hai assalammualaikum

Penyampaian Hadiah Kempen "Beli & Menang" LengQuas - Tahniah kepada semua pemenang Kempen "Beli & Menang" LengQuas yang telah diadakan di Floral Terrace @ Hampshire  Place, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. 

Kempen Beli & Menang LengQuas telah berlangsung pada 15 Julai 2022 sehingga 30 Oktober 2022 yang lalu, menawarkan pelbagai hadiah lumayan jenama Xiomi bernilai lebih RM30,000. 



Penyampaian Hadiah Kempen "Beli & Menang" LengQuas


Kempen "Beli & Menang" merupakan kempen untuk ejen-ejen dan pengedar-pengedar LengQuas. Selalunya kempen untuk pembeli kan, tapi kali ni untuk ejen dan pengedar pulak. Bagus kan, bila ada kempen seperti ini, memberi semangat kepada ejen dan pengedar untuk mencapai target yang disasarkan. 


Bagi memenangi kempen ini, ejen dan pengedar perlu mempunyai kriteria yang perlu dipenuhi seperti membuat pembelian produk sekurang-kurangnya 10 karton bagi kategori ejen dan 100 karton bagi kategori pengedar.

Selain itu, ejen jualan yang mencapai sasaran jualan tertinggi juga bakal menerima ganjaran berupa hadiah utama bagi kempen ini.


Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPTERO berkata," Beli & Menang adalah sebuah kempen bagi menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan ejen-ejen dan pengedar-pengedar LengQuas dalam usaha mempertingkatkan jualan dan memeprluaskan pasaran LengQuas. Sehingga awal tahun ini, LengQuas telah pun mempunyai hampir 800 ejen jualan di seluruh negara yang terdiri daripada kafe-kafe, stesen-stesen minyak, kedai-kedai serbaneka dan pasaraya-pasaraya ternama.

"KOPETRO akan terus komited merancang projek-projek perniagaan berimpak tinggi untuk diceburi bagi memacu sektor ini ke arah berpendapatan tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan syarikat dan rakan-rakan niaga kami yang tidak putus-putus memberikan sokongan", ujar Ahamd Shakir.







Masing-masing gembira apabila menerima hadiah yang dimenangi. Ada hadiah TV 55, skuter elektrik, dan macam-macam lagi.


Pada hari itu,LengQuas turut memperkenalkan produk terbaharu, iaitu hidangan makanan pra-masak menu-menu popular LengQuas yang terdiri daripada Daging Masak Hitam, Daging Dendeng, Ayam Cili Padi dan Paru Goreng Berlada.

Selain produk makanan, minuman juga diperkenalkan iaitu jus nanas dan jus apple peach.


Beza produk baharu dengan produk sebelum ini, ia menggunakan teknologi terkini iaitu sistem terma dikontaminasi yang membolehkan produk disimpan pada suhu bilik.

Produk LengQuas merupakan makanan sejuk beku, bila nak makan je, cuma panaskan sahaja dah boleh makan.

Bagus produk LengQuas ni, boleh simpan buat stok dekat rumah, pejabat, pergi travel dan camping. Sesuai juga untuk mereka yang sibuk dan nak cepat.

LengQuas merupakan jenama di bawah KOPETRO Food Sdn. Bhd. anak syarikat milik KOPETRO, mula dipasarkan sejak tahun 2019 dan telah menempah nama sebagai sebuah jenama makanan sejuk beku yang menawarkan pelbagai juadah tempatan.

LengQuas ini adalah jenama pertama keluaran koperasi yang telah berjaya menerima anugerah The Brandlaureate e-Branding Awards 2020 bagi kategori makanan dan minuman produk sejuk beku.

Selain diiktiraf dengan sijil HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points) dan GMP (Good Manufacturing Practice) daripada Bahagian Keselamatan danKualiti Makanan (BKMM), Kementerian Kesihatan Malaysia,produk LengQuas turut mempunyai pensijilan Halal, MESTI dan Buatan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai LengQuas dan promosi-promosi terkini boleh hubungai 017-3195764 atau layari
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Syok la ejen & pengedar yg bertuah...dah penat buat sale, dapat hadiah menarik dan lumayan pulak! Terbaik la LengQuas!!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2