Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri
 hai assalammualaikum

Kemeriahan Hari Raya 2023 - Dah masuk hari ke 5 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk menyambut Hari Raya. Hari Raya kalini disambut dengan meriahnya tanpa ada sebarang SOP dan diberi kebebasan. Ramai pulang ke kampung dan kembali dengan suasana seperti sedia kala, berkumpul dengan keluarga dan ziarah rumah saudara mara.

Untuk tahun ni, nad beraya pagi di kampung Meru Klang, petang sampai malam pulak di KL. Ya, tahun ni kitaorang buat macam ni, sebab petang tu kat kampung memang takda buat apa. Malam baru sambung tapi dah raya kat KL tak dapat la join raya kat kampung waktu malam.
hai assalammualaikum

Banyak Pilihan Baju Raya Di Butik Chenta Lunar Shah Alam Yang Cantik Dan Trendy - Selagi belum raya, selagi tu kita jalan-jalan cari baju raya.. Hehehe. Kali ni, nad cari baju raya di Butik Chenta Lunar di Seksyen 7, Shah Alam. 

Faham-faham jela, Seksyen 7 Shah Alam ni banyak butik baju raya. Memang syurga untuk semua orang cari baju raya dekat sini. Nad pilih Butik Chenta Lunar sebab dekat sini banyak pilihan baju raya yang ada. Lokasi butik betul-betul di hadapan Jakel dan bersebelahan dengan PKNS Biz Point.
 hai assalammualaikum

Raya Dengan Koleksi Baju Raya Shara Othman - Ramai dah mula sibuk shopping baju raya. Siapkan awal senang, takda kelam kabut. Macam en suami, dah selesai baju raya dia, hah ni tinggal mommy dan anak-anak pulak cari baju raya. Mak dengan anak-anak mestila nak sedondon. Mommy pergi ke Shara Othman di i-City Central untuk tengok koleksi baju raya dekat situ.

Butik Shara Othman ni terletak di level 2 dalam shopping mall i-City Central. Sampai je dekat butik, nad tengok banyak koleksi baju raya yang ada dekat sini, dari klasik sampaila ke moden. Pelbagai jenis design baju ada, baju kurung, baju kebarung, dress, kaftan dan lain-lain. Paling best ada baju sedondon mak dengan anak.
 hai assalammualaikum

Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya Di MyMall - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen Mari Beli Lokal. Buat julung kali KUSKOP memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya yang dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall.

Hampir 1000 usahawan menyertai Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya pada kali ini yang menawarkan 803 produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya. 
hai assalammualaikum

Koleksi Baju Raya Di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf - Awal ye suami kita beli baju raya dia. Semangat betul tahun 2023 ni nak raya. Belum puasa lagi dah beli baju raya. Okla tu, sebagai seorang isteri kita kena sokong.. Hahaha .Selalu, paling susah, orang lelaki la nak beli baju raya. Bila dia nak beli ni, kita lagi suka. Tahun ni, untuk baju raya, suami pilih Kurta dekat Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf. Dia cakap, baju Kurta dekat sini, best dan design lawa. Sebab tu dia nak cepat-cepat beli.

Banyak outlet Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf ni, ada dekat Shah Alam, Bangi, Bertam, Johor Bahru, Bukit Jambul dan ada juga di Pattani Thailand. Woww.

Nad pergi outlet yang terdekat iaitu di seksyen 9 Bangi. Bersebelahan dengan Bulan Grocer. Butiknya dekat Ground Floor. Korang ikut map je mesti jumpa punya.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS