hai assalammualaikum

Träffas Work Pods, Ruang Kerja Di Aras 1 Link Bridge IPC Shopping Centre - Sekarang ni ramai yang kerja fleksibel, pekerja boleh bekerja sama ada di pejabat, di rumah atau bekerja di luar. Ada yang selesa apabila bekerja di rumah, di kafe atau di mana-mana sahaja. Ada juga yang tak selesa apabila bekerja di rumah dengan suasana rumah yang tak berkemas, anak-anak kacau, susah nak fokus buat kerja. Ada orang yang suka bekerja di kafe, sambil minum kopi. Tapi kalau diikutkan, persekitaran kurang menarik. Sesetengah orang perlukan suasana yang tenang, yang privasi apabila bekerja di luar pejabat. 

Bukan sahaja kepada pekerja, malah kepada pelajar yang ingin membuat assignment atau perbincangan berkumpulan, memerlukan tempat yang sesuai untuk mereka membuat kerja. Bila nak buat sesuatu kerja ni kalau boleh taknak sesiapa ganggu. Stress bila ada gangguan ni. Daripada nak buat kerja, nak selesaikan kerja dengan cepat, terus satu kerja pun tak jalan. Kadang, bila kita keluar, tiba-tiba kerja masuk, dah nak kena selesaikan segera. Jadi perlukan ruang kerja yang sesuai untuk membaut kerja.

Sekarang ni banyak ruang kerja di luar yang menarik korang boleh pergi dan sewa. Salah satu work pods yang korang boleh pergi ialah IPC Träffas Work Pods, Ruang Kerja yang terletak di Aras 1 Link Bridge IPC Shopping Centre.



Träffas Work Pods, Ruang Kerja Menarik Di  Aras 1 Link Bridge IPC Shopping Centre


Träffas Work Pods ruang kerja dilengkapi perabot boleh disewa mengikut jam atau hari terletak di Aras 1 Link Bridge IPC Shopping Centre. Hah, kalau korang nak ruang kerja peribadi yang tenang, tanpa gangguan, selesa, bersih, mempunyai Wifi, inilah tempat yang sesuai. 



Nad dah pergi tengok dah, terspesona dengan design dan warnanya yang sangat ceria. Ruang kerja menampilkan estetika reka bentuk Scandinavia yang anggun, kemas dan dihiasi dengan pokok hiasan. Sesuai dengan namanya ‘Träffas’ yang bermaksud tempat pertemuan atau tempat berkumpul dalam bahasa Sweden.

Träffas Work Pods dilengkapi dengan perabot IKEA mengikut kod warna tertentu bagi memberikan persekitaran kerja yang ceria bertenaga, Memang selesa dan tak sempit, duduk lama-lama pun masih tenang. Rasa macam berada dekat rumah sendiri atau “Home Away from Home”..gitu

Ada 5 jenis ruang kerja disediakan di sini mengikut kesesuaian, sama ada nak seorang, berdua atau berkumpulan dan setiap ruang kerja mempunyai nama-nama berbeza dalam bahasa Sweden iaitu Vatten, Blomma, Lov, Solig dan Vind sebagai penghormatan kepada asal usul Scandinavia mereka. 



Ruang kerja ni namanya Vatten Pod maksudnya Air. Ruang ini boleh memuatkan 2 orang. Sangat selesa untuk membuat kerja.



Ruang kerja ini pulak Blomma Pod, bermaksud bunga. Blomma boleh memuatkan seramai 6 orang. Nak kerja berkumpulan bolehla pilih ini.



Work Pod ni pulak namanya Lov maksudnya daun. Lov boleh memuatkan seramai 4 orang. Menarik kan.



Ruang kerja ni pulak Solig bermaksud cerah yang boleh memuatkan seramai 2 orang.

Kalau tengok betul-betul macam rumah kecil sahaja..hehhee. Siapa yang kat rumah tu takda ruang kerja sesuai, pelajar yang nak belajar atau buat assigment, dengan perabot Ikea, datang je ke sini..hehe, tapi kene booking dahulu.



Yang terakhir ialah Vind bermaksud angin. Boleh memuatkan seramai 6 orang.




Setiap bilik ada diletakkan ini sebagai panduan.

Dengan peralihan kepada model kerja hibrid yang semakin banyak diguna pakai sekarang ini, Träffas Work Pods menyasar untuk menarik minat para profesional muda dengan menawarkan suatu alternatif untuk mereka membahagikan masa bekerja dari rumah dan dari pejabat. 

Ianya juga sesuai dengan gaya kerja bandar masa kini di mana setiap individu itu mahukan sesuatu yang lebih fleksibel dan praktikal, termasuk alternatif kepada ruang pejabat yang disusun secara tradisional dan meja yang dikhususkan secara tetap. 

Selain itu, pandemik yang melanda juga telah memacu proses pendigitalan serta permintaan terhadap perkhidmatan tanpa sentuhan. 

Dengan mengambil kira perkara ini, semua urusan tempahan dan pembayaran, termasuklah untuk membuka kunci pintu pod tersebut semuanya dilakukan secara digital demi kemudahan pengguna.    

Pintu bukan guna kunci biasa tau, tapi menggunakan poscode, code tu korang akan dapat masa tempahan dekat SMS. Jadi hanya korang je tau nombor kunci tu, orang lain tak dapat buka.

Nak dapatkan work pods ni bukan boleh walk in atau main terjah je tau, kena booking dulu.

Cara Untuk Membuat Tempahan Atau Booking Träffas Work Pods 

Nak tempah atau booking Träffas Work Pods, mudah sahaja, semuanya dibuat melalui aplikasi mudah alih IPC atau Soulmates.my dari 10:00 pagi hingga 9:00 malam setiap hari. Tempahan boleh dibuat dalam masa 24 jam sebelum penggunaan. 



Lepas korang dah masuk dalam website Soulmates.my, akan keluar senarai Malls, Business, pilih la di IPC. Lepastu boleh tekan search.


Akan keluar 5 senarai ruang kerja yang disediakan. Korang boleh memilih daripada pelbagai jenis pod yang disediakan dengan kapasiti berbeza.

Pod A: Blooma (Bunga) – boleh memuatkan sehingga 6 orang 

Pod B: Vind (Angin) – boleh memuatkan sehingga 6 orang 

Pod C: Lov (Daun) – boleh memuatkan sehingga 4 orang

Pod D: Solig (Cerah) – boleh memuatkan sehingga 2 orang 

Pod E: Vatten (Air) – boleh memuatkan sehingga 2 orang  


Lepas dah pilih, akan keluar tarikh dan masa. Ikut je apa yang disuruh sehinggala membuat pembayaran. Sangat mudah dan senang kan. Semua dihujung jari.

Di sini juga disediakan wifi untuk anda membuat kerja.

Sempena pelancarannya pada bulan ini, kadar sewa bermula daripada RM20 setiap jam untuk Pod A dan Pod B, yang boleh memuatkan sehingga 6 orang dan RM10 setiap jam untuk Pod C, D dan E, yang masing-masing boleh memuatkan sehingga 4 dan 2 orang. 

Selain daripada bayaran tempahan mengikut jam, caj pembersihan RM10 turut dikenakan sekali sahaja bagi memastikan kebersihan dan sanitasi untuk pengguna seterusnya. 


Selain itu, terdapat juga syarat penggunaan minimum selama satu jam untuk semua tempahan.

Träffas Work Pods ni di pusat membeli-belah, dekat dengan restoran, bank, pasar raya dan lain-lain. Kalau nak nak beli makanan, tak perlu nak pergi jauh-jauh. Boleh jimat kos pengangkutan dekat situ. Lokasi yang strategik dan memudahkan kita untuk membuat urusan lain.

Konsep Träffas Work Pods IPC turut menjadi pelengkap kepada gaya kerja dan gaya hidup bandar masa kini yang serba dinamik. Tidak kira sama ada anda seorang usahawan muda, pelajar atau seorang ibu yang melakukan tugasan harian bersama-sama anaknya selepas waktu sekolah, ruang kerja atau pod ini menjadi suatu tempat yang sesuai untuk korang datang.



Selaras dengan komitmen pusat beli-belah ini dalam mengurangkan impak alam sekitar, pod ruang kerja bersama baharu ini telah dibina secara lestari dengan menggunakan kertas karton telur kitar semula bagi membantu menjadikannya kalis bunyi dan disaluti dengan lapisan cat rendah Sebatian Organik Meruap (VOC) yang bukan sahaja mengurangkan pencemaran utara tetapi turut mengurangkan toksin punca alahan.   


Cubalah rasai sendiri dan book ruang kerja pilihan korang, harga promosi bermula RM10 sehingga akhir Oktober ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila kunjungi https://www.soulmates.my/.
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. best lah, nnt dtg KL sementara tunggu event boleh lepak sini

    ReplyDelete
  2. Waaa cantik . Kalo yana bukan p wat keja nie . Pi o od ja lebih heee

    ReplyDelete
  3. best jugak kalau nak jumpa klien kat sini,tak bising kat kedai makan tuk meeting,kot sorang nak fokus buat keje pun best gak ni

    ReplyDelete
  4. Cantiknya tempat ni. Selesa betul nak buat kerja. Mesti idea pun mencurah2

    ReplyDelete
  5. Wah menarik nie Nad.. lain dari yang lain..

    ReplyDelete
  6. wahh menarik..lain dari yg lain.

    ReplyDelete
  7. MENARIK, sesuai bagi mereka yang nak deal dgn client utk apa2 projek / dan nak setlekan kerja-kerja yang urgent tanpa gangguan sesiapa. Menarik idea ni.

    ReplyDelete
  8. Cantik tempat dia. Nampak kemas dan selesa

    ReplyDelete
  9. These work pods are so convenient and comfy

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS