Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30 Berjaya Mengutip Dana RM500,000 - Tahniah RMHC Malaysia, sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohanan Golf Amal yang Ke-30 pada tahun 2023 ini. Sekaligus meraikan pencapaian yang bermakna setelah berjaya mengutip dana RM500,000 bagi menyokong kanak-kanak yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Kejayaan ini tidak hanya mencerminkan semangat kemanusiaan yang tinggi, tetapi juga komitmen dan sokongan masyarakat serta peminat golf dalam membantu RMHC Malaysia dalam usaha memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang memerlukan bantuan. 


Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30 Berjaya Mengutip Dana RM500,000

KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC MALAYSIA KE-30

Kejohanan Golf Amal 2023 yang berlangsung di Tropicana Golf and Country Resort, bertujuan meraih dana untuk program Pek Kembali Ke Sekolah RMHC. 

Inisiatif Kejohanan Amal RMHC

KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC MALAYSIA KE-30

Inisiatif ini adalah untuk menyumbangkan beg sekolah kepada 10,000 kanak-kanak kurang berkemampuan di seluruh negara. Beg tersebut mengandungi pakaian seragam dan kasut sekolah, serta keperluan sekolah yang lain, bagi membolehkan mereka memulakan tahun persekolahan baharu dengan penuh keyakinan.

Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia melibatkan sokongan daripada pelbagai pihak bagi bekerjasama untuk mencapai matlamat yang mulia dalam membantu kanak-kanak yang memerlukan bantuan. 

KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC MALAYSIA KE-30

"Kejohanan Golf Amal tahunan ini sentiasa menjadi asas kepada komitmen teguh kami untuk menjana impak yang mendalam dan berkekalan dalam kehidupan kanak-kanak kurang berkemampuan. Kami sungguh teruja dan terharu untuk menyaksikan pencapaian penting ini direalisasikan. la menekankan dedikasi kami terhadap tujuan murni tersebut, dan mengukuhkan keazaman kami bagi meneruskan misi kami untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan positif buat komuniti belia di Malaysia," kata Dato' Azmir Jaafar, Presiden RHMC Malaysia, merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia.

Pek Kembali Ke Sekolah


Sejak tahun 2017, RMHC telah memperuntukkan hampir RM10 juta untuk program Pek Kembali Ke Sekolah, sekali gus member impak positif kepada kehidupan hampir 160.000 kanak-kanak di seluruh negara. 

Inisiatif in merupakan antara empat program utama disokong oleh RMHC Malaysia, yang merangkumi tiga teras utama, iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Selain menyokong pendidikan, RMHC Malaysia kekal komited untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang berkemampuan. 

Penyampaian Geran Perubatan

KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC MALAYSIA KE-30

Pada majlis Kejohanan Golf Amal, RMHC Malaysia juga menyampaikan geran perubatan berjumlah lebih RM280.000 kepada lima tabung kebajikan hospital yang terpilih iaitu 
1) Yayasan IN, 
2) Tabung Pesakit Hospital USM, 
3) Tabung Perubatan Malaysia Hospital Tunku Azizah
4) Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM
5) PPUMCare, Pusat Perubatan UM.

"Penyampaian geran perubatan pada Kejohanan Golf Amal menoniolkan komitmen kami untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang berkemampuan di Malaysia. Kami berbangga kerana dapat menyumbangkan lebih RM750,000 geran perubatan sejak tahun 2018, dan tersentuh hati menyaksikan impak positif terhadap kehidupan lebih 200 kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan dan peralatan perubatan, set ubat-ubatan." tambah Dato' Azmir Jaafar.

Dengan sokongan daripada semua pihak yang terlibat akan dapat membuat perbezaan dalam kehidupan kanak-kanak dan memberi mereka peluang yang lebih baik untuk masa depan yang cerah

RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menyumbangkan kepada Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30 ini. Sumbangan anda adalah langkah penting dalam membantu  mencapai matlamat  dalam memberi harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan bantuan. 

Untuk maklumat lanjut mengenaik RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Tahniah RMHC Malaysia! Sentiasa memberi bantuan kepada yang memerlukan.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2