hai assalammualaikum

Drama Legenda Puteri Qaseh, Cerita Klasik Fiksyen Yang Menarik Ditonton - Hah, korang ada tengok tak cerita Legenda Puteri Qaseh dekat Astro Ceria. Selalunya yang buka Astro Ceria ni anak-anak la, yela dekat situ rancangan kanak-kanak. Tapi kalau ada cerita menarik, selain kartun, macam drama ni, nad pun layan. Macam Legenda Puteri Qaseh ni la, dah tengok episod 1, terus layan sampai dah nak habis drama ni..hehee. Kalau terlepas tengok, Nad selalu ulang tengok dekat Astro On Demand, jadi boleh layan semua episod tanpa ada iklan..hehee.

Kalau cakap dekat anak-anak, mestilah diaorang suka tengok cerita Legenda Puteri Qaseh ni sebab diaorang selalu berangan nak jadi puteri. Nad pulak, suka dengan cerita fantasi, magis, hikayat, kisah klasik fiksyen macam ni. Walaupun cerita tak logik tapi seronok ditonton dan ada pengajaran dalam cerita tu.



Drama Legenda Puteri Qaseh, Cerita Fantasi Yang Menarik Ditonton 

Puteri Qaseh dilakonkan oleh Qasrina, pelakon baharu dalam dunia seni. Nad kenal Qasrina ni masa dia berlakon Senduk Swap. Seorang yang sweet dan manis. Bila tau dia berlakon dalam Legenda Puteri Qaseh, tu yang terlayan..hehe. Suka tengok reaksi dia dalam lakonan, bila marah, suka, gelisah. Tetap comel je muka dia. Muka dia mirip Mira Filzah..hehee.

DRAMA LEGENDA PUTERI QASEH
Jumlah episod : 10
Mula siaran : 9 Januari 2022
Waktu Siaran : Isnin, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Astro Ceria / Astro GO
Pengarah : Umi Salwana
Produksi : Red Communications
Genre : Klasik fiksyen

PELAKON DRAMA LEGENDA PUTERI QASEH
Qasrina Karim: Puteri Qaseh
Bella Dowanna: Laila
Norman Hakim: Raja Sulong
Aziz M.Osman: Hidayat
Daniel Fong: Laksamana Andika
Chelsia Ng: Che Sri Chan Lee Za
Satthiya Kandi: Zaindaya
Chew Kin Wah: Tabib Chan Teck Tuck
Datin Lisa Surihani: Permaisuri Kalsom
Datuk Yusry Abdul Halim: Raja Budi

Sinopsis Legenda Puteri Qaseh 

Drama Legenda Puteri Qaseh ni kisah tentang seorang perempuan, rakyat biasa di KayaJaya yang suka membantu orang lain. Sangat lemah lembut, baik hati, dan manis. Qaseh mempunyai kawan baik Laila dan mereka menjual nasi lemak bersama. Suatu hari, Qaseh dan Laila masuk ke Istana dengan bantuan Tabib Chan untuk membantu ayahnya yang masuk penjara di Istana disebabkan mencuri. 

Dengan kuasa sakti Tabib Chan, Qaseh dan Laila bertukar pakaian ala-ala orang istana dan berjaya menyelinap masuk ke Majlis Hari Keputeraan Raja Sulong. Masa kelam kabut Qaseh nak ditangkap, dia cuba pukul Gong Diraja Ajaib diraja dan terus berbunyi. Gong Diraja Ajaib tu akan berbunyi jika mereka adalah kerabat Diraja Kayajaya. Hah, bermula dari situla, Qaseh baru tau dia merupakan seorang puteri dari kerajaan KayaJaya dan mengetahui asal usulnya. Kehidupan Qaseh berubah dan banyak cabaran yang dilalui oleh Qaseh.

Legenda Puteri Qaseh, dibintangi pelakon yang hebat seperti Norman Hakim, Aziz M Osman dan penampilan istimewa Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim. Lama tau tak nampak Lisa berlakon, sekali berlakon suami isteri. Sweet sangat.

Selain Qaseh, nad suka dengan Laila. Seorang kawan yang setia, sentiasa membantu Qaseh dalam apa jua sekalipun, walaupun dia pernah merajuk dengan Qaseh, tetap tolong Qaseh. Lakonan dia yang macam kecoh sikit, lawak pun ada..hehee. Lagi satu yang kelakar Zaindaya..hehee.


Lagi nad suka Che Sri Chan Leeza. Che Sri Chan Leeza ni tegas, dia ada kene mengena dengan Tabib Chan. Siapa dah tengok mesti tau kan, yang belum tengok silalah layan cerita Legenda Puteri Qaseh ni.

Dalam drama ni suka tengok lokasi dia. Lagi satu yang tak boleh terfikir perkataan SPM boleh jadi perkataan SPM boleh jadi "sijil peperiksaan puteri mahkota..hahaa, Bijak.

Semua jalan cerita memang best.



Pra-tonton Episod Akhir Legenda Puteri Qaseh

Bertuah Nad dengan anak-anak dapat jumpa depan-depan pelakon Legenda Puteri Qaseh, terutama sekali pelakon utama, siapa lagi kalau bukan Qasrina Karim. Sangat cantik dan comel ye. Selain tu, ada Zaindaya dan Che Sri Chan Leeza. 

Kitaorang dapat jemputan tengok pra-tonton episod akhir Legenda Puteri Qaseh yang akan ditayangkan di Astro Ceria hari Isnin ni nanti. Macam nad kata la, cerita memang tak logik, yela cerita hikayat, magis,..hehee, tapi tetap layan sampai last episod. Sebab nak tau apa yang berlaku seterusnya. Tak sangka ye plot twist cerita ni, memang tak dijangka..hahaa. Orang yang kita rasa baik, tapi rupanya jahat. Mampukah Puteri Qaseh mempertahankan Mahkotanya? Korang rasa? Hah tengok la nanti hari Isnin dekat Astro Ceria jam 9 malam. Boleh juga tengok dekat Astro Go atau Astro On Demand.


Banyak pengajaran boleh dapat dari drama Lagenda Puteri Qaseh ni. Bukan cerita semata. Boleh nampak kan dalam drama ni menerapkan elemen self-discovery serta girl empowerment dan paling penting tidak mudah mengalah. Sama macam lagu OST drama ni "Takkan Mengalah" nyanyian Nuha Bahrin ft Naufal Azrin. Suka dengar lagunya, lirik pun best.

Lagi satu jangan pernah henti bermimpi kerana mimpi itu boleh menjadi realiti. Banyak penceritaan yang positif kita boleh ambil dari drama Lagenda Puteri Qaseh ni.


Jangan lupa tengok Legenda Puteri Qaseh ok di Astro ceria atau di Astro On Demand. Tengok satu keluarga.
SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2