hai assalammualaikum

Rasai Kehangatan Piala Dunia FIFA 2022 Di AEON Goal Bonanza World Cup Dan Berpeluang Menemui Lagenda Bola Sepak Robbie Fowler  - Piala Dunia kembali!! Bagi peminat bola sepak, pertandingan Piala dunia FIFA Qatar 2022 pastinya satu petandingan yang sangat dinati-nantikan. Kejohanan bola sepak ini diadakan di Qatar pada 20 November sehingga 18 Disember 2022. Kehangatan demam Piala Dunia ini juga sudah mula terasa di AEON! 

AEON telah menganjurkan AEON Goal Bonanza bermula 15 sehingga 25 November sempena World Cup ini dan pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk pengunjung. Pengunjung berpeluang untuk memenangi barangan merchanise Piala Dunia yang eksklusif di AEON Goal Bonanza. Hah, jangan lepaskan peluang tau, terutama bagi peminat sukan bola sepak. 



Rasai Kehangatan Piala Dunia Di AEON Goal Bonanza World Cup Dan Berpeluang Menemui Lagenda Bola Sepak Robbie Fowler 

Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan Piala Dunia yang menarik di AEON Goal Bonanza. Terdapat banyak pilihan barangan pasukan kegemaran masing-masing. 




Korang boleh dapatkan baju dan produk lain yang ada di sini. Masa ni la nak meriahkan dan rasai kehangatan Piala Dunia dengan penuh ceria dan bergaya.

Ada yang lebih menarik! Korang dapat bertemu dengan pemain bola sepak Lagenda England iaitu Robbie Fowler, tapi hanya di 3 AEON terpilih sahaja iaitu di AEON Mall Ipoh Klebang, AEON Mall Tebrau City, Johor dan AEON Mall Shah Alam.


Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan bola sepak antara England dan Iran bersama Lagenda Bolasepak England, Robbie Fowler di AEON Mall Tebrau City, Johor pada 21hb Nov ini. 

Robbie Fowler juga akan hadir ke AEON MALL Ipoh Klebang pada 20hb Nov dan AEON MALL Shah Alam pada 22hb Nov untuk sesi ramah mesra bersama penyokong dan peminat.

Nak bagi senang, nad senaraikan details Meet & Greet bersama Lagenda Bola Sepak England, Robbie Fowler

1) AEON Mall Ipoh Klebang (20 November 2022)
- Meet & Greet di Centre Court 
- Waktu jam 3 petang
- Makan malam pada pukul 6 petang di Nando's

2) AEON Mall Tebrau City, Johor(21 November 2022)
- Meet & Greet di Centre Court 
- Waktu jam 3 petang
- Menyaksikan perlawanan bola sepak antara England dan Iran secara live bersama Robbie Fowler pada pukul 9 Malam

3) AEON Mall Shah Alam (22 November 2022)
- Meet & Greet di Centre Court 
- Waktu jam 8 malam


Hah apa lagi jom ke AEON Goal Bonanza, sama-sama memeriahkan dan tunjukkan sokongan kepada Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Anda juga berpeluang memenangi Pass VIP Robbie Fowler dengan pembelian RM580 (bukan ahli AEON) dan RM480 (AEON members/AmBank Credit Card).

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.facebook.com/aeonretail.my
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Bestnya kempen niii sbb ada peluang jumpa Robbie Fowler!!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2