hai assalammualaikum

Filem Sumpahan Syaitan Bakal Ditayangkan Pada 2 March 2023 dan Menangi Hadiah Moror Dengan Tonton Filem Ini - Baru-baru ni nad berpeluang menghadiri Malam Gala Tayangan Perdana filem terbaru Sumpahan Syaitan yang diadakan Dadi Cinema Pavillion Kuala Lumpur. Nad bertuah menjadi orang terawal menonton filem ini. Nama pun dah cerita seram, makanya banyakla hantu-hantu yang berkeliaran dekat cinema tu. Tayangan Perdana Dan Sidang Media ni turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon Sumpahan Syaitan serta media .

Difahamkan, filem ini telah membuat pengembaraan pada 2019, namun disebabkan pandemik, filem ini tidak dapat dikeluarkan. Tapi akhirnya, selepas beberapa tahun, filem ini akan mula ditayangkan menemui penonton pada bulan Mac nanti. Mesti korang nak tau filem ni seram ke atau tak? Best ke atau tak? 



Filem Sumpahan Syaitan Bakal Ditayangkan Pada 2 March 2023


Sumpahan Syaitan adalah sebuah filem arahan Roy Krishna, terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production. Filem ini merupakan filem seram komedi yang dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil dan ramai lagi termasuk kumpulan lawak Senario. 



Siapa yang taknak tengok bila ada Farid Kamil kan..heehhe. Yela, selalu tengok Farid Kamil berlakon dalam filem aksi, ganas, sweet, tapi kali ni Farid Kamil berlakon dalam filem seram. Hah, sebab tu kena tengok filem ni. Lagi satu menariknya, lokasi pengambaran dilakukan di sebuah hotel yang sangat cantik dekorasinya tapi suasana menyeramkan. 

Filem Sumpahan Syaitan bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia termasuk Brunei dan Singapura bermula 2.3.2023. 

Info Filem Sumpahan Syaitan

Tajuk Filem : Sumpahan Syaitan
Durasi : 120 minit ( 2 jam )
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Seram / Komedi
Pengarah : Roy Krishna
Pelakon : Dato’ Ac Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil, Nynaa Harizal, Saiful Apek, Azlee Senario, Pak Ya Sepahtu, Yassin Senario, Epy Kodiang, Syaiful Zero, Amai Kamaruddin, Arin Rajalawak, Adam Shahz, Azlan Komeng, Kenji Sawahii, Lala (Watak Kanak2 Anak Sam) dan Cracky Don.
Penerbit : D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production

Sipnosis Sumpahan Syaitan

Sumpahan Syaitan mengisahkan tentang Sam ( Farid Kamil) yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM yang dibuat oleh Ray (Adam Shahz). Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco ( Dato' Jalaludin Hassan). Malik ( Dato Ac Mizal) tidak bersetuju dengan cadangan itu, namun Sam tetap dengan pendiriannya untuk meminjam wang tu dan percaya bisnes yang dibuat akan memberi pulangan yang lumayan. 


Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM dan Ray telah menghilangkan diri,  Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam dan Keluarganya pergi ke Hotel lama yang baru dibelinya dari seorang pengurus ( Pak ya Sepahtu) untuk menyembunyikan diri dari dikesan Branco.


Sam dan Isterinya ( Nynaa Harizal ) dan anaknya, Angel (Lala), telah disambut baik oleh pekerja disitu. Namun malangnya nasib Sam sejak Hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.

Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya? Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?


Review Nad tentang filem Sumpahan Syaitan

Ni pendapat peribadi nad lepas menonton Sumpahan Syaitan. Jalan cerita filem ni memang tak mengarut, memang faham setiap cerita dari mula sampai habis filem ni. Berkenaan hotel yang disumpah bertahun lamanya. Rata-rata respon yang positif diberikan dan sambutan yang luar biasa. Gelak ketawa yang tidak henti-henti menjadikan suasana panggung tidak sunyi, lagi bila part ada Azlee Senario, Saiful Apek dan Yassin dan lain-lain. Nad paling lawak masa Yassin la..hehe. Selama hampir 2 jam tu ada situasi cemas, takut, lucu dan terkejut. Hantu dalam Sumpahan Syaitan pun bukan satu, tapi ada banyak, dan penampilan hantu memang menyeramkan. 

Ada juga la part yang kitaorang tertanya-tanya dalam filem ni, apa yang terjadi dekat mayat-mayat dekat hotel, mana hilang? Ada tu macam tak logik. Part last, waris hantu pulak datang, macam cerita tamil sudah..hehee. Mana taknya Roy sendiri muncul..hehee. Endingnya macam tergantung juga la lepas Roy datang.. Mungkin akan tau dekat Sumpahan Syaitan 2, hah!! Takpe, korang boleh tengok Sumpahan Syaitan ni dulu, dan fahamkan. Mesti korang nak tau apa jadi dekat Branco kan..hehee.



Dalam filem ni, watak Ac Mizal memang berbeza, selalu kita nampak dia seorang kelakar tapi untuk watak Malik dia seorang yang serius dan caring dengan kawannya. Begitu juga dengan watak Dato Jalaluddin Hassan, yang kejam. 

Membawakan mesej tentang bahayanya perniagaan MLM serta keburukan meminjam duit pada peminjam tidak berlesen atau Ah Long. Selain berhibur, penonton dapat pengajaran dari situ. 



Secara keseluruhan memang puas hati tengok filem Sumpahan Syaitan ni. Apa pun tahniah buat semua team dan krew yang menjayakan filem ini. Roy berkata, paling mencabar apabila sesi penggambaran dijalankan ketika fasa pandemik, jadi banyak limitasi dan garis panduan yang perlu dipatuhi; kemudian cabarannya adalah penggambaran ketika waktu malam jadi suasana seram memang terasa.


Lagu OST Sumpahan Syaitan

Lagu OST untuk Sumpahan Syaitan menampilkan bakat penyanyi baru iaitu Aniez Burke dan Amira Anuar. 
1) Akhirnya Pasti dinyanyikan oleh Aniez ft Ihsraq, Beejay dan Ash. 
2) Pergilah dinyanyikan oleh Amira Anuar dan rap dari Ishraq 


Nad suka dengan kedua-dua lagu ni, memang sedap didengar dan kena dengan filem ni. Tapi tak banyak dimainkan dalam filem tu.


Contest “Tonton dan Menang”

Korang tau tak, korang berpeluang memenangi  sebuah motor dengan hanyan menonton filem Sumpahan Syaitan. 
 
Sebanyak 5 buah motor untuk diberi kepada penonton bertuah!
 
Hanya dengan menonton filem “Sumpahan Syaitan” korang berpeluang untuk membawa pulang sebuah motorsikal.

Korang pergi beli tiket wayang Sumpahan Syaitan dan simpan tiket tu.

Kemudian, pergi ke www.sumpahansyaitan.com atau scan QR code yang tertera dan isi butiran yang dikehendaki, termasuk muatnaik gambar tiket.
 
Mudahkan?
 
Tunggu apa lagi, saksikan filem “Sumpahan Syaitan” di pawagam berhampiran anda bermula 2.3.2023!
 
Usah bimbang, hadiah ini tiada “Sumpahan Syaitan”
 
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera atau layari www.sumpahansyaitan.com


Filem Sumpahan Syaitan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Jom sokong filem kita.
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2