Persediaan Exam PSRA: Tips & Strategi Bersama Ustaz Azhari Sulaiman, Guru Flyhigh Education - Lagi beberapa hari pelajar Darjah 6 bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dijadualkan pada 29 September hingga 3 Oktober. Semestinya mereka sedang mengulang kaji pelajaran, menyemak semula nota, serta menghadiri kelas tambahan demi memastikan persediaan mereka benar-benar mantap. Bagi ibu bapa, inilah masa yang sesuai untuk memberikan sokongan moral dan akademik, agar anak-anak lebih yakin menghadapi exam PSRA yang menjadi kayu ukur pencapaian selepas enam tahun mengikuti pengajian agama di sekolah rendah.

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) merupakan ujian penting bagi murid Tahun 6 yang mengikuti sistem pendidikan agama di Selangor. Exam PSRA ini bukan sahaja menguji pencapaian akademik, malah menjadi kayu ukur tahap penguasaan ilmu agama anak-anak. Oleh itu, persediaan yang rapi amat diperlukan agar pelajar lebih yakin dan bersedia menghadapi cabaran.

Apa Itu PSRA?




Peperiksaan PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) ialah peperiksaan bersijil yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pelajar Tahun 6 di sekolah rendah agama, sekolah rendah agama integrasi, dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi di Selangor.  

Sijil PSRA penting untuk kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 di sekolah menengah agama kerajaan Selangor. 

Antara subjek yang diuji dalam PSRA termasuk, Tauhid, Fiqh, Sirah, Adab. Jawi & Khat, Al-Quran dan Tajwid serta Bahasa Arab.

Struktuk Penilaian Sekolah Rendah Agama

Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu ujian bertulis dan ujian lisan.

Ujian Bertulis PSRA

Menguji pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran agama Islam. Ujian bertulis ini terdiri daripada soalan objektif (pilihan berganda) dan soalan subjektif (jawapan pendek). Soalan objektif menguji pemahaman pelajar terhadap konsep asas agama Islam, manakala soalan subjektif menguji kemampuan pelajar untuk mengaplikasikan nilai-nilai agama dalam kehidupan sehari-hari.

Ujian Lisan PSRA

Menguji kemahiran pelajar dalam membaca dan memahami ayat-ayat Al-Quran serta kemahiran berbicara dalam bahasa Arab. Pelajar akan diminta membaca surah-surah Al-Quran dan menjawab soalan berkaitan dengan ayat-ayat tersebut. Selain itu, pelajar juga akan diminta untuk memberikan penjelasan tentang nilai-nilai agama yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut.

Cabaran Pelajar dalam Exam PSRA

Ramai pelajar menghadapi kesukaran tertentu ketika membuat persediaan untuk PSRA, antaranya:
- Susah menghafal teks panjang seperti doa atau hadis.
- Kurang penguasaan Bahasa Arab, menjadikan pemahaman teks sukar.
- Tekanan & stress menjelang peperiksaan kerana beban silibus yang luas.

Disebabkan cabaran pelajar yang sering berdepan kesukaran menghafal dan memahami topik tertentu, ibu bapa perlu lebih cakna terhadap masalah ini. Sokongan berterusan amat penting, sama ada dengan membantu anak-anak membuat ulangkaji secara konsisten di rumah ataupun memastikan mereka mengikuti kelas tuisyen PSRA yang dapat memberi bimbingan lebih sistematik.

Antara tuisyen pilihan yang bagus ialah di Flyhigh Education Centre. Flyhigh Education Centre merupakan tuisyen online yang mempunyai guru yang bagus dan cemerrlang serta menawarkan pembelajaran dengan nota yang lengkap. Selain itu, banyak panduan dan nasihat diberikan kepada pelajar dalam menghadapi exam yang besar.

Flyhigh Education: Kelas Tuisyen, Seminar & Bengkel PSRA



Keistimewaan program ini ialah bimbingan terus daripada Ustaz Mohamad Azhari Sulaiman. Beliau pernah dinobatkan sebagai Guru Cemerlang Selangor dan berpengalaman luas dalam mendidik pelajar cemerlang dalam bidang agama. Dengan modul sistematik, kaedah pengajaran interaktif, serta latihan intensif, pelajar akan lebih mudah memahami dan menguasai silibus PSRA.

Tips & Strategi Bersama Ustaz Azhari Sulaiman



Menurut Ustaz Azhari Sulaiman, kunci utama untuk berjaya dalam exam PSRA adalah persediaan awal dan strategi belajar yang betul.

Antara tips yang beliau tekankan termasuk:

1) Buat ulangkaji mengikut jadual

 – Bahagikan masa mengikut subjek dan topik penting.

2) Latihan soalan tahun lepas 

– Persediaan awal dan latihan soalan tahun lepas sangat membantu pelajar lebih yakin menghadapi exam PSRA.”

3) Fokus pada kelemahan 

– Kenal pasti subjek atau bab yang sukar, kemudian ulangi latihan sehingga benar-benar faham.

4) Pengurusan emosi 

– Elakkan stress berlebihan dengan rehat mencukupi, zikir, dan doa sebelum belajar.


Bagi membantu ibu bapa membuat persediaan terbaik untuk anak-anak, Flyhigh Education menawarkan pelbagai program khas seperti kelas tuisyen PSRA, seminar PSRA, dan bengkel PSRA.

Kelas & Bengkel Online Persediaan PSRA 2025 

Bersama Ustaz Azhari bin Sulaiman (Guru Cemerlang PSRA Negeri Selangor) 


πŸ”° BENGKEL SEMUKA FINAL LAP PSRA SHAH ALAM

πŸ“† Sabtu
▪ Tarikh : 27 September 2025
⏰ Masa : 9.00 am - 5.30 pm
πŸ’° Yuran : RM160 (early bird) / RM180 Normal

πŸ”° REVISI PANTAS BAHASA ARAB PSRA ONLINE : Revision B.Arab Tahun 5-6

πŸ“† Ahad
▪ Tarikh : 28 September 2025
⏰ Masa : 9.00 am - 11.00 am
πŸ’° Yuran : RM60

πŸ”° BENGKEL ONLINE TEMBAKAN MUMTAZ PSRA : 

FINAL LAP Soalan Hit/Soalan Ramalan Jangka Keluar/ Tazkirah & Doa Munajat
πŸ“† Ahad
▪️ Tarikh : 28 September 2025
⏰ Masa : 2.00 pm - 4.00 pm
πŸ’° Yuran : RM60
πŸ“Œ Module/jawapan/rakaman disediakan 

πŸ”° ONLINE LAST MINUTE STUDY PSRA

πŸ“† Ahad - Khamis
⏰ Masa : 6.00 pm -  7.00 pm
πŸ”Ή28 Sept 2025  : Akhlak/Sirah (AS01)
πŸ”Ή29 Sept 2025 : Bahasa Arab (BA 02)
πŸ”Ή 30 Sept 2025: Tauhid Feqah (TF 04)
πŸ”Ή1 Oktober 2025  : Tajwid (TJ05)
πŸ”Ή2 Oktober 2025  : Jawi, Imlak, Khat (JIK 03)
πŸ’° Yuran : RM80 (5 sesi) / RM20 (1 sesi)

🎁 Modul & Rakaman Kelas Disediakan

Jangan tunggu saat akhir, pm admin sekarang untuk mendaftarπŸ‘‹πŸ»


Mesti anak-anak darjah 6 rasa berdebar sekarang kan. Tapi kalau anak-anak sudah buat strategi yang betul, latihan konsisten, serta panduan daripada pakar, anak-anak akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan dengan keyakinan tinggi.

πŸ‘‰ Daftarkan anak anda ke kelas tuisyen & bengkel PSRA bersama Ustaz Azhari Sulaiman di Flyhigh Education hari ini. Tempat terhad!
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2