Jom ke Karnival Mega Ulang Tahun 20 Tahun Little Caliph - Sertai Little Caliphs di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, dari 9:00 pagi hingga 9:00 malam untuk hari yang penuh keseronokan di Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs®. Biarkan keajaiban bermula!

Little Caliphs menjemput penduduk di sekitar Kuala Lumpur & Lembah Kelang ke sambutan Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs®, sepanjang dua dekad perjalanan luar biasa dalam industri pendidikan awal kanak-kanak dan karnival ini direka untuk mendedahkan orang ramai kepada perjalanan Little Caliphs® sepanjang 20 tahun yang lalu. 

Jom ke Karnival Mega Ulang Tahun 20 Tahun Little Caliph



Karnival ini terbuka kepada semua, bawa rakan dan orang tersayang anda untuk sehari program yang dipenuhi dengan 30 gerai jualan & aktiviti, makanan yang menyelerakan, dan pameran yang menarik.

Tarikh dan Lokasi

Tarikh: 2 Disember 2023
Masa : 9 Pagi - 9 Malam
Lokasi : Astaka Taman Tasik Titiwangsa Kuala lumpur.



Bersempena karnival yang bakal berlangsung, datang dan lihat HISTORY TIMELINE WALL Little Caliphs® semasa anda berada disana! Jemputan ini kepada semua ibu bapa, bawa si kecil anda dan seluruh keluarga untuk rasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan nanti


Little Caliphs® juga berbesar hati untuk mengumumkan tetamu kehormat yang akan menyerikan karnival ini dengan kehadiran YB Puan Anfaal binti Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Kerajaan Negeri Selangor dan penampilan istimewa buat pertama kalinya, Maskot Little Caliphs® yang akan dilancarkan dalam upacara pada karnival nanti. 


Kehadiran mereka menambah lagi prestij kepada sambutan ini, dan kami teruja untuk berkongsi majlis yang meriah ini dengan kehadiran personaliti seperti Ustaz Adnin Roslan (Pempengaruh Dakwah) dan Aniq Muhai (Pempengaruh dan Penyanyi).

Aktiviti yang disediakan





- Aktiviti mewarna
- Persembahan Aniq Muhai bersama kanak-kanak
- Petting Zoo
- Inflatable castle
- Face Painting
- Giant Jenga
- Year-End Sale for Toys and School Uniform
- Cabutan bertuah
- Gerai SSPN & Tabung Haji, Bomba
- Photobooth
- Maskot Little Caliphs, Durioo, Transformers dan banyak lagi
- Makanan dan minuman


Mari kita mulakan pengembaraan yang penuh keseronokan, pembelajaran dan kegembiraan, cipta kenangan terindah untuk diingati bersama Little Caliphs. Jangan ketinggalan – jumpa anda di sana!

Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di media sosial: @LittleCaliphsOfficial (Instagram,
TikTok) & @LittleCaliphs (Facebook).
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2