AJI-YA Lancar Sup Gourmet Halal Segera Pertama Di Malaysia - Kalau anda jenis yang suka semangkuk sup panas , penggemar comfort food yang sihat, atau selalu cari makanan segera yang senang disediakan tapi tetap berkhasiat — anda memang patut cuba sup gourmet AJI-YA.
Ia memperlihatkan komitmen AJI-YA dalam menawarkan produk yang bukan sahaja lazat dan mudah, tetapi juga bersih, sihat dan berasaskan bahan halal sebenar.
Pelancaran Sup Gourmet Halal Segera Pertama di Malaysia
AJI-YA, sup gourmet halal pertama di Malaysia,memperkenalkan produk terbaru mereka dalam satu majlis eksklusif ‘Soup-erlicious Party’ yang berlangsung di Christine’s Bakery, Pavilion Damansara Heights.
Majlis telah dilancarkan oleh En Yusram Bin Yusup (Pengarah Bahagian Promosi Eksport & Akses Pasaran MATRADE), Pn Hasziah Mod Yazid (Timbalan Pengarah Unit Mid-Tier MATRADE) dan Encik Leon Goh (Ketua Pegawai Eksekutif Gourmet Ingredients Sdn Bhd).
Bukan sup biasa-biasa, tapi sup yang diperbuat daripada bahan sebenar, tanpa MSG, tanpa pengawet dan tanpa pewarna tiruan. Paling menarik, hanya ambil masa 2 minit je untuk disediakan!
Tiga Variasi Sup Gourmet AJI-YA
AJI-YA memperkenalkan tiga variasi perisa dalam rangkaian produk terbaharunya, iaitu Cendawan (Mushroom), Jagung (Corn) dan Sayur-sayuran (Veggie).
Ketiga-tiga perisa ini diformulasikan menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa sebarang tambahan MSG, pengawet, atau pewarna tiruan.
Proses penyediaannya pula amat ringkas – hanya perlu ditambah air panas, dan dalam tempoh dua minit, semangkuk sup panas berkualiti restoran sudah tersedia untuk dinikmati.
Dengan konsep "Gourmet Made Easy", AJI-YA menyasarkan produk ini sebagai pilihan ideal untuk individu yang sentiasa sibuk – sama ada di pejabat, di rumah atau semasa dalam perjalanan – tanpa perlu berkompromi dari segi rasa mahupun kualiti.
Visi Jenama: Rasa Berkualiti untuk Gaya Hidup Moden
Dalam ucapannya, Encik Leon Goh menekankan visi AJI-YA untuk menjadi jenama pilihan utama bagi makanan segera halal premium. Beliau turut berkongsi cabaran dalam pembangunan produk dan aspirasi jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa kelak.
"Taste speaks louder than words," ujar beliau, merujuk kepada kekuatan rasa sebagai bukti utama kualiti dan kesungguhan jenama AJI-YA. Beliau percaya bahawa produk yang benar-benar enak tidak memerlukan banyak kata-kata untuk diyakini pengguna – kerana rasa yang hebat akan membuktikan segalanya.
Nad sendiri dah rasa ketiga- tiga sup ini, bagi nad, semua memang sedap. Mushroom rasa lemak dan sedap, Corn rasa lebih manis, creamy dan Veggie unik sikit.
Aktiviti Menarik Disediakan
“From Our Bowl to Your Heart”. Para tetamu dijemput untuk menulis mesej positif tentang AJI-YA di atas nota pelekat dan menampalnya pada dinding interaktif yang disediakan.
Pertandingan “Snap Your Bowl, Show Your Glow”, di mana para hadirin perlu membuat semangkuk AJI-YA dengan hiasan kreatif dan diminta merakam gambar paling kreatif bersama sup AJI-YA. Takde rezeki nad menang..hehee.
Bagi mereka yang sentiasa mencari penyelesaian makanan yang bersih, cepat dan enak, AJI-YA adalah satu pilihan yang wajar diberi perhatian. Dalam hanya 2 minit, anda boleh menikmati semangkuk sup berkualiti tinggi, sesuai untuk waktu rehat, hidangan ringan mahupun sebagai peneman malam yang tenang.
Terima kasih AJI-YA kerana menjemput saya ke Soup-erlicious Party. Saya pasti ramai lagi yang akan jatuh cinta dengan sup ni – bukan sekadar makanan, tapi satu pengalaman rasa yang selesa, praktikal dan menyenangkan.
Jangan lupa cuba AJI-YA – sebab dengan AJI-YA, gourmet made easy!
Add your comment