Cara Hapuskan Pepijat Dan Merawat Gigitan Pepijat - Tersiksa ya bila kena pepijat ni. Sekali dia gigit, habis gatal semua badan, lepas tu badan kaki jadi bekas hitam. Paling benci dengan serangga pepijat ni. Selalu pepijat ni kebanyakan dekat celah tilam tu atau toto. Serangga pepijat ni kecik je, tapi kalau dah gigit darah, terus jadi gemuk. Bila geram, kau pukul je dengan tangan, habis keluar darah dekat badan dia. Nad pernah kena dekat rumah dan rumah sewa. Nak tidur pun tak selesa.

Kita ni tak sedar pun ada pepijat sampaila bila bangun pagi korang tengok seluruh badan korang gatal, awas ya, ini petanda bilik tidur korang diserang pepijat. Kalau korang kene gigit dengan pepijat, habis berbintik badan. Kesan gigitan pepijat ni dahla lambat baik. Memang akan tinggalkan kesan hitam pada kaki atau tempat yang terkena gigitan pepijat.


Cara Hapuskan Pepijat Dan Merawat Gigitan Pepijat


Sampai sekarang duk fikir, manala pepijat ni datang. Tengok-tengok dah ada dekat tilam. Bukan seekora tapi banyak gila, tak tarkira ya. Siap ada telurnya tu. Lagi masalah, kalau korang tak bersihkan betul-betul, pepijat ni boleh ikut korang ke mana sahaja tanpa sedar. Daripada bilik atau rumah takda pepijat, terus ada. Sebab tu kena bersihkan betul-betul.

Apa itu Pepijat?

Pijat adalah sejenis serangga parasit yang sukar disedari dari keluarga Cimicidae. Mereka hidup dengan makan darah manusia dan haiwan berdarah panas yang lain.

Pijat atau pijat-pijat ialah serangga parasit kecil. Jenis paling biasa adalah Cimex lectularius. Istilah ini biasanya merujuk kepada spesies yang cenderung menghisap darah manusia. Kesemua serangga dalam keluarga ini hidup menghisap darah sepenuhnya dari haiwan berdarah panas.

Rupa Pepijat


Bentuk pepijat ni kecil, hitam atau perang pucat sehingga perang kemerah-merahan, leper, berbentuk bulat dan tidak memiliki sayap belakang serta berbau busuk.

Cara hapuskan pepijat


Pepijat memiliki badan bersegmen dengan bulu badan halus yang memberikan gambaran belang. Pijat dewasa membesar sehingga sepanjang 4–5 mm dan 1.5–3 mm lebar. Nymp yang baru lahir adalah lut cahaya, warna lebih cerah dan menjadi semakin perang ketika mereka bersalin kulit dan mencapai kematangan seksual. 

Pijat mungkin disalah anggap sebagai serangga lain seperti ulat buku ("booklice") dan "carpet beetles", sama juga sebaliknya.

Pepijat adalah serangga yang membiak dengan cepat. Pepijat memiliki jangka hayat yang pendek. Walaupun pepijat memiliki usia yang singkat ia juga dapat menghasil kan pembiakan yang sangat banyak. Pembiakannya serangga ini akan menyerang dan merebak ke seluruh tempat dengan sangat cepat.

CARA HAPUSKAN PEPIJAT


Di mana pepijat selalu berada?


Pepijat adalah serangga yang sangat kecil dan selalunya bersembunyi di celah-celah sudut lipatan tilam, katil dan perabot. 

Bagasi atau beg-beg pakaian yang dibawa pulang dari hotel juga adalah punca bilik tidur anda dijangkiti pijat. Lebih malang lagi perabot terpakai yang dibawa ke dalam rumah anda adalah sebab mengapa pijat ditemui di bilik tidur anda.

Pepijat yang merebak ke satu lokasi kepada lokasi lain menyebabkan ianya agak sukar dikawal dan akhirnya bilik-bilik lain juga turut dijangkiti.

Akhir sekali seluruh rumah anda akan dijangkiti pijat tanpa disedari oleh sesiapa sehinggalah kesemua penghuni rumah di gigit pada setiap malam.

Masalah yang dihadapi bila terkena pepijat:

- Gigitan yang mengakibatkan kegatalan ( tersangat gatal )
- Badan akan menjadi bintik merah dan kehitaman.
- Kesan gigitan lambat nak hilang
- Tidak tidur lena disebabkan pepijat merayap ke kaki dan tangan pada waktu malam
- Menganggu emosi semua orang dalam rumah

Cara untuk menghapuskan pepijat 


1) Kenalpasti Punca Pepijat

- Cari tahu punca pepijat tersebut muncul. Mungkin punca ini adalah kelembapan berlebihan, kebersihan yang tidak terjaga, atau punca lain.

Semasa proses tersebut anda perlu melihat sekiranya terdapat:
- Kotoran berwarna coklat yang kecil pada cadar atau tilam, iaitu pepijat mati
- Bintik-bintik hitam seperti percikan dakwat yang menunjukkan kesan najis pepijat
- Telur atau kulit telur yang berwarna kuning pucat
- Pepijat yang masih hidup

2) Membersihkan Kawasan Terjejas

- Bersihkan kawasan yang terjejas akibat pepijat. Ada banyak cara dan petua orang bagi untuk hapuskan pepijat. 

a) Gunakan spray serai wangi
- Dekat pasaraya banyak spray serai yang dijual. Pepijat ni tak suka dengan bau serai wangi. Semburkan serai wangi di setiap sudut tilam dan semua keseluruhan bilik. Atau petik serai segar dekat rumah, ketuk bagi wangi.

b) Letak daun pandan
- Daun pandan ni pun berbau wangi. Letak je di seluruh bilik atau di mana pepijat ada. 

c) Vakum
Sekadar menyapu dengan penyapu atau bulu ayam pada kawasan dipercayai terjejas adalah sama sekali tidak mencukupi.Oleh itu, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah vakumkan seluruh kawasan kediaman anda itu dengan bersih dan teliti. Guan Vacum Dust Mite yang orang selalu share tu.

Antara kawasan yang perlu diberi perhatian paling penting adalah di sekitar tilam yakni cadar, selimut, bantal dan lain-lain. Pastikan juga anda vakum di setiap celah perabot yang wujud di kawasan tempat tidur anda itu ya!

d) Tabur Gel Silika
Taburkan gel silika ni seperti tabur garam. Tabur di kawasan celah tilam, dinding, di celah-celah katil semua.

e) Gunakan Cuka buatan
Cuka bersifat asidik, maka ia mampu dijadikan sebagai ‘racun serangga pepijat’ artifisial yang boleh dibuat sendiri.

Caranya, masukkan sahaja cuka ke dalam bekas penyembur dan campurkan dengan air sebelum disembur di seluruh kawasan yang terlibat.

f) Gunakan Baking Soda Dan Dettol
- Campurkan air, baking soda sedikit dan satu penutup detol dalam satu mangkuk, kemudian kacau. Lepastu masukkan dalam bekas spray dan spray di tempat pepijat.

g) Gunakan semburan serangga khusus untuk pepijat. 
Selalunya boleh dapatkan di farmasi seperti ‘bed bugs spray‘. Sebelum ni nad guna ridsect je, tapi boleh cari yang spesifik untuk serangga. 

h) Gunakan Khidmat Professional ( Pest Control)
- Cara yang paling efektif ialah dengan menggunakan perkhidmatan professional untuk menghapuskan serangga parasit. Cara ini adalah paling berkesan, tetapi ia juga agak mahal. 

i) Jemur bawah cahaya matahari
Anda boleh menjemurkan barangan yang menjadi tempat pembiakan pepijat seperti tilam atau selimut di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Ini kerana dipercayai pepijat akan menjadi lemah apabila terkena terik mentari. Adalah lebih bagus jika anda juga boleh menjemurkan sekali perabot yang dihinggap pepijat.

j) Rendam dengan air panas
Kaedah kedua yang boleh anda gunakan untuk membunuh pepijat yang ada adalah dengan merendam segala cadar, selimut, sarung tilam, pakaian atau sebarang kain yang mungkin dihinggapi pepijat ini menggunakan air panas yang melebihi 70 darjah celsius. Air yang panas dipercayai akan menyebabkan pepijat dan telurnya mati.

Elakkan daripada memasukkan semua kain tersebut ke dalam mesin, ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan daripada pepijak berada di dalam mesin basuh pula.

k) Buang katil yang terkena pepijat
Nak paling senang, buang je tilam atau toto yang terkena pepijat dan bakar je. Kalau perabot sepeerti kerusi tu janganla..hehee. Nad hanyan cadangkan tilam atau toto sahaja. Kebanyakan pepijat ni ada dkeat tilam atau toto.

 Pembersihan Secara Keseluruhan

- Bersihkan dan keringkan keseluruhan permukaan di sekeliling pepijat. Ini akan membantu mengelakkan penyebaran pepijat atau jangkitan lain.

a) Boleh membuat pemeriksaan dan pembersihan seminggu sekali.
Kebersihan perlu dibuat seminggu sekali. Bukan sahaja di bilik atau ditempat yang ada pepijat, tapi keseluruhan rumah perlu dibuat pembersihan.

b) Gunakan Pembersih Sesuai
- Gunakan pembersih yang sesuai untuk jenis permukaan yang dihapuskan.

c) Pastikan Kering
- Pastikan kawasan yang telah dibersihkan kering sepenuhnya. Kelembapan berlebihan boleh menyebabkan pepijat tumbuh semula.

Cara Merawat Gigitan Pepijat


1) Krim atau Lotion Anti-Gatal
- Boleh menggunakan krim atau lotion yanguntuk mengurangkan gatal-gatal.

2) Hindari Menggaru
- Elakkan daripada menggaru ditempat gatal disebabkan gigitan pepijat. Menggaru boleh menyebabkan keradangan lebih teruk dan meningkatkan risiko jangkitan.

3) Bedak sejuk
- Sapukan kaki, tangan atau tempat yang gatal dengan ubat sejuk. Ia melegakan daripada gatal.

4) Rawatan Jika Diperlukan
- Jika gigitan pepijat menyebabkan reaksi yang teruk seperti pembengkakan yang meluas, sesak nafas, atau gejala alergi yang lain, segera dapatkan bantuan perubatan.

5) Nasihat Doktor
- Jika reaksi terhadap gigitan pepijat terus berterusan atau menjadi lebih teruk, adalah bijak untuk berjumpa dengan doktor. Mereka boleh memberikan nasihat yang lebih spesifik dan memberikan ubat-ubatan yang sesuai.

Sentiasa jaga kebersihan rumah dan bilik untuk elakkan pepijat daripada datang ya korang.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Wah thank you share tips berguna ni!

    ReplyDelete
  2. Wow, thank you for sharing these useful tips on how to get rid of pesky bed bugs! 😄 I never knew that they could cause so much discomfort and leave dark marks on the skin. 🤔 It’s really frustrating when they invade our beds and make sleeping uncomfortable. 😩

    ReplyDelete
  3. Your step-by-step guide on identifying and eliminating bed bugs is definitely helpful. 🙌 I’ll make sure to keep an eye out for those brown droppings and yellowish eggs! 🕵️‍♀️ Using lemongrass spray or pandan leaves sounds like a natural and pleasant way to ward off these little critters. 🌿 And the vacuuming and thorough cleaning tips are spot on! 💪 It’s important to keep our living spaces clean and dry to prevent bed bug infestations. Thanks again for sharing these valuable insights! 💖

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2