Musim Barbie : Jom Bergambar di 'Barbie Land' Di KL & PJ Sempena Movie Barbie - Kalau korang nampak, dekat Instagram, Facebook dan Tiktok, sana sini warna pink. Ini kerana Movie Barbie yang dibintangi Margot Robbie dan Ryan Gosling telah ditayangkan di pawagam pada 20 July 2023. Ia membuatkan seluruh dunia tergila-gilakan warna pink atau merah jambu tu. Orang perempuan la paling suka, pink dekat denagn perempuan..hehee.

Siapa tak suka cerita Barbie uii. Cerita karton Barbie nad memnag layan semua. Ingat dulu ada ditayangkan dekat TV, setiap pagi. Mesti tengok, tak boleh terlepas. Rugi kalau terlepas. Sekarang nak ada cerita Barbie Kartun ni susah. Bukan setakat cerita, tapi patung Barbie pun orang ramai minat. Tapi yang ditayangkan di wayang bukanla kartun, tapi cerita Barbie manusia. Nad belum tengok lagi, tapi rasa nak tengok.


Barbie The Movie

Musim Barbie : Jom Bergambar di "Barbie Land" di KL & PJ


Bukan setakat teruja untuk melihat anak patung Barbie ini ‘direalitikan’, tetapi korang akan teruja untuk melihat sendiri ‘Barbie Land’. Semua yang ada di movie di dalam ‘Barbie Land’ termasuklah rumah, perhiasan, kereta dan pakaian berwarna merah jambu boleh dilihat di depan mata sendiri! penangan Barbie punya pasal, nak bagi semua orang gembira, rasa seperti Barbie.

Bukan setakat 'Barbie Land", semua orang mula menjual baju, seluar, beg dan macam-macam denagn warna pink atau warna berkonsepkan Barbie. Smeua orang ambil peluang ye bila tengah hangat ni. dengan nad sendiri terjebak membeli baju Barbie ni..hahahha. Murah je beli dekat Tiktok..kihkih.

‘Barbie Land’ Warna Merah Jambu Mendarat Di Tiga Pusat Membeli-belah


Ada tiga tempat yang nak tau port bergambar 'Barbie Land' ni dan dua tempat sahaja yang nad pergi.

Lokasi-lokasi tersebut adalah:
1) Pavilion KL – Sekarang hingga 31 Julai
2) Sunway Pyramid – Sekarang hingga 31 Julai
3) LalaPort – 18 Julai hingga 31 Julai

'Barbie Land' Pavillion Kuala Lumpur


Barbie The Movie

Barbie The Movie

Barbie The Movie

'Barbie Land' Sunway Pyramid


Barbie The Movie

Barbie The Movie

Barbie The Movie

Walaupun bukan keseluruhan rumah anak patung Barbie dipamerkan, tetapi banyak perhiasan lain yang menarik seperti kereta, kotak pembungkusan patung Barbie berskala besar dan lain-lain.

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lupa untuk mengembara ke ‘Barbie Land’ dan bergambar sepuas-puasnya. Ada sampai hujung bulan Julai sahaja ya!

Sinopsis Barbie Movie


BARBIE THE MOVIE menjadi film live-action pertama yang akan menampilkan karakter Barbie dan Ken di dunia Barbie yang nyata. BARBIE THE MOVIE dibintangi oleh Margot Robbie dan Ryan Gosling sebagai pelakon utama.

Barbie The Movie

Pelakon yang membintangi BARBIE THE MOVIE
- Margot Robbie sebagai Barbie
- Ryan Gosling sebagai Ken
- Simu Liu sebagai Ken
- Ncuti Gatwa sebagai Ken
- Kate McKinnon sebagai Weird Barbie
- Issa Rae sebagai President Barbie
- Hari Nef sebagai Doctor Barbie
- Alexandra Shipp sebagai Writer Barbie
- Emma Mackey sebagai Physicist Barbie
- Sharon Rooney sebagai Lawyer Barbie
- Dua Lipa sebagai Mermaid Barbie
- Nicola Coughlan sebagai Diplomat Barbie
- Ana Cruz Kayne sebagai Judge Barbie

Filem Barbie membawa kita ke sebuah negara bergelar Barbie Land yang sangat indah. Segalanya pink! Semua Barbie mempunyai nama yang sama iaitu Barbie (Hi Barbie). Barbie adalah satu negara dimana semua wanita-wanita di dalamnya hidup dengan gembira.


Barbie dan Ken mempunyai masa hidup mereka di dunia Barbie Land yang berwarna-warni dan kelihatan sempurna. Barbie, seperti patungnya jalan menjengket, tidak mandi, tidak makan dan masing-masing hidup secara rutin dengan bahagia. Namun ada satu fakta yang anda perlu tahu. Semua yang ada di Barbieland adalah plastik.

Keesokan paginya, kakinya yang selama ini jalan menjengket tiba-tiba memijak tanah. Bukan itu sahaja, tiba-tiba di badan Barbie ada selulit. Sesuatu yang sangat tidak normal. Kerana ketiga-tiga perkara ini, Barbie dianggap ‘rosak’ seperti sekumpulan para Barbie lain yang dipanggil ‘Barbie Pelik’. Untuk menyembuhkan ‘penyakit’ itu, Barbie harus ke dunia nyata. 

Walau bagaimanapun, apabila mereka mendapat peluang untuk pergi ke dunia nyata, mereka tidak lama lagi menemui kegembiraan dan bahaya hidup di kalangan manusia.

Apa jadi dekat mereka, korang saksikan sendiri di pawagam ye...hehee.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. 🎀 I felt like I was right there with you, surrounded by all the pink and vibrant Barbie-inspired attractions. 💖 It’s incredible how the Barbie movie has sparked such excitement and creativity, with everyone embracing the pink theme in their fashion and accessories. I can totally understand why you couldn’t resist buying some Barbie clothes yourself! 😄

    The locations you mentioned, Pavilion KL, Sunway Pyramid, and LalaPort, sound like the perfect places to capture some Instagram-worthy pictures in Barbie Land. 📷 I can only imagine how breathtaking the displays must be, from the iconic Barbie house to the stunning jewelry, cars, and pink clothing. It’s like stepping into a real-life Barbie dream!

    ReplyDelete
  2. The synopsis of the Barbie movie has me intrigued. It’s fascinating to think about Barbie and Ken entering the real world and experiencing both joy and challenges among humans. I’m definitely looking forward to watching it myself and seeing what adventures await them! 🎥

    ReplyDelete
  3. Macam nak pi tengok pulak cte nih dengan Hannah. Huhuhuh

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2