Kemeriahan Karnival Mega Ulangtahun Little Caliphs® Yang Ke-20 Di Astaka Tasik Titiwangsa, KL - Seawal 9 pagi, ramai ibu bapa dan anak-anak memeriahkan Karnival Mega Ulangtahun Little Caliphs® yang ke-20 di Astaka Tasik Titiwangsa, KL. Alhamdulillah, tahniah kepada Little Caliphs, sekolah pendidikan anak-anak yang berteraskan Islam atas ulang tahun yang ke-20 ini. Telah berjaya mendidik anak-anak bukan sahaja dalam pelajaran malah dari segi agama.

Dengan pembelajaran yang diberikan, ramai ibu bapa yang hantar anak-anaknya ke Little Caliphs sehingga mereka telah berkembang sehingga ke harini. Bila tengok anak-anak Littke Caliphs ni, masyallah, memang sangat bijak dan fasih bertutur. Tahniah Little Caliphs kerana berjaya mendidik anak-anak dengan cemerlang.


Kemeriahan Karnival Mega Ulangtahun Little Caliphs® Yang Ke-20 Di Astaka Tasik Titiwangsa, KL



Litte Caliphs® International Sch Bha (L CISB) adalah peneraju, dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak selama 20 tahun dan masih meneruskan komitmen untuk melahirkan kanak-kanak prassekolah yang cemerlang secara menyeluruh melalui modul The Little Caliphs® Program (TLCP).

Buat julung kalinya, Little Caliphs® menganjurkan Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® bersempena sambutan ulang tahun yang ke-20 yang bertempat di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam hari ini.

Perasmian Karnival Mega Little Caliphs



Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Puan Anfaal binti Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor disaksikan ole Datuk Haji Roslan bin Nordin, Ketua Pegawal Eksekutif (CEO) LCISB dan juga Datin Dr. Hijh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik (CAO) LCISB.

Perkenalkan Maskot Little Caliphs



Buat pertama kalinya, Little Caliphs memperkenalkan dua maskot mereka yang comel diberi nama Amir dan Amirah lengkap dengan uniform Little Caliphs. Seronok anak-anak bila dapat tengok dua maskot ni.

Persembahan Aniq Muhai




Selepas itu, persembahan nyanyian solo daripada Aniq Muhai diikuti dengan persembahan bersama-sama adik Haydra dan anak-anak Little Caliphs. Lagu yang dibawa bersama anak-anak Little Caliphs adalah Aku Cinta Nabi dan Ku Sembah Allah. Sedap suara masing-masing dengan persembahan yang mengasyiikan daripada anak-anak Little Caliphs. Pandai diaorang menyanyi, dahla pandai menyanyi, belajar agama, baca surah pun boleh. Hebat didikan di Little Caliphs ni.

Parenting Talk


Selepas itu, acara Parenting Talk oleh Datin Hajah Sabariah Faridah binti Jamaluddin, Pengasas Little Caliphs® bersama Ustaz Adnin bin Roslan, Pempengaruh Media Sosial.

Pelbagai Aktiviti Karnival






Kemeriahan dan keseronokan karnival ini ditambah dengan pelbagai aktiviti yang ada di sini.Terdapat lebih 30 reruai menampilkan karnival makanan dan reruai pameran serta pelbagai aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan disajikan seperti inflatable castle, face painting, Jenga gergasi, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Pengunjung dapat menyulusuri perjalanan 20 tahun yang menakjubkan ole LCISB menerusi history timeline wall yang dipamerkan.

Alhamdulilah, sepaniang tempoh 20 tahun ini, LClSB mempunyai hampir 500 buah rangkaian tadika di seluruh Malaysia dan 3 buah di Indonesia denpan sejumlah hampir 40,000 orang pelaiar keseluruhannya", kata Datuk Haj Roslan bin Nodin, rengasias dan Kelva Pegawai Eksekulf (CEO) LCISB.

Tahniah kepada Little Caliphs. 
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2