SELESAI BAYAR SEMUA HUTANG PTPTN

in , by Nadia Johari, 15:54:00
Selesai Bayar Semua Hutang PTPTN - Alhamdulillah, Allah permudahkan nad untuk  selesaikan semua hutang PTPTN, lega rasanya ya bila bebas hutang dan tak perlu bayar bulan-bulan lagi. Gembira tak terketa masa bayar dekat kaunter tu. Nad dah takda apa-apa hutang lagi, zero hutang sekarang. Memang penat ye fikir hutang ni, dengan kerja yang tak menentu sekarang. Cukupla satu hutang PTPTN selama nad tanggung ni, taknak ada lagi hutang..hehehe. Nad ambik peluang selesaikan hutang dengan ambil potongan 10% yang diberikan kerajaan. 

Korang tau kan kerajaan ada bagi potongan untuk pembayaran baki pinjaman PTPTN. Kalau korang mampu, ambikla peluang ni.

Pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 meliputi tiga (3) kategori seperti berikut:

i) Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
ii) Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
iii) Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.



Alhamdulillah, Selesai Bayar Semua Hutang PTPTN




Siapa yang tak gembira dapat melangsaikan huatng yang dah sekian lama tu. Bayangkan nad habis belajar 2012. Lepastu menganggur. Kerja setahun sahaja. Lepas kawin nad kerja dekat rumah. Rezeki lepas kawin dapat bayar hutang PTPTN bulan-bulan sampai pada 22/12/2023 dapat selesaikan semua hutang Pinjaman Pendidik Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Nad syukur sangat dengan rezeki Allah bagi lepas kawin. Kalau sebelum kawin tak dpt bayar secara konsiten, kadang ada terculas bayar bulanan, tapi rezeki lepas kawin dapat bayar bulan-bulan. 



Nad selalu bayar di kaunter walaupun boleh bayar secara online. Bagi nad, senang bila kita nak tau apa-apa, tanya je staff PTPTN dekat situ. Nad selalu bayar dekat PTPTN KL Sentral, sebab tak ramai orang, cepat urusan dan staff pun baik je. Bila nak tanya apa-apa diaoarang akanjawab. Sebb tu lebih prefer bayar di kaunter.

Penjadualan Semula Bayaran Balik Pinjaman

Lepas tu seorang staff ni nampak nad konsisten bayar, dan dia cadang nad untuk tukar bayaran pinjaman semula. Bahasa formalnya PENJADUALAN SEMULA BAYARAN BALIK PINJAMAN. 

Sebelum ni, nad buat ujrah, mungkin fikir ujrah ni boleh bayar sedikit bulanan, tapi bila bayar tu, ujrah ni macam tak banyak tolak banyak jumlah sebenar pinjaman. Tapi kita ni tau bayar je, tengok penyata pun kurang jelas walau dh tanya kaunter..hahaa. Lepastu stff situla cadang tukar semula bayaran pinjaman sebab tengok nad mampu bayar bulanan. Nad pun setuju sebab waktu tu nad tau nad mampu bayar lebih. Staff pun email surat tu dan kita pun hntar surat tu semula ke kaunter esoknya. Semua berjalan lancar.

Memang lepas tu nad bayar lebih dari bayaran ujrah. Kira bulanan nad menjadi tinggi dari ujrah sebelum ni. Alhamdulillah sikit-sikit akhirnya habis bayar.

Sebelum ni nad pernah bayar guna Mybank2u dekat Bayaran Balik Pinjaman, lepas tu bayar guna app Myptptn. Tapi tu bulanan ni sebab nak bayar penuh, nad bayar ke kaunter. 

Bila kerajaan bagi potongan untuk byaran balik baki pinjaman tu, nad pun rebut peluang tu. Mula fikir nak ambik 15% separuh pinjaman tapi arghh malas dah nak fikir bulanan. Tak perlu dah fikir bulan- bulan jadi nad habiskan semua. 

Nad langsaikan hutang PTPTN dengan keluarkan duit tabung haji yang selama ni nad simpan. Insyallah nad akan tambah lagi duit tabung haji tu. Nad ni memang sejenis bukan berjalan sangat, tak beli barang mahal, jarang makan luar sebab duk fikir hutang PTPTN ni. Sebab tu Allah permudahkan.



Macam biasa nad bayar dekat kaunter, sebab nak bayar banyak kan, taknak jadi apa-apa masalah better terus ke staff PTPTN. Pagi tu memg tak ramai orang, dan staff tolong semua. Urusan sekejap sahaja. Korang tau kan pembayaran hutang boleh dibuat secara online atau debit credit dan tak boleh cash. Jadi haritu nad bayar guna debit.

Surat Maklumat Baki Hutang




Takyah isi borang ek apa, staff tengok baki pinjaman PTPTN nad yang tinggal, lepas tu dia tunjukla lepas penolakan 10% untuk bayran penuh dan 15% untuk bayaran separuh pinjaman. Nad pilih untuk bayaran penuh.

Ni surat dia akan bagi dekat kita menandakan pengesahan bayaran balik pinjaman. Semua details pegawai ada,apa-apa boleh hubungi dia nanti.

Masalah dekat sini, debit ni kena ada purchase limit dia. Seingat nad, nad tak buat pun kad debit nad ni. Rupanya selama ni debit nad tak buat purchase limit pun dan nasib baik staff PTPTN tolong dan ajar cara buat purchase limit kad debit. Sebab tu nad lebih prefer terus bayar dekat kaunter..hehehe. 

Masa tu juga buat purchase limit kad debit dekat kaunter, sekejap je semuanya buat.. heheh. Dah selesai baru boleh terus bayar. Rasa debar juga bila bayar tu, tapi alhamdulillah ok je. 

Surat Pengesahan Bayaran Balik Pinjaman




Dah selesai dah bayar semua. Sekejap je urusan tak lama pun. Masa habis bayar tu nad memang cakap “ betul ye habis bayar, betul ye takda lagi lepas ni, betul ye lepasni dah kosong”.. hahahha. Risau ye. Kang tiba-tiba muncul amount. Staff cakap betul dah selesai, takda lagi. Nanti dia bagi surat. Hah macam tula. Gembira dan risau..hehehe.

Dapatla goodies dari PTPTN sebab bayar habis hutang ni..hehehe. Lepas balik tu nad tengok app Myptptn, eh ada lagi amount, terus whatsup pegawai yang handle nad tu. Dia cakap sebab tak tutup akaun lagi.. hahaha nampak tak nad ni cepat gabra. Takpe kita tengok nanti tahun baru, jumlah kosong tak..hehe

Alhamdulillah rasa seronok bebas hutang ni tau. Kenangan manis penamat 2023. Dapatla simpan duit lebih sikit. Terima kasih Ya Allah permudahkan segalanya. 
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. bukan kerajaan yg memerintah skrg ni janji xyah bayar hutang ptptn lg ke.. hmmm 😁😁

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2