hai assalammualaikum

Koleksi Baju Raya Di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf - Awal ye suami kita beli baju raya dia. Semangat betul tahun 2023 ni nak raya. Belum puasa lagi dah beli baju raya. Okla tu, sebagai seorang isteri kita kena sokong.. Hahaha .Selalu, paling susah, orang lelaki la nak beli baju raya. Bila dia nak beli ni, kita lagi suka. Tahun ni, untuk baju raya, suami pilih Kurta dekat Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf. Dia cakap, baju Kurta dekat sini, best dan design lawa. Sebab tu dia nak cepat-cepat beli.

Banyak outlet Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf ni, ada dekat Shah Alam, Bangi, Bertam, Johor Bahru, Bukit Jambul dan ada juga di Pattani Thailand. Woww.

Nad pergi outlet yang terdekat iaitu di seksyen 9 Bangi. Bersebelahan dengan Bulan Grocer. Butiknya dekat Ground Floor. Korang ikut map je mesti jumpa punya.



Pelbagai Koleksi Baju Raya Di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf Sehingga Saiz 7XL (Plussize)

Butik Aisy Asyraf merupakan sebuah Butik Fesyen Lelaki kontemporari dengan rekaan moden & terkini mengikut peredaran masa. Mula beroperasi pada 4 Julai 2015. Jenama Aisy Asyraf adalah diilhamkan bersempena nama Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1) yang digabungkan dengan nama anak beliau iaitu Aisy Raihan. Sekarang Butik  Aisy Asyraf sudah ada 5 cawangan.

Bagi edisi Raya 2023, Aisy Asyraf bertemakan ‘back to basic’ dengan rekaan busana yang lebih simple dan bergaya. Untuk tahun 2023 ini,  Aisy Asyraf telah mengeluarkan design terbaru iaitu Kurta Izzi, Kurta Zayne, Kurta Nasz, dan banyak lagi. 

Kurta ni sememangnya menjadi pilihan lelaki, fabrik sangat selesa dan boleh dipakai dalam pelbagai jenis majlis, sama ada acara rasmi atau santai. Kurta boleh dipadankan dengan apa sahaja. Jika pakai kurta ini dengan seluar jeans dan kasut sneakers, boleh jadi pakaian kasual, kalau pakai dengan seluar slack dan kasut leather, jadi pakaian formal.


Masa kitaorang sampai, tak sangka ya ramai yang tengah membeli dekat Butik Aisy Asyraf ni walau belum raya. Tak sangka, sambutan seperti ni. Memang semua tengah mencari baju raya untuk suami, bapa, anak lelaki. Baju raya dekat sini semua memang khas untuk orang lelaki. Meriah betul tau! Dah rasa vibes nak raya tu..hehehe. Lagipun sekarang tengah ada promosi, tu yang beli awal. 

Walaupun ramai orang, tapi, nak membeli dan memilih tu masih dalam keadaan selesa. Takda terhimpit atau bersesak. Staff dekat sini semua masih melayan permintaan pelanggan. Semuanya dalam kawalan lagi. Butik sangat cantik. 


Betul la orang cakap, design baju dekat sini memang lawa, lain daripada yang lain ye. Material high quality cotton, kain lembut dan sejuk. Tu dari apa nad tengok dan rasa la, suami pulak macam mana? Hah, dia cuba pakai satu persatu baju raya yang ada dekat sini.

Biasalah, lelaki sama je macam perempuan, nak memilih mana yang cantik, yang selesa dan segak apabila dipakai. Jadinya mr mafia pakai la beberapa Kurta di Butik Aisy Asyraf ni.

Kurta Nahli 

Cantik kan Kurta ni. Pertama kali nampak Kurta bercorak batik macam ni. Kurta Nahli berharga RM129


Baju Kurta ni berlengan panjang dengan cuff, kolar Cekak Musang dengan perincian butang eksklusif Aisy Asyraf. Masa mr mafia keluar dari bilik persalinan, terus nad 'wow', nampak smart, macam YB ye. Pertama kali tengok dia pakai baju bercorak macam ni..hehehe. Saiz dia ambil saiz M, memang nampak ‘Semi-Slim Fit’ bila dia pakai. Takda fit sangat, dan suami cakap selesa je, kain sejuk. Kurta Nahli ada poket di bahagian kiri dada. 

Tersenyum simpul dia ye pakai Kurta Nahli ni. Suami sendiri tengok diri dia lain sangat bila pakai Kurta Nahli ni..hehehe.

Kurta Nasz

Kurta bercorak panjang dengan baju berlengan 3 suku. Lain daripada yang lain kan. Harga Kurta Nasz RM109. 


Kurta Nasz, leher Teluk Belanga dengan perincian butang kayu Aisy Asyraf. Logo Aisy Asyraf yang disulam pada bahagian kiri baju. Suami pakai terletak elok je. Baju Kurta ni pun Saiz M. Kurta ni ada 2 poket kiri dan kanan.

Kurta Riz

Kurta Riza, kurta berkolar dengan perincian serta butang katup yang eksklusif. Harga untuk Kurta Riz RM 119.


Mr mafia pakai terus nampak hensem ye. Dua butang di bahagian pergelangan tangan dan logo Aisy Asyraf yang disulam pada bahagian kiri baju. Kurta ni pun ada poket tepi.

Kurta Izzi

Kurta ni berlengan panjang dan berbeza sebab butang tersembunyi di bahagian garis leher dada. Harga Kurta Izzi RM 99.



Mempunyai poket kiri dan kanan. Leher Cekak Musang dengan butang katup di bahagian hadapan.




Selain baju Kurta, dekat sini pun ada Jubah, Baju Melayu, dan Baju Melayu Kanak- Kanak Lelaki. Saiz untuk baju raya kanak-kanak dari 2 sehingga 12. Design memang lawa bila dipakai. Mana yang ada anak lelaki tu, bolehla beli baju raya dekat sini, sedondon dengan si ayah. Maaf mr mafia, awak takda geng lagi..hehehe. Harga baju kanak-kanak serendah RM50.

Jubah Adni 

Ya Habibi, Ya Maulana..hehehe.Sopan sungguh Mr mafia pakai Jubah Adni. Tak pernah tau dia pakai jubah, tapi dia cakap Jubah Adni ni best, lawa. Jubah Adni berkolar Cekak Musang dengan satu butang katup Eksklusif Aisy Asyraf. Ada dua poket tepi. Mr mafia pakai Jubah Adni tak nampak besar pun, terletak elok je dekat badan. nampak masih kurus ye..hahaa. Harga Jubah Adni RM 99.


Jubah dekat sini, design lain-lain. Mr mafia pakai, jubah simple. Ada yang jubah bercorak macam dalam gambar. 


Oh dekat Butik Aisy Asyraf Bangi ni ada jubah untuk perempuan. Jubah Nur namanya. Jubah Nur leher Teluk Belanga, baju mesra penyusuan, ada poket tepi, corak menegak di hadapan. Baju ni mesra wuduk dan material kain yang sejuk dan selesa. Satu-satunya baju untuk perempuan yang ada di Butik Aisy Aysraf. Mana tau, tahun ni nak pakai Jubah, boleh sedondon dengan suami pakai jubah..hehee.

Baju Melayu Luxamana

Baju Melayu mr mafia pakai ni Baju Melayu Luxamana. Baju ni design lama. Yang terbaru belum sampai lagi dekat butik Bangi ni. Bila mr mafia pakai, auto nampak smart, nampak muda, nampak kurus..eh..hahaha. Harga Baju Melayu Luxamana RM 109.


Selain Baju Melayu Luxamana, ada juga Baju Melayu Adika dan Baju Melayu Tilka. Beza kedua-dua ni ialah satu cekak musang, satu lagi teluk belanga. Baju Melayu Aisy Asyraf jenis material cotton yang mudah dibasuh dan ironless.

Semua baju Kurta, Baju Melayu dan Jubah yang mr mafia pakai, semua nampak lawa, design menarik. Paling penting dia cakap, kain sangat selesa dan sejuk. Saiz baju raya dekat sini bermula dari saiz S sehingga 3XL


Baju Plussize di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf

Jangan risau bagi yang berbadan besar, sebab dekat sini ada Kurta Plussize juga. Kalau korang nampak, Angah Raja Lawak pakai Kurta, hah dia adalah Duta untuk Plus size Kurta Aisy Aisyraf. Saiz bermula dari 4 XL sehingga 7XL.


Apa yang nad tengok, koleksi Kurta, Baju Melayu dan Jubah dekat sini semuanya nampak lebih moden, kontemporari dan masih patuh syariah. Baju tak ketat, tapi bila pakai nampak segak dan hensem dan mudah untuk bergerak. Baju mudah gosok dan mudah dibasuh. Material kain premium sangat selesa dan sejuk.

Jahitan setiap baju sangat kemas, teliti dan teratur. Ada banyak pilihan warna dan saiz.

Pakai baju raya Aisy Asyraf, terus nampak macam Duta dah..hehee. Duta untuk baju raya Aisy Asyraf Fikry Ibrahim, Dato Awie dan Angah Raja Lawak. 


Pening juga mr mafia nak pilih baju yang mana. Last-last beli 3 helai terus Kurta, hahaha. Raya sakan la tahun ni. 




Selain baju raya, ada juga songkok, kain pelikat, kain sampin dan perfume dekat sini.

Elok sangat la para jejaka nak membeli baju raya Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf ni sekarang, sebab ada promosi raya tau!. Contoh baju Kurta Jauhari  RM 69 (harga asal RM109), Kurta Syirazi RM 79 (harga asal RM129), Kurta Jauhari Kids RM50 ( Harga asal RM 99) dan banyak lagi. Korang boleh tengok dekat butik.



Datang butik puas hati sikit, boleh tengok depan mata, pegang, cuba, tanya apa-apa soalan dekat staff. 

Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf cawangan Bangi
📍3-41-01, Ground Floor, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
🚘 Waze: Aisy Asyraf Bangi Sentral
🛣 Landmark: Sebaris Kedai Sukan Al-Ikhsan

Waktu : 10 pagi - 8 malam ( Isnin-Ahad)
Contact : 012 - 5488210 / 019-4148210

Landmark: Bersebelahan dengan Bulan Grocer.

Kalau takda masa nak pergi butik, boleh je beli secara online:

@aisyasyraf_hq 
#LejenRaya
#LejenRayaAA
#LejenkanRayamuBersamaAisyAsyraf
#bajuRayaAA
#aisyasyrafraya2023
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Wahhh.... Menarik la koleksi pakaian di Butik Aisy Asyraf ni... Boleh juga lah try singgah nanti

    ReplyDelete
  2. so berapa banyak udahnya cik abanag beli tu ...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2