelancongan dan percutian. Sebagai salah satu agensi pelancongan yang ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu, KOPETRO Travel terus menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprenhensif untuk memudahkan percutian pelanggan.

Pelbagai Anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan. Antaranya ialah Anugerah "Annual Million Dollar Award" daripada Malaysian Airlines. KOPETRO Travel juga telah berjaya dilangik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu "The Advantage Global Network".

Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi dan ahli Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia (MATTA). 

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai KOPETRO Travel, layari 
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Menariknya sbb cabut sendiri hadiah, yg dapat grand prize tu mmg lucky habis! hehe

    ReplyDelete
  2. Best betul hadiah dr Kopetro.. BTW congrats buat semua pemenang 😍

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS