hai assalammualaikum

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya - Bila handphone rosak atau tiba-tiba mati dan tak boleh hidup, hati tak keruan ye, boleh jadi masalah negara tau. Mana taknya, macam nad handphone ni la nad buat kerja semua. Ambil gambar, ambil video, semua guna handphone. Tapi biasalah, handphone pun ada jangka hayat dia,dah sampai masa, meragam la dia.

Kita ni bukan la kaya sangat nak beli telefon lain. Selagi boleh dibaiki, kita baiki. Macam telefon nad ni, dah lebih 5 tahun nad guna. Tak pasti apa punca handphone tak boleh hidup. Biasanya masalah handphone ni, masalah bateri, screen, itu jela nad tau. Tapi telefon nad ni tak pasti kenapa.


Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya


Memang masa tu dah resah gelisah dah kenapa telefon tak hidup. Terus nad cari kat google, dekat instagram kedai baiki handphone. Keluar nama MRFIX Putrajaya. Tengok macam ramai orang baiki dekat sini. Feedback pun kata bagus dan murah. Hah, apa lagi, terus nad ajak suami ke MRFIX Putrajaya. Kalau boleh nak telefon ni dibaiki cepat. Yela, nak guna untuk kerja. 

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Lokasi kedai baiki handphone MRFIX Putrajaya ni dekat kawasan Bazaar 8, Jalan Seluang P8/7,
Presint 8, atas kedai 99 Speedmart di tingkat 1. Nak senang korang buka google maps, taip MRFIX Putrajaya, nanti terus dia bawa ke tempatnya. Kedainya takda la besar mana, tapi masih selesa untuk kita tunggu telefon kita dibaiki. 

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Kalau korang nak tau, MRFIX Putrajaya ni boleh baiki semua jenis brand handphone yang rosak, tak kisahlah brand seperti Apple, Samsung, Lenovo, Sony, Huawei dan sebagainya. Selalunya pening kan bila telefon rosak, lagi-lagi Iphone brand Apple tu, mana nak cari tempat baiki sesuai. Sekarang dah tau, boleh je terus bawa gagdet Apple korang tu ke sini. 

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Ni antara kerosakan yang mereka boleh baiki antaranya
- LCD Replacement
- Bateri Replacement
- Charging Port
- Software
- Speaker
- Back and Front Camera
- Fingerprint
- Off/On button

Selain kerosakan di atas, kerosakan lain juga diaorang boleh tolong. Apa-apa pun korang bawa je dulu gadget korang ke kedia baiki handphone MRFIX Putrajaya ni, baru tau punca dan kerosakan tu boleh dibetulkan atau tidak.

Masa nad sampai sini, ada juga pelanggan lain yang tengah baiki telefon diaorang. Selesai satu pelanggan , baru giliran nad pula. Takda la nad tunggu lama pun, sekejap je. 

Staff dekat sini sangat peramah, lepas siap baiki telefon pelanggan lain, terus layan nad dan bagitau apa masalah nad datang ke kedai. Nad pun terus bagitau, telefon nad tak boleh hidup. 

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Lepas tu, dia terus cek telefon nad tu nak tengok apa punca telefon tu tak boleh hidup. Dekat sini, pemeriksaan adalah PERCUMA! Maksudnya dia akan periksa telefon nad tu dulu, dah tau punca baru diaorang maklumkan dekat nad apa kerosakan tu dan bayaran yang dikenakan. Takdala dia terus senyap, betulkan, tengok-tengok dah kene bayar. Bukan begitu ye. Diaorang akan bagitau kepada pelanggan, selepas buat pemeriksaan sama ada nak proceed atau tidak.

Suka nad tengok cara staff dekat sini terangkan tentang kerosakan telefon nad. Diaorang terangkan satu persatu dengan baik, bagitau apa yang rosak. Yela, kita ni manala tau bab-bab gadget ni. Tau beli dan guna je. 

Macam nad punca telefon tak boleh hidup disebabkan masalah bateri sahaja. Terus nad setuju untuk dibetulkan. Harga yang ditawarkan dekat MRFIX Putrajaya ni sangatla murah dan berpatutan.

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Servis baikpulih gadget dekat sini semuanya dibuat secara berhadapan dengan pelanggan (Face to Face). Korang boleh tengok sendiri diaorang baiki gadget korang yang rosak tu depan mata. Diaorang memang buat kerja dengan penuh hati-hati tanpa merosakkan gadget tu. Bagi diaorang kepercayaan pelanggan sangat diutamakan. Betul la tu, bila tengok sendiri diaorang baiki takda la rasa curiga kan.

Dekat sini paling cepat baiki gadget kita dalam masa 30 minit sahaja. Tu kalau kerosakan biasa seperti masalah bateri, wifi problem, signal putus-putus, butang rosak atau phone masuk air. 

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Tapi kalau kerosakan tu major atau teruk, ambil masa jugala nak dibaiki ataupun kena tinggalkan gadget korang tu dekat situ. Walaupun gadget korang ditinggalkan, nad pasti diaorang akan baiki secepat mungkin. Yela, diaorang mesti tau, gadget ni penting untuk kegunaan harian kita. Korang jangan risau, sebab nad tengok semua pelanggan yang datang ke MRFIX Putrajaya ni semua berpuas hati dengan servis dekat sini, maksudnya diaorang ni boleh dipercayai, sangat amanah dalam melakukan kerja walaupun barang korang ditinggalkan di sini. 

Staff dekat sini bukan staff biasa-biasa tapi semua staff dekat sini technician yang berkemahiran dan berpengalaman. Diaorang memang pakar bab-bab kerosakan ni. 

MRFIX Putrajaya Baiki Laptop dan Macbook

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

MRFIX Putrajaya bukan setakat baiki telefon sahaja, malah diaorang boleh juga baiki Laptop dan Macbook. Setiap gadget pasti ada kerosakan, jadi bila berlaku sesuatu korang jangan panik, bawa je ke MRFIX untuk tengok laptop atau Macbook korang yang rosak tu. Laptop ni pun perlu diservis, supaya tahan lama.

Alat Peranti Original Dan Berkualiti

Kalau bab gadget ni, kena cari yang trusted, yang boleh dipercayai macam MRFIX Putrajaya. Alat peranti yang digunakan dekat sini semua original dan berkualiti. Diaorang adalah Authorised Original OEM Parts Malaysia. Hah, takda rasa was-was nak hantar. Setakat ni nad tengok, takda lagi aduan dari pelanggan tentang gadget yang dah diaorang baiki. Semuanya dalam keadaan baik.

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Paling bagus, setiap baikpulih telefon, laptop atau Macbook dekat sini akan diberikan waranti. Jadi, takdala risau kalau berlaku kerosakan semula pada gadget korang tu. Misal kata gadget korang rosak dalam tempoh warranti, korang datang ke MRFIX Putrajaya dan diaorang akan ganti yang baru.

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Dekat sini pun ada dijual aksesori, tapi takdala banyak. Nad rasa dekat sini fokus lebih kepada baiki handphone, laptop dan Macbook. Kalau korang nampak pun hanya ada cable wayar dan tempered glass.

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Oh nad baru tau dekat sini ada servis backglass replacement handphone. Ini adalah alat yang digunakan untuk backglass replacement. Korang boleh tengok video di tiktok MRFIX Putrajaya macam mana diaorang baiki backglass replacement ni. Hebat tak hebat kan.

Pembayaran dekat sini boleh dibuat secara tunai kad kredit, kad debit dan juga e-Wallet seperti grab pay dan boost.

MRFIX Putrajaya ni milik bumiputera tau. Jadi kita supportla orang kita ok. Nad tengok pelanggan yang datang dekat sini tak putus-putus tau. Dari masa nad sampai sini sampaila nak balik, masih ada pelanggan. 

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Tengokla, banyak dah pelanggan yang dah berpuashati dengan servis baikpulih handphone, laptop dan Macbook di MRFIX Putrajaya ni.

Kedai Baiki Handphone, Laptop Dan Macbook Murah Di Putrajaya

Korang yang berada di Putrajaya atau yang berdekatan, ada kerosakan handphone, laptop atau Macbook, bolehla hantar gadget korang ke MRFIX Putrajaya untuk dibaiki.

𝗠𝗥𝗙𝗜𝗫 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 (𝗕𝗮𝘇𝗮𝗮𝗿 𝟴) - 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁𝗽𝗵𝗼𝗻𝗲 𝗥𝗲𝗽𝗮𝗶𝗿 𝗙𝗮𝗰𝗲𝟮𝗙𝗮𝗰𝗲
A-6A 1st Floor, Blok A,
Jalan Seluang P8/7,
Presint 8,62250 Putrajaya
𝐋𝐚𝐧𝐝𝐦𝐚𝐫𝐤 : 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐞𝐝𝐦𝐚𝐫𝐭 𝟗𝟗

Buka Setiap Hari : 10:00 pagi - 9:00 malam

Wassap kami - https://mrfixputrajaya.wasap.my/
Waze - https://waze.com/ul/hw2829vcgf

Untuk tau lebih lanjut lagi berkenaan MRFIX Putrajaya boleh layari
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2