hai assalammualaikum

Sayap Bagimu Drama Bersiri Pertama Aeon Yang Ditayangkan Di Youtube Aeon Malaysia - Buat pertama kalinya, AEON melancarkan drama bersiri "Sayap Bagimu" sempena ulang tahun AEON yang ke-38. Nad tak lepaskan peluang untuk datang ke majlis tayangan drama bersiri ini di TGV, AEON Mall AU2, Kuala Lumpur. 

Tahniah AEON CO. (M) BHD. (AEON) terus melebarkan sayapnya untuk mendekatkan diri dan menggiatkan lagi penglibatan bersama pelanggan dengan melancarkan drama bersiri Sayap Bagimu. Hebat tak hebat kan, AEON dah ada drama bersiri. Korang kena tengok tau, sebab pelakon semua mantap-mantap.



Sayap Bagimu Drama Bersiri Pertama Aeon Yang Ditayangkan Di Youtube Aeon Malaysia


Majlis penuh gemilang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON dan juga beberapa barisan artis yang membintangi drama tersebut. Antaranya Alif Satar, Siti Nordiana, Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan Aznie Azmi.




Majlis tayangan gala ini juga diadakan bersempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-38 membawa tema “Sayap Bagimu”, iaitu satu interpretasi kesungguhan AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya.

Majlis di Mulakan dengan Nyanyian Alif Satar dan The Locos untuk lagu ost drama Sayap Bagimu ni. 

Menurut Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON,” Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan keutamaan pelanggan, kami sentiasa mahu menjadikan pasar raya kami bukan sahaja tempat untuk membeli belah, malah mampu menjadi organisasi yang sentiasa proaktif dan inovatif. Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu untuk kami namun AEON yakin pendekatan ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan,”

Drama ini juga adalah tanda penghargaan dan terima kasih AEON terhadap kesetian yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan, rakan niaga dan kesemua pemegang taruh yang telah menjadikan AEON sebagai jenama runcitan pilihan dan tempat membeli belah dan lokasi santai bersama keluarga.

“Kami di AEON amat bersyukur dengan setiap kejayaan yang dikecapi oleh syarikat yang disokong oleh kesetiaan pelanggan selama 38 tahun. Kejayaan syarikat yang juga didukung kuat Kerajaan membolehkan kami untuk terus memacu setiap usaha kami ke hadapan,” sambung beliau.

Selain itu, tajuk drama “Sayap Bagimu” ini juga diambil daripada inisiaitf AEON untuk kelestarian negara, di mana aspirasi Sayap Bagimu ialah untuk menyokong antara satu sama lain untuk mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan bersama. Drama Sayap Bagimu berkisar tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan nama syarikat. Ia mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengembangkan sayap potensi yang ada pada diri masing-masing untuk mengejar impian.

Drama yang mengambil masa selama 2 tahun, dijalankan semasa pandemik, kini dah ditayangkan. Syabas kepada semua yang menjayakan drama ini.

Nad sendiri dah tengok episod 1 drama bersiri "Sayap Bagimu" ni, gandingan mantap antara Alif Satar dan Siti Nordiana. Watak yang dimainkan Alif Satar pun berbeza daripada watak yang selalu dia bawak. Seorang yang pemalu, susah nak berhadapan dengan orang. Siapa Siti Nordiana dengan ALif? Hah korang kenala tengok ye drama ni. Paling menarik boleh tengokla drama ni tentang apa yang berlaku di AEON..hehee.

Drama ini akan mula ditayangkan di laman Youtube AEON Malaysia bermula 13 Oktober 2022. 

Cerita ni akan dikeluarkan seminggu sekali, jadi kenala bersabar setiap kali nak masuk episod baru..hehee.

Inisiatif Sayap Bagimu selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Antaranya ialah Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) iaitu memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur serta Pembangunan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik (SDG 8) yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi berterusan, inklusif dan mampan, guna tenaga penuh dan produktif serta kerja yang bersesuaian untuk semua. 

Turut menyertai program ini ialah rakan-rakan niaga AEON dan para penaja seperti AmBank Malaysia, TGV Cinemas, Focus Point, Gintell, OSIM, Poh Kong, Tomei Gold & Jewellery, PANDORA Jewellery, Hype Energy Drink, Mahnaz Food, Samsung Malaysia Electronic, Mamee-Double Decker, Shogun Japan, Yeo Hiap Seng, BB Diapers dan Uncle Zam Rice.

Jangan lupa tengok drama bersiri Sayap Bagimu di youtube https://www.youtube.com/c/AEONMalaysia84 . Episod pertama dah ada. Pergi tengok!!

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS