hai assalammualaikum

Ultra Heroes datang Ke Malaysia Di Paradigm Mall, Petaling Jaya : Peminat Ultraman, Bersedia Untuk Menyaksikan Aksi Mengujakan! - Kepada peminat Ultraman!! Hah korang kena pergi Paradigm Mall, Petaling Jaya di Level CC, Concourse Square sebab  dekat sana ada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes ( ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA ) bermula 10 November hingga 27 November 2022. Pastinya peminat Ultraman bukan sahaja di kalangan kanak-kanak, malah orang dewasa juga mengemari Ultra Heroes ni. Nad sendiri tak lepaskan peluang tengok depan mata acara ni, memang best ya, ada macam-macam aktiviti.

Kalau diikutkan, watak animasi Ultraman dah lama wujud dan nad sendiri menonton siri superhero ni masa kecik lagi dan sehingga sekarang cerita Ultra Heroes ni masih ada. Walaupun dah kawin dan ada dua orang anak perempuan, nad masih melayan cerita Ultraman ni disebabkan anak-anak pun gemar menonton cerita Ultraman, hahaha. 

Boleh nampak setiap kali keluar cerita Ultraman yang baru, pastinya Ultraman pun berbeza. Ada macam-macam jenis Ultraman ada sekarang, tapi Ulytraman yang nad ingat Ultraman Zero, Ultraman Tiga, Ultraman Gaia. Ultraman lain mungkin pernah tengok tapi lupa nama, hahaha.


Apa yang paling best bila tengok Ultraman ni, mestila masa scene nak bertukar. Hah masa tu dah tak sabar tengok, dari orang biasa bertukar jadi Ultraman nak berlawan dengan raksasa. Lepas tu lampu dekat badan Ultraman menyala menandakan ia lemah. Tapi Ultraman akan bangkit dan menghapuskan raksasa sampai raksasa mati. Masa tengok dekat TV rasa hebat betul Ultraman ni.


Ultra Heroes datang Ke Malaysia Di Paradigm Mall, Petaling Jaya : Peminat Ultraman, Bersedia Untuk Menyaksikan Aksi Mengujakan!


Sebab tu nad rasa teruja bila dapat tau Ultra Heroes datang ke Malaysia. Kalau korang nak tau Malaysia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) di Paradigm Mall. Tak sabar nak tengok apa yang menarik dan menyaksikan aksi yang mengujakan.

Acara ini dibawakan oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co Ltd di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. 

Patung Ultraman Decker Bersaiz Manusia

Bukan tu sahaja, bila korang sampai sini, dah nampak patung Ultraman besar saiz manusia. Pengunjung akan menjadi antara yang pertama menemui ULTRAMAN DECKER , terbitan terbaharu siri popular Ultraman yang sedang ditayangkan di Jepun.




Dah datang tu, jangan lepaskan peluang sekali dalam seumur hidup untuk ambil gambar bersama PATUNG ULTRAMAN DECKER bersaiz manusia ni. Setinggi 2 meter dan telah diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’, ia merupakan rangkaian figura utama jenama Tamashii Nations.

Ambil gambar banyak-banyak, yela bila lagi kan dapat tengok patung Ultraman besar ni.

Tengok Depan Mata Persembahan Langsung Ultraman Lawan Raksasa

Lagi best, korang boleh tengok depan mata, real punya PERSEMBAHAN LANGSUNG ULTRAMAN (ULTRAMAN LIVE SHOW) antara ULTRAMAN DECKER dan ULTRAMAN TRIGGER berlawan dengan raksasa SATANDELOS. Persembahan langsung ni bukan setiap hari tapi ada waktu dan masa dia. 


Butiran seperti di bawah

Ultraman Live Show berlangsung pada 
Sabtu (12, 19 dan 26 November ) 
Ahad ( 13,20 dan 27 November )
Waktu : 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam




Pengunjung boleh dapat mneyaksikan sendiri aksi pertempuran karakter-karakter ini dengan lebih dekat. Memang syok, selalu tengok depan TV ni, ni tengok betul-betul...hehee. Bila raksasa keluar rasa takut betul, sebab macam besar je, lepas tu Ultraman keluar, rasa selamat sikit..hahaa. 

Lagi seronok bawak anak-anak tengok live show ni, mesti diaorang teruja.


Latar belakang Ultraman Decker dan Ultraman Trigger

Decker adalah Gergasi Cahaya ( Giant of Light ) yang ditukarkan oleh progagonis , Kanata Asumi. Bentuk Asasnya ialah Flash Type. Dia boleh Type Change kepada Strong Type yang amat berkuasa dan berkuasa luar biasa menerusi Miracle Type.


Selepas menewaskan Raksasa Kegelapan ( Giant of Darkness ) yang telah memusnahkan dunia pada zaman Ultra Ancient sehingga ke hujung angkasa , Trigger telah berubah kepada batu di Marikh tetapi dihidupkan semula apabila Kengo bergabung dengan patung gergasi tersebut. Sejak itu , Kengo telah berubah kepada Trigger dengan elemen " Guts Sparklence" . Trigger mempunyai keupayaan untuk Type Change kepada bentuk lain seperti Power Type dan Sky Type. Beliau berlawan dengan pelbagai serangan pancaran cahaya serta senjata suci Circle Arms yang boleh merubah bentuk kepada pedang , penyepit dan anak payah. 

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian lengkap karakter-karakter Ultraman , boleh layari https://tsuburaya-prod.com/heroeslist



Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton video istimewa yang memparkan bintang dari Jepun, Hiroki Matsumoto, yang memainkan watak Kanata Asumi di ULTRAMAN DECKER dan Raiga Terasaka yang berlakon sebagai Kengo Manaka di ULTRAMAN TRIGGER.

Korang jug pasti terpegun dengan diorama menarik dengan babak-babak realistik daripada siri ULTRAMAN yang disediakan di acara tersebut.

Koleksi Figura Ultraman

Antara aktiviti yang ada ialah pameran pelbagai koleksi Figura Ultraman yang ada. Jelajah Figura ULTRAMAN (ULTRAMAN Figure Tour) pasti akan menambat imaginasi para peminat ULTRAMAN, kebanyakan yang membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun ini.








Macam-macam jenis figura Ultraman yang dipamerkan di sini. Ada Ultraman yang nad tau, ada juga yang tak tau. 

Jelajah Malaysia ini menjanjikan barisan figura koleksi ULTRAMAN yang baru, akan datang dan eksklusif daripada S.H.Figuarts dan Tamashii Nations Box oleh Tamashii Nations. 

Para Peminat boleh menambah koleksi figura mereka (atau bagi peminat-peminat baru untuk memulakan koleksi mereka) di sudut jualan istimewa ULTRAMAN dan mendapat hadiah terhad TAMASHII Nations bagi setiap pembelian.

Bagi yang suka kumpul koleksi Ultraman, masa ni la boleh dapatkan figura Ultraman yang korang minat.





Antara produk utama yang dijual ialah TAMASHII NATIONS BOX Ultraman ARTlized dengan harga RM40. Ia adalah satu siri baru yang memperingati generasi pertama karakter-karakter Ultraman SD dari tahun 1980-an dan 1990-an. Kotak ini merangkumi lapan figura dengan satu figura rahsia! 



Selain itu,  S.H Figuarts Ultraman ( THE RISE OF ULTRAMAN ) . Item ni eksklusif yang hanya boleh dapati di jelajah ini dan harganya RM240. Ultraman ini adalah berdasarkan komik The Rise OF Ultraman. Ia direka dengan bayang biru dan hitam di tempat tempat penting tubuhnya bagi memberikan penampilan tersendiri seperti yang dilihat dalam komik. 

S.H Figuarts ULTRAMAN RIBUT pula boleh dapat harga tawaran RM275 hanya di jelajah ini. Daripada  'Ultra Galaxy Fight : The Destined Crossroad' , Ultraman Ribut muncul dalam siri ' Ultra Galaxy Fight' serta ' Ultraman Trigger'.   

Satu lagi figura ialah S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER FLASH TYPE boleh didapati dengan harga RM198. Terbitan rasminya dijadualkan pada November 2022. Daripada 'Ultraman Decker', ketinggian figura ini adalah 150mm dan didatangkan bersama 4 bahagian gantian- pergelangan tangan kiri dan kanan , pemasa berwarna merah dan kad dimensi Ultra.





Terdapat juga figura Ultraman dan raksasa yang lain. 


Jelajah ULTRAMAN yang dimulakan di Thailand sebelum tiba di Malaysia ini dijangka menarik kehadiran 180,000 pengunjung dari segenap usia di Asia Tenggara. Sama ada dewasa, kanak-kanak, peminat mahupun pengumpul, Hans yakin setiap pengunjung pasti akan tertarik dan rambat mata melihat karakter-karakter ULTRAMAN. 


Bandai Namco Asia merasa sukacita untuk mempersembahkan produk terbaharu mereka iaitu S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER kepada ramai peminat di rantau ini yang telah mengikuti perkembangan ULTRAMAN sejak dahulu lagi. Mereka akan terus membangunkan dan mengembangkan produk ULTRAMAN untuk memastikan ianya dapat menarik minat peminat dan menambat imaginasi mereka. 


Nak datang Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) ini, anda jangan risau kerana masuk adalah PERCUMA. Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas dan buat kanak-kanak serta remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani oleh penjaga

Jelajah Asia Tenggara Ultra Heores ( ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA ) 
Tempat : Level CC, Concourse Square Paradigm Mall Petaling Jaya
Tarikh : 10 November - 27 November
Waktu - 10 pagi - 10 malam

Untuk maklumat terkini berkenaan Jelajah Asia Tenggara ULTRAMAN dan Figuarts ini, boleh layari:
SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2