hai assalammualaikum

Sambutan Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Fariza - Petama kali Fariza dapat sambut Hari Kanak-Kanak. Seronok dia bila cikgu buat Sambutan Hari Kanak-Kanak di Sekolah. Nad tengok sekolah lain kena pakai baju costum aa-apa sahaja. Tapi dekat sekolah Fariza, buat Karnival. Jadi ada macam-macm permainan, pameran dan lain-lain lagi dibuat masa karnival ini.

Hari Karnival kanak-Kanak bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia. Hari Karnival Kanak-Kanak Sekolah Pandan Jaya ni di buat pada Hari Sabtu. Jadi ibu bapa bolehlah datang sekali memeriahkan karnival ni. 



Sambutan Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Fariza


Hari Karnival Kanak-Kanak Sekolah Pandan Jaya bermula 8 pagi sehingga 2 petang. Nad datang dalam pukul 8.30 pagi..Pergi awal sebab nak bagi anak-anak puas bermain. Meriah sunggu ye dengan kehadiran anak-anak dan ibu bapa. Karnival ni bukan ntuk anak-anak sekolah Pandan Jaya sahaja, malah kanak-kanak luar pun boleh bermain. Macam Fariza, adik nya Farhanah pun boleh turut serta bermain apa yang ada di situ. Jadi, takdalah adiknya datang tengok je kan.

Pelbagai acara dan aktiviti menarik disusun oleh cikgu. Keriangan dan keseronokan jelas terpancar di wajah anak-anak sepanjang program dijalankan. Terdapat pengisian-pengisian program yang boleh mencungkil bakat kanak-kanak, meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal dan mental serta dapat menjaga dan meningkatkan hubungan  silaturrahim diantara kanak-kanak (murid), pihak sekolah dan para ibu bapa.

Terdapat banyak aktiviti program semasa Karnival Sambutan Hari Kanak-Kanak ini seperti:









1) Permainan
- Sand Art
- Soopa Dooba
- Fishing scooping
- Shooting target
- Memanah
- Giant bubble



2) Pakaian beragam
Pakaian Beragam pun apa kurangnya. Ia secara tidak lansung memperkenal kepada kanak-kanak tentang masa depan dan cita-cita. Kanak-kanak boleh didedahkan dengan dunia pekerjaan yang ada di Malaysia malah didunia. Ia secara tidak lansung daapt memberitahu peranan dan tanggungjawab setiap pekerjaan apabila mereka besar kelak.

3) Pameran
Masa ni ada pameran askar wataniah, dan bomba. Dapatla bergambar dengan abam askar, dapat tengok senjata yang digunakan. 















Teruja bila dapat naik kenderaan bomba dengan askar ni. Selalu tengok dari jauh je..hehehe. Bukan anak-anak je seronok, mak pak pun seronok dan tak bosan


4) Pemeriksaan kesihatan percuma.



5) Rumah Hantu
Mulanya anak-anak takanak masuk, tapi nad duk paksa, bagi diaorang berani. Padahla maknya takut juga..hahaha. Sudahnya masuk dengan bapanya la. Mak tunggu luar..hehehe. Keluar dari rumah hantu budak dua orang ni nangis..hehee. Biasalah pertama kali masuk. Okla dapat diaorang tengok suasana rumah hantu macm mana.

6) Gerai makanan dan minuman
Macam-macam gerai makanan dan minuman yang dijual. Mestilah kena sediakan duit ya..hehehe. Paham jela anak-anak kalau dah penat bermain mesti lapar.



Masa ni lori Milo pun datang. Dapatla air Milo percuma.. Rindu semua tu. 

7) Cabutan bertuah
Dalam pukul 1 semua berkumpul dekat dewan untuk cabutan bertuah pulak. Masing-masing berdebar bila nombor disebut. Nombor Fariza dan Farhanah hampir-hampir je. Fariza nak beruang besar tapi tak dapat, siap suruh doa lagi..tapi nak buat macam mana bukan rezeki nombor mereka

Walaupun tak dapat cabutan bertuah, tapi diaorang gembira, sebab dapat ikan yang ditangkap, dan puas bermain masa tu..

Macam ni la nak gembirakan anak, kalau sekolah ada buat aktiviti untuk anak-anak, nad akan bagi Fariza sertai walaupun prlu bayar. Rezeki mak pak datang dari anak-anak juga.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2