hai assalammualaikum 

Pussy In Boots Akan Muncul Di AEON Mall Sempena Musim Perayaan Ini - Siapa tak kenal dengan wira kucing lagenda PUSS IN BOOTS, dalam filem Shrek,  watak kucing ni akan berubah dari manja kepada berani dan ia ada kuasa unik di mana ia akan menggunakan kecomelannya untuk mengalihkan perhatian watak jahat..hahaa. Memang comel ye bila dia buat mata bulat tu. Nad dapat tau, akan ada filem terbaru PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH di pawagam nanti. Mesti tak sabar nak tengok kan. 

Menariknya, PUSS IN BOOTS akan muncul di Majlis Ekslusif di  AEON MALL sempena musim cuti ini ! Tapi, hanya 11 cawangan AEON Mall sahaja yang terlibat. Bolehla cuti sekolah ni bawak anak-anak ke sana. 





Pussy In Boots Akan Muncul Di Majlis Eksklusif Di AEON Mall Sempena Musim Perayaan Ini

Wira berani dan licik kegemaran anda ini akan muncul di beberapa AEON Mall  bagi meraikan pelancaran filem animasi PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH di pawagam pada 22 Disember nanti. 

Beliau yang dikenali dengan pelbagai nama seperti The Stabby Tabby, El Macho Gato, the Leche Whisperer, PUSS IN BOOTS akan berada di Main Concourse di 11 cawangan AEON Mall.



Peminat Pussy In Boots, jangan lepaskan peluang, korang kena datang untuk bertemu dengan wira ini di sana. Bukan setakat itu sahaja, pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk keluarga dan kanak-kanak.




Jangan lupa mencuba pengalaman ajaib di Fallen Wishing Star Experiential Room. Banyak hiasan menarik  dan ‘insta-worthy’ bertemakan filem ini yang disediakan khas untuk semua yang datang. Pergh menarik, ambil gambar banyak-banyak dan muatnaik dalam media sosial..hehe.

Lagi menarik, ada banyak hadiah untuk dimenangi.

Hadirkan dengan penampilan Hero terbaik anda dan anda peluang memenangi sepasang Tiket untuk filem ini*!

Bagaimana nak menyertai ? Senang je
Langkah 1 : Like & Follow laman FB dan IG AEON MALL, GSC & TGV 
Langkah 2 : Ambil gambar kreatif anda di hiasan AEON MALL Puss in Boots 
Langkah 3 : Tag 3 orang rakan anda dengan #AEONMALLAHeroHoliday

Jangan ketinggalan! Seramai 100 pemenang akan dipilih di akhir kempen. 

Bukan itu saja. Anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM37,000* dengan menyertai ‘Count the Cat Contest”!

Cara untuk menyertai
Langkah 1 : Belanja minimum RM30* dalam satu resit
Langkah 2 : Kira dan anggarkan bilangan watak kucing yang ditampilkan
Langkah 3 : Serahkan jawapan dengan mengimbas Kod QR, muat naik resit dan isikan butiran anda.




Kanak-kanak boleh meneroka dan bermain di sudut Permainan bertemakan; The Last Wish Adventure Games dan Puss In Boots Zipline Adventure* - penyertaan percuma dengan perbelanjaan minimum RM60* (Bukan Ahli AEON) atau RM30* (Ahli AEON) dalam 2 gabungan resit pada hari yang sama.

Daftarkan anak anda untuk aktiviti tambahan yang menyeronokkan seperti sudut Mewarna Merry Pawsome atau ketengahkan bakat kreatif mereka dengan menyertai Peraduan Mewarna Puss In Boots.




Temui Puss In Boots secara langsung di semua 11 AEON MALL untuk Sesi “Meet and Greet” dan peluang bertemu dan bergambar dengan satu-satunya El Macho Gato di Malaysia. 

Jadual penampilan boleh didapati di cawangan pasar raya yang mengambil bahagian. Slot ini adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Jom ke AEON MALL bersama rakan dan keluarga anda untuk pengalaman PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH!

Cawangan AEON Mall Terpilih Untuk PUSS IN BOOTS

Cawangan AEON Mall:
1) Bukit Tinggi, Klang
2) AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur
3) Cheras Selatan, Kuala Lumpur
4) Metroprima, Kepong
5) Rawang, Selangor
6) Bukit Raja, Klang
7) Tebrau City, Johor Bahru
8) Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru
9) Kulaijaya, Kulai
10) Bukit Mertajam, Pulau Pinang
11) Ipoh Station 18, Ipoh

Puss In Boots: The Last Wish akan ditayangakan di pawagam sekuruh negara pada 22nd December 2022.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. event yang menarik untuk promosikan movie ni. tak sampai nak tengok

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2